Mungkin anda pernah berkecil hati apabila ada yang menyangka umur anda dalam angka tertentu sedangkan hakikatnya anda jauh lebih muda daripada usia yang dijangkakan. Memang bukan perkara yang luar biasa apabila anda atau ada di kalangan rakan-rakan anda kelihatan lebih tua daripada teman-teman seusia.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Mengapa agaknya keadaan ini berlaku? Sebenarnya ada rutin harian anda yang menyebabkan anda kelihatan tua berbanding rakan-rakan seusia yang lain. Tahukah anda bahawa ada tip dan amalan rutin yang boleh anda lakukan agar wajah anda tidak nampak tua dan sebaliknya kelihatan awet muda.

1. Minum banyak air putih air agar kulit anda kekal terhidrasi

Semakin usia bertambah kulit manusia akan semakin kering. Keadaan ini berlaku kerana kulit tidak lagi menghasilkan minyak sebanyak sebelumnya. Untuk itu, minumlah air putih yang banyak untuk agar kulit anda kekal terhidrasi. Apabila tubuh mendapat ‘bekalan’ air yang cukup hasilnya kulit akan kelihatan cerah, lembap, dan sihat. Air putih juga baik untuk menyingkirkan segala toksin dalam tubuh.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

2. Membersihkan kulit wajah secara teratur & konsisten

Sentiasa bersihkan kulit wajah anda terutama selepas keluar ke mana-mana atau selepas memakai mekap yang tebal. Lakukan secara perlahan-lahan dan lembut. Hindari mengusap wajah terlalu kuat kerana ia hanya akan membuatkan kulit anda mengalami iritasi, kusam, dan mempercepatkan penuaan.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

3. Bersenam secara teratur

Senaman secara teratur juga amat membantu memperlancarkan aliran darah yang membantu memberikan bekalan nutrisi dan oksigen pada sel-sel dalam tubuh. Selain itu, senaman juga baik untuk pembentukan sel-sel kulit baru. Lakukan senaman secara teratur dan konsisten kerana ia membuatkan anda segar dan bertenaga seperti berenang, bersenam di gimnasium, dan joging.

Photo by Li Sun from Pexels

4. Cukupkan waktu tidur, elakkan sering berjaga hingga waktu tengah malam atau awal pagi

Bahagian mata adalah bahagian yang mudah mengalami gejala penuaan. Hal ini kerana kulit di sekitar bahagian mata lebih nipis dan lembut. Maka sebab itulah penting untuk anda mendapatkan waktu tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Tidak dapat dinafikan, kesibukan dengan tugas harian menyebabkan anda sering tidak cukup tidur. Namun cubalah untuk mendisiplinkan diri anda agar anda mendapat tidur yang cukup jika anda tidak mahu kelihatan tua sebelum waktunya.

IKLAN
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

5. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar terutama yang kaya dengan kandungan antioksidan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber nutrisi untuk menjaga kesihatan tubuh dan kulit. Agar kulit kelihatan sihat dan cantik, amalkan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang mengandungi banyak antioksidan, seperti buah beri, brokoli dan oren. Hindari makanan olahan dan makanan ringan.

Photo by Trang Doan from Pexels

6. Lakukan amalan detoksifikasi tubuh dengan minuman semula jadi

Ada banyak cara untuk mendetoksifikasi tubuh. Salah satu cara mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengamalkan minum air lemon yang dicampur dengan madu. Amalan ini jika dilakukan secara berkala akan membuatkan kulit anda lebih berseri, bersih dan cerah. Hal ini kerana segalam racun-racun dalam tubuh anda telah disingkirkan. Boleh juga amalkan minu teh hijau dalam diet harian. Ia bukan sahaja bagus untuk sistem dalaman tubuh tetapi juga menjadikan kulit bersih dan nampak glowing.

IKLAN
Photo by Nadi Lindsay from Pexels

Walau bagaimanapun usia sememangnya akan bertambah dari tahun ke tahun. Terimalah ia dengan hati yang terbuka namun tidak salah untuk anda berusaha ‘melewatkan’ tanda-tanda penuaan.

Gaya hidup yang sihat dapat membantu anda kelihatan lebih bertenaga sekaligus menampakkan anda kelihatan sentiasa awet muda. Jaga pemakanan dan sentiasalah aktif dalam menjalani kehidupan harian, barulah aura awet muda itu sentiasa terserlah.

Sumber kredit: Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI