Penggunaan krim pelindung cahaya matahari ataupun lebih dikenali sebagai sunscreen/sunblock amatlah penting dalam kehidupan seharian kita. Apatah lagi dengan cuaca yang panas terik di negara kita, setidak-tidaknya ia mampu melindungi kulit kita daripada terbakar dan juga daripada masalah kulit yang tidak diingini.


.

Namun begitu, masih ramai juga yang keliru bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakannya. Perlukah lumur di keseluruhan tapak tangan atau sebaliknya? Ikuti penjelasan daripada Dr. Lim Ing Kien yang merupakan seorang dermatologi untuk penjelasan yang sebetulnya.

IKLAN

IKLAN

Biasanya saya akan sarankan pakai 2-3 fingertips untuk menggunakan sunscreen. Ia memadai untuk keseluruhan kulit wajah. Bagaimanapun, jangan lupa untuk sapukannya semula selepas 4-5 jam kerana di Malaysia sinaran mataharinya sangat kuat. Tidak kiralah SPF 50 ataupun 100, dalam masa 4-5 jam SPF itu akan hilang sepenuhnya . Sebab itulah perlunya sapu semula.

IKLAN

Ramai yang tanya boleh ke nak sapu semula sunscreen di atas solekan? Ya, anda boleh.

Oh, macam ini rupanya cara yang sewajarnya. Lepas ni tiada alasan untuk mengabaikan penggunaannya dah. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu menyapu sunscreen di wajah. Kalau nak cantik, jangan malas tau sis!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI