Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang sangat susah untuk membuang air besar? Yaa tau tidak? Tiada jumlah kekerapan yang dianggap normal untuk membuang air besar, semuanya bergantung kepada individu tersebut.

Namun jika anda sudah hampir seminggu tidak membuang air besar dan mula mengalami sembelit, anda disarankan untuk bertemu dengan doktor. Dikhuatiri ada sesuatu yang tidak kena dengan bahagian penghadaman anda.

Ada beberapa cara secara alami yang boleh anda diamalkan untuk membantu melancarkan proses pembuangan air besar agar kesihatan diri lebih terjamin.

  1. Makanan Berasaskan Serat
Sumber gambar: pexels/Magda Ehlers

Serat sangat penting dalam melancarkan pergerakan makanan di dalam usus anda. Antara makanan tinggi serat seperti kekacang, oats, sayur-sayuran dan bijirin.

  1. Kekal Terhidrat

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1.5 ke 2-liter air sehari agar diri sentiasa terhidrat. Kelembapan membantu najis menjadi lembut dan memudahkan proses membuang air besar.

IKLAN
Sumber gambar: pexels/pixabay
  1. Sentiasa Bersenam

Ini bukannya bermaksud anda perlu bersenam setiap hari. Mungkin luangkan masa 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti sebegini mampu membantu melancarkan pergerakan di dalam usus. Pilih cara bersenam kegemaran anda, baik berjalan laju, jogging ataupun berbasikal.

  1. Jangan Tahan

Jika anda rasa sakit perut untuk membuang air besar, jangan ditahan! Segera selesaikan ‘bisnes’ tersebut agar dapat membantu melancarkan pola pembuangan air besar. Jika anda selalu menahan untuk membuang air besar, dikhuatiri sikap tersebut akan membawa kepada masalah sembelit.

IKLAN
Sumber gambar: Pexels/Cottonbro
  1. Mengambil Julap

Terdapat pelbagai produk untuk membantu proses pembuangan air besar di pasaran. Langkah ini boleh diambil sekiranya anda seorang yang bermasalah membuang air besar. Namun dapatkan nasihat ahli farmasi atau doktor terlebih dahulu. Pastikan anda membeli produk julap di farmasi yang disahkan dan diluluskan oleh badan kesihatan agar tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari.

Ingat ya, jika anda miliki masalah ini jangan diamkan sahaja kerana boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang seimbang. Lebihkan serat kerana bahan ini merupakan kurniaan semula jadi dalam membantu proses pembuangan air besar.

IKLAN

Sumber: (1), (2)

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI