Kecantikan

Sukar Untuk Angkat Berat, Tanda Anda Kurang Tenaga Dan Lemah Otot.

Share

Bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk membina otot di gym, isu sebegini biasa dialami dimana seseorang itu tidak ada tenaga untuk mengangkat bebanan yang tinggi dan kemudian menyebabkan seluruh badan dan otot sakit teruk.

Menurut Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan di Universiti Selan- gor (UNISEL), Wan Mohd Hakim Wan Ismail, individu ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan dari mereka yang pakar untuk membuat terlebih dahulu program latihan jangka pendek dan panjang. 

Sumber gambar: Grazia Daily

“Kesilapan kecil boleh mengakibat kecederaan jangka panjang dan sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan kecederaan yang kronik. Sekiranya mereka melakukan aktiviti ini secara berperingkat, impak positif dan efektif latihan ini dapat dilihat dengan berkesan dalam masa yang singkat.” 

Tambah beliau, pemakanan yang  rapi juga perlu digarapkan selari dengan objektif latihan kecergasan tetapi sebaiknya ikutilah nasihat dari pakar pemakanan yang bertauliah. 

Sumber gambar: Fashion Gone Rogue

“Ramai dalam kalangan mereka yang mengambil makanan dan minuman tambahan tanpa mendapat nasihat pakar pemakanan, dan mengakibatkan kesan alergik, hipertensi dan kesan sampingan yang lain” 

IKLAN