Masalah susah untuk tidur bukanlah perkara yang harus dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Apabila kita sukar untuk tidur, ini bermakna fikiran kita tidak tenang dan akan menyebakan waktu tidur terjejas. Kesannya, pada keesokan pagi, badan akan lesu dan tidak bermaya kerana tidak mendapat tidur yang cukup.
Dalam Islam, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penawarnya. Sudah pasti penawarnya ada di dalam kitab Al-Quran yang sememangnya menjadi rujukan utama buat kita sebagai umat Islam. Ada satu doa yang ingin kami kongsikan kepada kamu yang mengalami masalah sukar untuk tidur, yang sudahpun diajar oleh Rasulullah S.A.W.
Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Sedikit penerangan mengenai doa mudah tidur ini, ia diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:
Ads
bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Jadi, bagi kamu yang seringkali mengalami masalah susah untuk tidur atau insomnia, bacalah doa ino supaya diberi ketenangan di malam hari dan dipelihara oleh-Nya.InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkongsi rasa sebak, Sarah Suhairi terkenang jasa dan memori bekerja bersama penulis lirik lagu terkenal, Allahyarham Rudi Imran Shamsudin. Banyak yang arwah bantu dalam memberi sokongan buatnya dalam industri seni Malaysia.
Penyanyi muda, Sarah Suhairi, menyatakan perasaannya yang pilu apabila mengenangkan pemergian penulis lirik, Rudi Imran Shamsudin. Dia yang sering bekerja bersama arwah terasa kehilangannya.
Di temubual bersama Xtra, Sarah juga menyatakan permulaan karier seninya bermula dengan lagu Pedih hasil ciptaan arwah Rudy. Lebih dikenali sebagai Iman Imran, Sara menyatakan arwah merupakan seorang penulis yang hebat.
“Saya masuk dalam industri ini, yang memberi sokongan dan dorongan mula-mula pada Sarah adalah Allahyarham Iman Imran (Abang Rudy) sendiri,
“Dia adalah orang yang menyokong saya sangat-sangat kuar daripada awal perjalanan karier saya sehingga hari terakhir Abang Rudy berada bersama,
“Bagi saya, saya sangat bangga dapat bekerjasama dengan Abang Rudy sendiri kerana dia seorang penulis lagu yang indah dan saya tak sangka dia pergi begitu cepat kerana saya tak dapat tunjukkan apa yang saya lakukan hari ini kepada dia.” katanya.
Sarah amat bersyukur ditemukan bersama arwah meski pun pada masa yang singkat. Tanpa dia tiadalah nama Sarah Suhairi di dalam industri muzik Malaysia pada hari ini.
“Dia sangat-sangat rapat, dia tahu saya mengidolakan Dayang Nurfaizah, setiap persembahan yang saya lakukan, dia yang akan datang sendiri pada saya dan akan cakap ‘nyanyilah sepenuh hati, jangan fikir ia sebuah pertandingan, inilah masa awak untuk tunjukkan apa yang awak ada,
“Dia adalah individu yang sangat baik dengan semua. Pada awal, dialah orang pertama yang datang kepada saya untuk ditemu bual, tolong Sarah dan meletakkan nama Sarah Suhairi ini di dalam industri.” ujarnya lagi.
Dia juga menyatakan tidak sempat untuk membalas jasa arwah Rudy yang meninggal dunia pada 31 Mac lalu. Sarah berharap agar Allahyarham Rudy ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber: Xtra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hati yang berbolak-balik seringkali terjadi kepada kita terutamanya saat ingin membuat keputusan ataupun melakukan sesuatu yang baru. Kata orang tua-tua, apabila hati sudah mula berbolak-balik, itu maksudnya perkara itu bukanlah yang terbaik untuk kita.
Dalam Islam, kita disarankan untuk memohon doa kepada Allah S.W.T untuk menghilangkan rasa berbolak-balik ini. Nabi Saw menyatakan bahawa hati ini berada diantara jari jari Allah, yang mana Allah bisa saja membolak balikkannya dengan mudah sesuai dengan kehendakNya. Nabi saja sangat kuatir, apalagi kita sebagai umatnya, yang tidak memiliki jaminan apa-apa. Tentunya kita harus lebih banyak berdoa.
Ertinya: Wahai Dzat yang membulak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.
Menurut riwayat Anas, Rasulullah Saw memperbanyakkan doa ini, kerana beliau sangat kuatir apbila hati ini yang sudah kukuh dan kuat imannya kepada Allah, tiba-tiba berubah.
