Susu terkenal sebagai sebuah minuman yang mengandungi kandungan kalsium serta khasiat lain yang memberi banyak nutrisi penting pada tubuh.

Sumber gambar: Charlotte

Bukan sekadar untuk menguatkan tulang, malah banyak kebaikan susu yang boleh kita perolehi jika selalu mengamalkannya. Tak percaya? Jom baca di bawah ini!

Fakta penting susu

● Lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong kea rah kegemukan.

● Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekaligus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.

IKLAN

● Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.

● Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami PMS kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.

● Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.

● Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.

IKLAN

Susu diet yang penting

Susu adalah sumber diet yang penting terutamanya kepada kanak-kanak kerana waktu inilah tumbesaran badan bermula. Namun, jika diminum dalam kadar berlebihan, badan menerima sumber tenaga yang terlalu banyak dan ini mengakibatkan ‘hyper-active’ dan kecelaruan sistem badan. Jika terlalu banyak tenaga dalam badan, digalakkan untuk anda bersenam bagi membebaskan tenaga berlebihan itu.

IKLAN

Apa yang pasti, coklat dan susu mengandungi tenaga yang sama banyak. Apa yang berbeza adalah kandungan karbohidrat dan gula dalam coklat yang lebih memudaratkan. Jadi, lebih baik pilih hidangan yang baik untuk tubuh badan bagi menjamin kesihatan di masa hadapan.

Kreatif dengan susu

Sumber gambar: Pegah

● Jika inginkan kelainan dalam hidangan susu, cuba tambahkan sesudu badam yang sudah dibakar dan dikisar halus berserta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Ia membantu menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.

● Jika lapar di malam hari, elakkan makan nasi. Apa kata minum segelas susu berserta beberapa biji kurma. Selain mengenyangkan, ia juga menyihatkan serta mengelakkan masalah kegemukan.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI