Masalah jerawat sering membelenggu kita untuk tampil yakin di khayalak ramai! Bukan sahaja membuatkan kita berasa tidak selesa, malah ia juga menyebkan kita rasa ‘down’ apabila banyak jerawat tumbuh di muka.

Sumber gambar: ann.nekr

Untuk memiliki kulit muka yang bersih dan cantik, ia tertumpu kepada rutin penjagaan kulit wajah yang kemas dan rapu! Maksudnya ia bukan sahaja mengharapkan kepada produk pencuci muka sahaja tetapi ia juga harus dirawat dengan gel jerawat yang efektif untuk mengurangkan dan menghilangkan radang jerawat di kulit muka.

Buntu untuk memilih gel jerawat yang bagus? Kami kongsikan senarai gel jerawat yang harus anda cuba untuk hilangkan jerawat di muka!

1. Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Sumber gambar: Heyybie

Produk penjagaan kulit Aiken ini kaya dengan kandungan semulajadi dari minyak Tea Tree. Kita tahu bahawa sumber Tea Tree antara bahan terbaik untuk merawat jerawat. Apa yang menariknya, gel jerawat ini diformulasi dengan C12-15 alkyl benzonate yang sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan iicin! Teksturnya juga tidak berminyak dan tidak menjadikan kulit berkilat.

2. Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press

Sumber gambar: Cosmoderm.com.my

IKLAN

Sesuai untuk anda yang memiliki jerawat pada badan, krim jerawat Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press bukan sahaja boleh mengecutkan jerawat di muka malah di badan. Kaya dengan sumber ekstrak tumbuhan semulajadi seperti minyak Tea Tree, lemon dan lavendar, krim ini dipercayai mampu untuk membasmi bakteria, mengurangkan minyak dan mencerahkan kulit yang terjejas. Bonusnya, produk ini mengandungi Vitamin E bagi pertumbuhan sel kulit yang baharu dan mengurangkan radang.

3.  Hiruscar Anti Acne Spot Gel

Sumber gambar: King Power

Bagoi anda yang sentiasa ambil tahu tentang fungsi setiap jenama, pastinya anda tahu tentang kebaikan jenama Hiruscar ini. Popular dengan kuasa yang mampu menghilangkan parut jerawat, krim dari jenama ini juga berfungsi untuk memulihkan parut kulit akibat kecederaan, melecur dan bekas jerawat. Kaya dengan sumber Asid Salisilik, ia juga boleh mengatasi masalah jerawat dengan mengecut dan memperbaiki kulit yang rosak. Bukan itu sahaja malah, ia mengandungi Vitamin C yang menjadi bahan utama untuk mencerahkan kulit!

Selain itu juga, rutin penjagaan muka juga haruslah betul dan benar-benar rapi! Berikut adalah 5 cara asas terbaik rutin penjagaan muka yang betul!

IKLAN
Sumber gambar: Shiny Diamonds
  1. Mencuci tangan

Tangan kita pastinya seringkali mempunyai habuk, bakteria dan juga kuman! Oleh itu, pastikan anda mecuci tangan dengan baik sebelum memegang kulit wajah anda! Tangan yang kotor boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan cepat tau!

2. Buang kotoran

Selain itu juga, sebelum memulakan proses mencuci muka, anda haruslah membuang dahulu kotoran di muka dengan menggunakan ‘make-up remover’ untuk memastikan kulit benar-benar bersih! Jika tiada ‘make-up remover’, anda juga boleh menggunakan produk toner sebagai gantian.

3. Pencuci muka

IKLAN

Pilihlah produk pencuci muka yang betul berdasarkan jenis kulit wajah anda. Produk yang salah juga boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat, jerawat naik dan kusam.

4. Urutan

Ramai yang tidak ambil peduli tentang urutan di bahagian wajah. Luangkan 5 minit mengurut wajah anda ketika sedang mencuci muka. Urutan di wajah membantu untuk kulit menjadi tegang, segar dan kebaikan produk pencuci muka dapat meresap jauh ke dalam kulit

5. Air suam

Untuk kesan yang terbaik, bilas muka anda dengan air suam untuk memastikan kelembapan kulit terjaga dan kulit wajah tampil segar sentiasa!

 

https://www.youtube.com/watch?v=6ofRpv3vVKE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI