Nama Sari Yanti tidak perlu diperkenalkan lagi. Figura genit yang memiliki keanggunan yang menawan kalbu serta senyuman yang mampu mencairkan hati setiap mata yang memandang.
Rasanya masih belum terlambat untuk admin ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Sari Yanti. Semoga sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
Seperti yang kita semua tahu, Sari Yanti telah pun berhijab sekitar Jun yang lalu. Admin akui, Sari Yanti kelihatan sungguh ayu dan manis apabila mengenakan hijab.
Gemar Gaya Yang Simple
Menyentuh tentang gaya ikatan tudung yang digemarinya, Sari akui dia selesa mengenakan gaya yang ringkas tetapi kemas. Menurutnya lagi, antara warna tudung yang disukai adalah warna coklat dan kelabu.
Tambahan pula dia sering membawa watak yang memerlukan dia untuk berhijab dan itu menguatkan lagi niatnya untuk berhijab. Sejujujurnya, Sari katakan niat berhijab itu datang sendiri tanpa paksaan.
Jep Ingat Sari Bertudung Kerana Bulan Ramadan
Kini, Sari lebih selesa berhijab. Tambahan pula suaminya, Jep Sepahtu juga menggalakkan Sari untuk berhijab.
Yang kelakarnya, Jep tahu Sari mula berhijab seminggu selepas itu. Itu pun apabila dia nampak Sari lebih banyak menghabiskan masa bersama telefonnya.
“Sebenarnya, saya pada ketika itu sedang membalas mesej kak Fynn Jamal yang mengucapkan tahniah di atas penghijrahan saya. Pada waktu itulah baru Jep tahu yang saya sudah berhijab sepenuhnya.
Jep ingat dia bertudung sekadar menghormati bulan Ramadan. Padahal tak pernah saya bertudung hanya kerana bulan Ramadan. Pada saya, nak bertudung tu biarlah ikhlas dan jangan buka-buka lagi selepas itu.”
Perbezaan Sebelum & Selepas Berhijab
Sari akui bahawa terdapat banyak perbezaan sebelum dan selepas dia berhijab terutamanya dari segi pakaian. Banyak baju di dalam almari yang sudah tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab itu.
“Kita tidak boleh pakai apa sahaja yang kita suka selepas berhijab nie. Kena fikirkan sama ada pakaian tersebut sesuai atau tidak dengan imej berhijab saya.
Banyak benda yang saya belajar terutamanya dalam membetulkan cara hidup, semuanya ke arah gaya hidup sebagai seorang Islam.”
Suka Aura Positif Jep
“Pada saya, Jep adalah seorang yang mempunyai aura yang positif. Jarang saya lihat Jep bersikap negatif dan sekali gus buat saya juga mahu jadi seorang yang positif.
Selain itu, Jep juga seorang ketua yang bagus. Walaupun dia seorang pelawak, dia seorang lelaki yang tegas.
Kalau nak tahu, Jep juga sebenarnya seorang yang pemalu. Apa yang anda lihat pada kaca televisyen tidak sama dengan realiti. Itu membuatkan saya lagi tertarik dengan Jep.”
Doakan Kami Punya Zuriat Bersama
Ditanya mengenai anak bersama Jep, Sari Yanti amat teruja dan berharap akan memperoleh zuriat bersama Jep satu hari nanti. Sari juga berharap agar para peminat di luar sana mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata cepat-cepat.
Suatu ketika dulu tercetus fenomena apabila seorang demi seorang artis berhijrah dengan menutup aurat. Salah seorangnya adalah pelakon dan pengacara popular, Diana Amir. Walaupun sudah hampir 6 tahun berhijrah, namun kisah penghijrahannya tetap menjadi bualan netizen hingga kini. Ramai yang tidak menyangka perubahan cukup drastik kerana melihat pada zaman lampaunya, penampilan Diana Amir tidak seperti dirinya sekarang. Baru-baru ini Diana Amir sekali lagi berkongsi cerita penghijrahannya bersama stesen radio baru Zayan FM.
Menurut Diana, hidayah yang diterimanya adalah dengan izin Allah dan dia amat bersyukur terpilih untuk menerimanya. Dulu hatinya cukup hitam dan keras, tetapi Allah tetap nak bantu dan perlahan-lahan menarik dia untuk berhijrah.
Dia begitu bersyukur kerana Allah telah mengubah hatinya agar tidak terus leka dengan duniawi. Sebelum itupun menurut Diana dia adalah bersekolah agama dan latar belakang keluarga yang punya pegangan agama yang kuat. Tetapi dek kerana terpengaruh ketika belajar di utara menyebabkan Diana menjadi sedikit lalai dan leka.
A post shared by Zayan #IndahDiHati (@zayan.my) on
Dalam hal ini, keluarga adalah penguat dirinya untuk berhijrah. Sebaik berhijrah, Diana Amir memang jarang muncul berlakon di kaca televisyen. Ada sebab kenapa dia tidak aktif seperti dulu.
Menurutnya, setelah berkahwin dia terpaksa menolak segala tawaran kerana berlakon memerlukan komitmen dan masa yang sangat panjang. Tambahan pula Diana kemudiannya mendapat cahaya mata dan kehadiran anak menjadi penyebab paling kuat untuk tidak lagi berlakon.
Rezeki Diana kini lebih kepada mengacara dan dia cukup selesa kerana baginya ia adalah perkara baru dan mencabar. Banyak perkara boleh dia belajar dari situ untuk menjadikan dia seorang insan yang lebih istiqomah dalam perjuangannya.
A post shared by Zayan #IndahDiHati (@zayan.my) on
Diana Amir juga antara selebriti yang berdakwah dengan followernya berjumlah 1.1 juta di laman sosial. Ada sahaja posting yang dikongsi daripada potongan hadis atau ayat Al-Quran untuk mengajak netizen ke arah kebaikan. Ramai yang memberikan komen positif dan berterima kasih atas segala perkongsian Diana.
Sudah hampir 8 tahun pemuda Mat Saleh berasal dari United Kingdom ini menetap di Malaysia. Satu jangka masa yang lama dan dalam tempoh itu pelbagai perkara manis berlaku kepadanya. Salah satu adalah apabila dia menemui agama yang dicarinya, iaitu Islam. Khareef Daniel atau lebih dikenali dengan nama Mat Dan memeluk agama Islam 4 tahun yang lalu. Mat Dan tidak lokek berkongsi pengalamannya memeluk Islam dalam satu kuliah Maghrib di Kemaman baru-baru-baru. Perkongsian perjalanannya menemui agama baru ini begitu menyentuh hati.
Menurut Mat Dan, dia datang sini sekitar tahun 2009 dan kedatanganya adalah atas tiket pelancong. Ketika itu selepas habis belajar di negara asalnya di UK, Mat Dan memang tidak mahu meneruskan persekolahan lagi dan dia memang berminat untuk travel atau dipanggil ‘back packers’.
Kebetulah ketika itu dia telah membeli satu beg dengan nama JALAN walaupun ada banyak lagi beg jenama lain yang dijual. Ketika itu ramai yang bertanya apa maksud JALAN itu dan sebenarnya ketika itu Tuhan sudah bagi ‘hint’ untuk menerima hidayah.
“Sebelum memulakan misi ‘back packers’, saya dan seorang kawan memilih untuk ke Laos, Vietnam, Cambodia, Singapura dan juga Thailand. Waktu itu nama Malaysia memang tidak ada dalam senarai. Saya pun tak tahu di mana kedudukan Malaysia ketika itu.
“Walau bagaimanapun oleh kerana kami ada masa hampir tiga minggu di Thailand jadi teman mencadangkan agar saya ke Malaysia. Lagiupun tidak jauh dari Thailand dan boleh naik bas. Oleh kerana saya sukakan pulau, pantai sambil membaca buku, jadi destinasi dituju adalah Pulau Perhentian. Setelah beberapa hari di situ, saya jadi suka dengan Malaysia dan rasa tak puas untuk tinggal lama di situ,” cerita Mat Dan membuka bicara.
Oleh kerana ketika itu, dia travel seorang diri (temannya sudah pulang ke Bangkok), jadi dia perlu memilih tempat yang sesuai dan merasakan keselamatan dirinya terjamin. Dia memilih untuk pergi ke Pulau Kapas.
