Syed Saddiq ‘Anak Emak’ Yang Rapat Dengan Ibunya Kini Dilantik Jadi Menteri Belia & Sukan Paling Muda. Tahniah!

Share

Sejak memang dalam pilihan raya yang lalu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pemuda Pibumi Bersatu Malaysia (PPBM), YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sebagai calon pilihan mengisi jawatan dalam barisan kabinet.  Akhrinya Syed Saddiq yang berusia 26 tahun kini dilantik memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga dianggap mencipta sejarah kerana menjadi menteri penuh termuda di Malaysia. Ternyata beliau seorang yang ‘anak emak’, malah menjadikan ibunya Sharifah Mahani sebagai idola.

Tokoh politik muda ini dilihat seorang yang begitu rapat dengan ibunya. Malah menjadikan ibu sebagai idola dalam mengecapi kejayaan dalam hidup.

Dalam satu postingnya di laman instagram, beliau memberitahu dunia kanak-kanaknya penuh dengan cabaran dan dugaan

Tetapi bukan pada dirinya tetapi buat ibunya sendiri. Ini kerana sebagai anak cikgu, semua gelagat nakalnya akan menarik perhatian yang kurang enak.

Namun menurutnya juga tanpa kehadiran ibu, dirinya mungkin hanyut dengan khayalan. Malah tanpa ibu tersayang juga sukar untuk beliau kembali bangun dan terus berjuang.

Anak muda penuh berwawasan ini berkata tanpa ibunya, beliau sebenarnya tiada apa-apa. Ibunya yang juga seorang guru sekolah ini dianggap sebagai wonderwomen.

Biarpun kadang kala beliau terlepas pandang penat lelah ibunya menjaga diri beliau, tetapi Tuhan masih berikan masa untuknya membalas budi wanita ini.

Selain itu, abang Syed Saddiq, Syed Abdullah juga turut memberi ucapan tahniah kepada adiknya itu di laman instagramnya. Menurutnya usia bukan penghalang untuknya bekerja lebih kuat bagi membuktikan dirinya mampu untuk melakukan kerja dan berjasa kepada negara.

Dalam pada itu, sebaik diumumkan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baru juga, mantan menteri sebelumnya, YB Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah pada beliau dan berharap beliau dapat membawa kejayaan lebih besar kepada kementerian ini.

Beliau juga turut mendapat ucapan tahniah daripada netizen yang turut menyokong perlantikan beliau ini.

Mampu untuk terus bersinar dan terus terbang tinggi.

Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Hijabista ucapkan selamat maju jawa dan semoga YB terus kekal positif dan bekerja bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara.

BIDODATA YB SYED SADDIQ

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ & SYED ABDULLAH

 

 

 

 

IKLAN