Syahadah Paling Nervous, Firdaus Wong Tak Dapat Tahan Airmata Bila Ibu Kandung Peluk Islam

Share

Firdaus Wong atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Firdaus cukup sinonim dengan  dakwah jalanan. Dia yang dahulunya penganut agama Buddha namun selepas memeluk agama Islam, Bro Firdaus aktif menyampaikan dakwah.

Perbezaan agama antara dirinya dan keluarga tidak menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Buktinya hubungan Bro Firdaus dengan keluarga terutama kedua ibu bapanya tetap akrab.

Namun hari ini merupakan hari yang cukup indah buat beliau apabila ibunya mengikuti jejak langkah beliau memeluk agama Islam.

Berikut perkongsian Firdaus Wong Wai Hung di laman Instagramnya.

Alhamdulilah Allahuakbar.

Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri.

TAK TAHAN AIRMATA

Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.

Alhamdulillah. Bertambah lagi saudara kita. Makbul sudah doa bro Firdaus.

IKLAN