“Oleh kerana sudah hampir 8 bulan saya jadi ‘bag packers’, jadi inilah masanya saya perlu berehat. Waktu itu hati saya sudah tertarik dengan Malaysia dan daripada sebulan, jadi 2 bulan, 3 bulan hinggalah seterusnya saya tidak mahu balik.
“Lagipun penduduk di sini semuanya baik. Saya juga dapat tempat tinggal dan kerja yang selesa. Macam-macam kerja saya buat seperti basuh pinggan, kemas bilik dan saya pula jenis tak duduk diam. Kalau orang tanya kenapa saya sukakan Malaysia, jawapannya kerana tempatnya cantik dan layanan orang tempatan cukup baik.
“Sebelum itu selama 8 bulan saya travel, tidak pernah lagi saya jumpa mana-mana negara yang layan saya seperti orang mereka sendiri. Awal-awal lagi kehadiran saya sudah diterima baik. Mereka jemput datang rumah dan buat seperti rumah sendiri. Mereka anggap kita seperti ahli keluarga mereka dan apabila ‘travel’ dapat layanan begitu, sudah tentulah ia sangat bermakna.
“Daripada situ, sedikit demi sedikit, hati saya terbuka kepada Islam. Apatah lagi duduk di sekeliling orang Muslim dan menguatkan lagi keinginan saya untuk lebih mengenali agama itu sendiri.
“Sejak saya kecil lagi, saya memang percaya dunia ini pasti ada sesuatu yang melakukannya. Mustahil dibuat sendiri dan pasti ada kuasa besar yang melakukannya. Waktu itu saya masih kecil tetapi saya sudah boleh berfikir ke arah itu.
“Jadi bila saya datang ke sini bergaul pula dengan orang Melayu, lepak kedai kopi menjadikan saya sudah teriasa dengan budaya mereka. Pada 2011, ada yang bertanya tak nak convert ker. Saya bagi tahu ‘rilekls’ la dulu. Ini kerana masuk Islam bukan benda kecil tetapi besar. Saya kena minta izin keluarga terlebih dahulu,” tambahnya yang belajar sedikit demi sedikit dakwah Islam melalui laman youtube atau facebook, misalnya mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.
“Akhirnya pada 2013 melalui abang angkat, saya luahkan hasrat untuk memeluk Islam. Dia membawa saya ke Pejabat Agama Marang dan saya diislamkan di situ. Mula-mula convert itu saya masuk kelas belajar cara nak solat dan membaca surah Al-Fatihah.
“Nak belajar sesuatu kena belajar dengan betul walaupun proses agak lambat. Kena tahu apa yang kita baca untuk faham maksudnya. Pada mulanya memang malu sebab saya belajar dengan kanak-kanak yang berumur 5 tahun 6 tahun dan saya pula belajar merangkak-rangkak. Tetapi ada seorang yang menyedarkan saya untuk tidak malu ketika dalam proses belajar.
“Dia cakap diri kita ibarat kain putih dan upama bayi baru lahir. Sejak itu saya tak lagi rasa malu dan akan angkat tangan untuk bertanya apa yang tidak difahami. Sampai sekarang inipun saya masih lagi dalam proses belajar kerana perjalanan saya masih jauh,” jelasnya yang belajar bercakap bahasa Terengganu daripada percakapan orang di sekelililing.
Mat Dan juga turut menceritakan pengalaman pertama berpuasa sebagai orang Islam.Menurutnya tahun pertama berpuasa dia akui ‘fail’.
“Tahun pertama saya gagal kerana waktu itu saya ingat puasa hanyalah untuk tahan lapar sahaja. Tetapi selepas belajar dengan ustaz, barulah saya faham maksud sebenar berpuasa. Puasa bukan setakat tahan lapar, tetapi juga nafsu. Bayangkan selama 23 tahun kita tak ada pengalaman berpuasa, jadi apabila kena buat memang sukar.
“Puasa itu memang wajib dan jika melakukannya dpat pahala. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya berpuasa selama sebulan dan waktu itu saya dapat rasakan perasaan itu sangat hebat. Saya beritahu emak dan ayah yang saya berjaya berpuasa selama sebulan. Apabila ditanya macam mana boleh tahan, saya bagi tahu dengan izin tuhan. Alhamduluillah tahun ini sudah empat tahun saya berpuasa penuh,” jelas Mat Dan yang bersyukur perjalanannya masuk Islam bagai sudah ditentukan oleh Allah SWT di bumi Malaysia.