Muadz bin Jabal ketika mendengar penjelasan Nabi ini, beliau mengucapkan doa dalam surat Ali Imran ayat 8 :
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)”.
Sesungguhnya, Allah S.W.T Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Pintalah kepadanya untuk kita sentiasa berada dalam ketenangan dan tetapkan keimanan kita kepada-Nya untuk selama-lamanya. Semoga doa ini dapat menjadikan kita hambanya yang soleh. InsyaAllah. Selamat beramal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat itu tiang agama. Solat ialah amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT, sekali gus kewajipan kepada setiap Muslim yang difardukan pada tahun kelima sebelum Hijrah.
Firman Allah SWT: “Benar-benar sangat beruntung orang yang beriman, yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.” (Al-Mukminun: 2)
Lalu bagaimana pula status amalan-amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim yang tidak solat? Bersedekah sana-sini tapi tidak solat.
SOALAN:
Baru-baru ini ada video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT. Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja?
JAWAPAN:
Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)
Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.
IBADAH UTAMA
Solat merupakan ibadah yang utama di dalam agama bahkan solat juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA
Umat Islam wajib menjaga ibadah solat kerana ia merupakan ibadah yang pertama yang akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menceritakan bahawa jika baik dan sempurna solat maka baiklah amalan lainnya, sebaliknya jika buruk solatnya maka buruklah amalan lainnya.
Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya. Riwayat al-Thabrani (1859)
Dalam hal ini, Imam al-Munawi menukilkan pandangan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dalam jalur riwayat hadis ini terdapat seorang yang bernama al-Qasim bin ‘Usman dan menurut Imam al-Bukhari, hadis ini tidak mempunyai jalur riwayat yang lain. Selain itu, Ibnu Hibban menyatakan bahawa al-Qasim bin ‘Usman merupakan seorang yang thiqah (dipercayai) dan kadang-kala melakukan kesilapan. Di samping itu, hadis ini juga tidak terdapat di dalam enam kitab hadis yang muktabar.
Dalam riwayat yang lain, terdapat hadis menceritakan tentang perkara ini yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya solat fardunya tidak sempurna, maka tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku ini menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan solat fardunya itu. Kemudian dihitung seperti ini jua pada amalan-amalan yang lain. Riwayat al-Tirmizi (413)
Imam Munawi dalam menjelaskan hadis di atas menyatakan bahawa (صلح له سائر عمله) memberi maksud bahawa jika amalan solatnya sempurna dan diterima oleh Allah, maka Allah akan mempermudahkan proses perhitungan dan pemeriksaan amalan-amalan yang lain. Begitu juga maksud (فسد سائر عمله) iaitu amalan-amalan yang selain solat akan rosak jika solat tidak sempurna dan tidak diterima yang mana membawa maksud Allah akan menyempitkan proses penilaian amalan-amalan yang lain selain solat lima waktu.
Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi sesiapa yang meninggalkan keseluruhan solat fardu maka segala amalannya tidak diterima hal ini kerana solat itu adalah tiang agama.
Hal ini menjelaskan bahawa peri pentingnya ibadah solat sehingga Allah SWT mengancam dengan azab yang sangat berat. Imam al-Ghazali menukilkan hadis Nabi SAW sabdanya, mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib mereka, sama ada diberi ganjaran syurga atau balasan api neraka.
Meninggalkan solat sama ada dengan sengaja atau tidak merupakan satu dosa yang sangat besar dan diberi amaran dengan ancaman yang berat di sisi syarak bahkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, para ulama bersepakat bahawa mereka itu terkeluar daripada agama Islam dan dihukum sebagai kafir.
Selain itu, sekiranya meninggalkannya kerana malas tetapi tidak mengingkari kewajipannya, maka para ulama berbeza pandangan berkenaan dengannya. Menurut mazhab Maliki dan al-Syafi’i serta jumhur para salaf berpandangan tidak dihukum kafir akan tetapi fasik dan wajib bertaubat. Sekiranya enggan bertaubat setelah diberi peluang maka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud iaitu hukuman bunuh.
Berdasar kepada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa meninggalkan solat merupakan perkara yang sangat berat dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim.
Begitu juga solat sebagai tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Dengan meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun, sama ada baik atau buruk.
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al-Zalzalah: 7-8)
Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah. Wallahu’alam.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.