Teka teka siapakah calon terakhir yang akan ke final Dewi Remaja terjawab apabila nama Syamira Izzati,22, telah diumumkan secara rasmi sebagai finalis di siaran langsung rancangan MeleTOP tadi.
Berebut tempat bersama seorang lagi peserta iaitu Dian Fernandez,19, kemaraan Syamira ini juga mencipta sejarah baru dalam Dewi Remaja kerana dia merupakan gadis berhijab pertama yang mara ke pusingan akhir.
Sedikit info mengenai dirinya, dia merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
Selain itu, Syamira juga mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang pengacara dan berhasrat untuk menonjolkan diri dengan lebih lagi selepas ini.
Ads
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ads
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
Mengimbau detik lalu, Syamira tidak menyangka dia akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
Ads
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
Syamira akan berentap bersama empat orang lagi finalis iaitu Shatirah Amanda, Adriana, Nynaa Harizal dan juga Shaza bagi merebut gelaran Dewi Remaja pada hari Sabtu ini.
Anda boleh menyaksikannya secara langsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tirai program realiti Pencarian Nona Superwoman melabuhkan tirainya semalam. Tepukan gemuruh bergema di setiap penjuru studio apabila nama finalis, Norfazlina Mohd Faozi, atau Fazs Faozi diumumkan sebagai Juara, sekaligus mengatasi empat ‘seteru’ akhir yang bersaing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pada setiap episod, Fazs sering menampilkan prestasi yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek. Faktor kestabilan adalah asas berniaga yang sebenar, yang menjamin ‘kekuatan’ sesuatu perniagaan agar terus kekal dan bertahan lama. Ciri-ciri itulah yang membuatkan juri sebulat suara menobatkan usahawan kosmetik ini sebagai pemenang utama.
Menjelang malam finale Pencarian Nona Superwoman, wanita berusia 35 tahun dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri itu berjaya memikat juri dengan pembentangan perniagaan syarikatnya, Fazsbeauty. Beliau bijak mengadaptasi segala ilmu sepanjang menyertai Pencarian Nona Superwoman, sekaligus mengukuhkan kedudukan di peringkat Top 3.
Turut bertanding di pentas akhir adalah usahawan bakeri Ana Najia dan Ayu Omar, usahawan sambal iaitu Syu Ramli serta usahawan percetakan gambar, Linda Roos. Juri-juri sepakat memilih Ana Najia sebagai pemenang ‘Most Favourite’ dan Syu Ramli sebagai pemenang ‘Most Inspiring’ dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Setiap pemenang juga menerima sebuah trofi dan selempang serta sejambak bunga tajaan Aleeya Florist & Gifts.
SOKONGAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun menunjukkan sokongan penuh terhadap acara finale program realiti Pencarian Nona Superwoman yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan secara langsung di Astro Prima saluran 105.
Turut hadir mengiringi Datuk Seri Rina ke PICC adalah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis yang berjaya melangkah ke final. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan.
Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang – Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli bakal bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir. Masing-masing memburu ganjaran lumayan berupa wang tunai RM50,000 (Juara), RM10,000 (Most Favourite) dan RM10,000 (Most Inspiring).
Episod finale selama 1 jam, bermula 9.00 – 10.00 malam ini turut menyaksikan penampilan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama juri-juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Ia turut dihoskan oleh pengacara jelita iaitu Uyaina Arshad. Program realiti ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, program Pencarian Nona Superwoman ini berjaya menggilap nilai keusahawanan yang tinggi serta bermanfaat untuk wanita yang menceburi bidang perniagaan.
“Saya bersyukur kerana program realiti ini berjaya mencapai tujuannya untuk memperkasakan kaum wanita berniaga. Kami di Majalah Nona sentiasa fokus terhadap usaha menjadi media utama yang memberi inspirasi kepada wanita bangkit dalam kerjaya dan gaya hidup.
Platform Pencarian Nona Superwoman anjuran Majalah Nona yang diperkasakan oleh USANITA selari dalam membantu wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19. Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada USANITA yang sentiasa mewujudkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan, bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi serta pendidikan yang berterusan kepada golongan memerlukan.”
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang rakaman berlangsung, acara finale bertemakan ‘Smart Elegant’ ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Alangkah enak meneguk air kordial pelbagai perisa daripada satu produk yang cukup popular di kalangan kita sebagai pengguna. Lebih-lebih lagi pada cuaca panas dan paling sinonim terutama pada majlis kenduri kahwin. Tetapi bagi pengguna tegar kordial ini perasan tak wajah budak kecil yang tersenyum riang menghiasi muka depan botol berkenaan.
Sekali pandang seperti pelakon Liyana Jasmay dan admin juga pada mulanya menyangka pelakon itu yang menghiasi poster pada botol berkenaan. Cara senyumannya memang tak ubah seperti Liyana Jasmay. Malah ramai juga netizen yang beranggapan memang wajah Liyana yang menghiasi botol berkenaan.
Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar budak kecil itu bukanlah Liyana sebaliknya milik orang lain. Baru-baru ini telah berjaya mendedahkan pemilik sebenar wajah kanak-kanak itu yang sudah berubah menjadi seorang hijabi yang sangat cantik.
Kalau kita lihat wajah ceria budak kecil pada botol berkenaan memang kita akan percaya bahawa wajah sebenarnya kini juga banyak berubah. Namun kecantikan tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Wanita yang dikenali sebagai Madihah ini telah merungkai misteri yang sering berlegar dalam minda setiap kali kita melihat botol berkenaan. Gadis ini juga telah memuat satu posting ke dalam lamam instagram dan twitter miliknya.
Madihah yang kini berusia 19 tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Ampang. Melihat foto di laman instagram miliknya @dihahmfrds, gadis ini semakin matang, bijak dan kelihatan cukup enjoy menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar universiti.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Lihat OOTD Madihah yang semakin cantik dan bergaya, sesuai dengan statusnya sebagai seorang pelajar dan dilabel HIJABI GEN-Y.
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.