Setelah masuk Islam juga rezekinya semakin bertambah. Dan paling manis adalah apabila pada tahun lalu dia diberi peluang mengerjakan umrah di Mekah. Bukan senang untuk kita jadi tetamu Allah. Apabila Tuhan bagi peluang itu dia merasakan cukup bertuah sekali walaupun tidak tahu bagaimana carannya.
“Saya dapat pergi ke sana kerana mengacarakan program Haramain ‘Back Packers’ yang bersiaran di ASTRO. Waktu itu apa yang teman baca saya baca, apa yang dia buat saya buat. Selain itu saya juga berpeluang untuk masuk ke Palestin.
“Bagi saya yang baru sahaja masuk Islam, peluang untuk pergi dan bersembahyang di 3 tempat suci iaitu di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa telah saya laksanakan. Ini antara pengalaman cukup manis dan indah setelah bergelar saudara baru,” tambahnya yang turut mengalami sedikit kesukaran untuk masuk ke Plasetin. Dia ditahan hampir 5 jam sebelum dibebaskan.
Dalam kuliah itu juga, Mat Dan turut diajukan beberapa soalan daripada penonton. Antaranya:
“Saya sebenarnya seoraang yang cepat naik angin dan jenis serabut. Jadi bagaimana untuk mengawal sikap itu dan belajar bersabar itu agak ausah. Tetapi lama kelamaan selepas solat buat pertama kali saya rasa satu perasaan yang cukup tenang. Sebelum kita solat, perlu buang semua sifat negatif dan hanya fokus ketika solat. Barulah kita tahu apa sebenarnya Islam itu dan sebab apa kita sembahyang”.
“Saya satu-satunya dalam kelurga yang masuk Islam. Jadi apaa-a yang dibuat perlu bagi tahu mak bapa terlebih dahulu. Saya masuk Islam bulan 1, jadi bulan 12 sebelum itu mak ayah datang sini dan waktu itu barulah saya bagi tahu mereka. Mereka juga dah nampak perubahan pada saya dan mereka tidak marah. Mereka lihat hidup saya sepertri ada arah tujuan berbanding sebeum itu. Dia nampak kita jadi lebih baik dan mereka gembira. Mereka tetap mak dan ayah saya walaupun kami berlainan agama kini.
“Insya-Allah kalau diizinkan saya juga berharap dapat memberi hidayah kepada kedua orang tua saya. Mereka adalah keluarga saya dan saya tidak mahu mereka mati sebagai orang kafir. Namun kedudukan mereka yang jauh menyebabkan niat itu tertangguh. Kalau mereka menetap di sini, insya-Allah akan ajar mereka sedikit demi sedikit mengenai Islam.
“Bagi saya jika ada yang kecam, bergantung pada diri kita mahu layan ataupun tidak. Memang ada yang bercerita itu ini (zaman sebelum peluk Islam) tetapi saya biarkan sahaja. Apa yang kita buat dulu sedikitpun tidak berfaedah dan hanya menyakitkan diri sahaja. Niat saya masuk Islam adalah ikhlas dan bukan sebab untuk kahwin atau sebagainya. Saya memang jatuh cinta dengan agama Islam. Cerita lama itu antara saya dengan Tuhan”.
“Saya kahwin umur 27 dan sekarang sudah berusia 28 tahun. Baru 7 bulan usia perkahwinan.
“Sekarang ini saya akan masuk ke dunia pelakon. Saya memang suka buat suatu benda baru dan mahu keluar dari zon selesa. Memang saya tidak pandai berlakon tetapi saya boleh cuba”.
Menurut Mat Dan lagi sebelum mengakhiri perkongsiannya, sebagai ‘back packers’ memang menjadi sifat mereka suka mencari sesuatu budaya yang baru. Ternyata kedatangannya ke Malaysia membolehkan dia mendapat bukan sahaja tempat baru, tetapi juga kawan dan hidup baru dan paling penting menemui hidayahnya di sini. Itu semua sudah dirancang Tuhan dan tidak akan sesekali dia akan No Turnign Back.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!