Hijrah dan hidayah adalah kurniaan yang terbaik bagai seorang manusia. Ia tidak akan datang dengan sendiri jika bukan terdetik dari hati. Terbaru selebriti Ika Nabila telah memuat naik beberapa gambar dirinya di laman sosial Instagram dengan gaya berhijab.
Setelah banyak soalan diajukan oleh sahabat-sahabat dan juga pengikut di Instagram akhirnya tuan punya badan membuka mulut, “Saya menerima banyak persoalaan dan juga pertanyaan menerusi mesej terus, whatsapp dan pangilan telefon.
“Untuk menjawab soalan anda, saya sedang bertatih, menyesuaikan diri dan masih mencuba menjadi indvidu yang lebih baik sebagai seorang isteri, ibu dan juga rakan anda. Doakan saya ya? Saya juga akan mendoakan anda juga. Segan sebenarnya.”
Ads
Anatara rakan-rakan selebriti yang meninggalkan komen positif di laman Instagram Ika.
Ads
Ads
Dalam satu hantaran lagi Ika menyatakan, “Saya baca kesemua komen anda. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya, keluarga saya dan perniagan saya @innateofficialhq. Terima kasih kerana rasa gembira untuk saya. Saya doakan kalian dikurniakan rezeki kebahagiaan dunia dan akhirat. Masha Allah Tabarakallah.”
Tahniah Ika, semoga sentiasa dikuatkan hati dan terus istiqamah dalam balutan hijab sebagai seorang Muslimah.
Sumber & gambar : via Instagram @ikanabella
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mahu untuk mengetahui bagaimana rupa paras Baginda Rasulullah SAW. Adakah Baginda seorang yang tinggi? Demi Allah SWT, alangkah indahnya jika kita tahu.
Sebagai umat Rasulullah SAW juga kita haruslah tahu segala perincian Baginda dari sejarah sehingga amaln yang baik dilakukanya. Belum cukup lagi buat kita berhenti mengenali apa pun mengenai baginda.
Bukan rezeki buat kita umatnya yang terakhir untuk menatap muka Rasulullah SAW. Alangkah beruntungnya umat ketika zaman Baginda SAW yang dapat melihat dengan mata mereka rupa Pesuruh Allah SWT yang tercinta.
Namun, kita tidaklah ditinggalkan tanpa pengetahuan rupa paras Baginda, ada tercatat fizikal baginda menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA. Ia dikongsikan lagi oleh agamawan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, jelas melalui hadis tersebut, Ali bin Abu Talib RA menyifatkan Rasulullah SAW seperti:
“Tidak terlalu tinggi melayup dan tidak terlalu rendah, ketinggiannya sederhana di kalangan orang lain, rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam.
“Mukanya bulat dan putih kemerahan, rambutnya lebat, sendi-sendinya tampak jelas, tidak banyak bulu di badan kecuali pada anggota tertentu, badannya tidak dipenuhi bulu, tapak tangan dan kakinya tebal,
“Kalau dia berjalan, maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi, bagaikan sedang berjalan di tanah yang cerun, kalau dia berpaling, maka dipalingkan berserta badannya, antara dua belikatnya, ada cap kenabian yang menunjukkan Baginda SAW penyudah segala nabi,
“Memiliki tapak tangan yang paling lapang (boleh juga diertikan sebagai pemurah), dan dada yang sangat bidang (atau diertikan dengan berlapang dada–berdasarkan huraian ulama hadis penterjemah), paling benar sebutan dan percakapannya, paling mengotakan perjanjian, manusia paling lembut perangainya, paling mulia pergaulannya, siapa yang melihatnya sekali, lalu terasa kehebatannya,
“Dan siapa yang benar-benar bergaul dengannya, akan mencintainya. Ada seorang yang menyifatkannya dengan berkata: “Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya orang yang sepertinya, Muhammad SAW.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Jelas melalui riwayat di atas menerangkan tentang segala perincian fizikal serta cara jalan malah juga peluh Rasulullah SAW yang dijelaskan dalam hadis itu. Sungguh mendalam dan sukar untuk kita bayangkan, itulah dia pengorbanan cinta kita terhadap Baginda.
Pada akhirat kelak, setiap dari manusia bakal berpeluang untuk melihat dengan mata menyaksikan Rasulullah SAW, tidak terhad kepada yang menerima syafaat sahaja. Oleh dengan itu, kita patut untuk berusaha dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT dan patuh dengan ajaran Rasulullah SAW.
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini ramailah yang sambung tidur selepas Subuh. Itu pun kalau yang bangun solat Subuh. Kalau tidak, ada jugalah yang lajak sampai ke tengahari sampai ‘terbabas’ solat Subuh.
Sebenarnya banyak ‘faedah’ kalau kita tidak sambung tidur selepas menunaikan solat Subuh. Ustaz Khairul Anuar Basriberkongsi tentang kesannya kepada mereka yang gemar sambung tidur selepas solat Subuh dan ia ada kaitan juga dengan rezeki.
JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH
Dalam kuliah Subuh dengan isteri dan anak-anak pagi semalam saya sebut, lepas solat Subuh jangan tidur. Kalau tak tidur lepas solat Subuh, rezeki kita murah. Orang yang tidur lepas solat Subuh, payah rezekinya.
“Macamana murah rezeki tak tidur lepas solat Subuh,?” tanya si Zulfa.
Ahaaa… macamana nak jawab soalan macam ni? Mencabar betul nak terang kepada budak umur 9 tahun. KBAT jugak soalan cenggini.
Ok, dia macam ni.
Katakanlah kita tidur lepas solat Subuh. Pukul 9, pukul 10 baru bangun. Then masa tu la terhegeh-hegeh nak pergi kedai cari makan pagi.
Sampai kedai, roti canai dah habis, nasi lemak ikan pun dah habis. Apa je yang tinggal? Takde apa dah kan?
Tapi kalau kita lepas Subuh tak sambung tidur. Lepas tu kita siap-siap terus pergi kedai. Apa makanan yang ada? Mesti la semua pun ada kan?
Kita nak roti canai, roti canai ada. Kita nak nasi lemak ikan, nasi lemak ikan ada. Semua makanan yang sedap-sedap semuanya ada dan masih banyak lagi.
Itulah murah rezeki kalau tak tidur lepas Subuh.
“Oooo…”, respon serentak anak-anak.
Orang dulu-dulu, pagi buta gelap lagi dah keluar menoreh. Yang ke bendang pun pagi-pagi. Diorang tak tidur lepas Subuh.
Dah dekat tengahari, banyak kerja dah selesai. Bawa balik hasil, sikit sebanyak untuk keluarga. Murah rezeki diorang.
HARI YANG DILALUI JADI LEBIH MUDAH
Sama jugak dengan kita sekarang ni. Walaupun tak kerja bendang, tak buat kebun, tapi kalau amalkan tak tidur lepas Subuh, hari kita akan jadi hari yang mudah. Tu pun kira murah rezeki jugak tu.
Pagi-pagi dah bergerak aktif. Set meeting sana-sini. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Semua tu tanda berkatnya waktu pagi.
Orang yang tak tidur lepas solat Subuh ni insan cemerlang. Kalau pelajar, dia pelajar cemerlang. Kalau dia pekerja, dia akan dapat award pekerja cemerlang.
KONSEP REHAT KENA PERBETULKAN
Tambah-tambah kalau hujung minggu. Ramai orang ambil keputusan sambung tidur lepas solat Subuh. Nak berehat katanya. Tapi konsep rehat tu tak betul tu. Kena perbetulkan.
Ada 1 doa yang Nabi SAW baca untuk orang yang berpagi-pagi mencari rezeki tak tidur lepas Subuh tau!
“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka”.
Orang yang tak tidur lepas Subuh, sibuk buat macam-macam aktiviti berfaedah, for sure masuk dalam doa ni tersebut.
Waktu pagi ni otak fresh, udara pun fresh. Kalau nak buat sesuatu yang melibatkan otak bagus, yang melibatkan fizikal pun boleh. Pendek kata semua bagus la.
KALAU NAK HAFAZ AL-QURAN PUN BAGUS
So, plan betul-betul waktu pagi kita sepanjang PKP ni. Jangan asyik nak membuto ajo. Tambah pulak kalau anak dara. Teruk benar nampaknya bangun tengahari buta.
Jangan la macam tu. Sepatutnya isi waktu lepas solat Subuh dengan macam-macam aktiviti yang berfaedah. Berfaedah untuk diri sendiri dan berfaedah untuk orang lain.
Banyak pahalanya nanti. Banyak manfaatnya nanti. Banyak kesannya nanti.
Anak-anak kita tengok pun, mereka akan ikut tabiat kita. Kalau kita tak tidur lepas solat Subuh, diorang ikut tak tidur. Kalau kita tidur, mereka pun akan tidur balik lepas solat Subuh.
Pertanyaan yang sudah pasti sering bermain di kepala. Di zaman serba digital ini dilihat majoriti memanjatkan doa mereka di jejaring laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jika dilihat, makin ramai Ustaz Laman Sosial dan Ustazah Laman Sosial, tidak termasuk, Ustaz dan Ustazah Selebriti lagi.
Lantas bagaimana agama kita memandang akan fenomena ini? Adakah dibolehkan atau tidak? Kalau tidak boleh, mengapa banyak Ustaz yang melakukannya? Ini jawapan tentang berdoa tanpa menadah tangan, cuma jari-jemari menaip entry doa di laman sosial:
Berdoa di laman media sosial adalah termasuk dalam kategori berdoa di tempat umum dalam keadaan terbuka. Ramai mata-mata yang melihat akan doa kita. Hal ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh seorang khatib Jumaat.
Sebuah ibadah yang dilakukan tanpa mempertimbangkan akidah akan berakhir dengan kekeliruan. Dalam hal doa, terdapat beberapa doa yang layak untuk diketahui dan dikongsikan bersama orang lain; antaranya doa mengajak berbuat kepada kebaikan, doa harian, dan lain-lain. Di mana dalam situasi yang berdoa juga ingin orang lain mengikutinya dalam hal kebajikan.
Rasulullah bersabda,Siapa yang mempertontonkan kebaikan, dia juga akan memperoleh pahala seperti pahala yang mengajak (orang yang mengikutinya). (HR. Muslim 1893).
Sedangkan doa-doa yang sifatnya privasi atau peribadi, maka adalah lebih baik jika tidak disebarluaskan. Jenis doa seperti ini seharusnya menjadi urusan pribadi sahaja tanpa perlu digembar-gemburkan kepada tontonan dan pengetahuan orang ramai. Doa yang seakan-akan riak dan menunjuk-nunjuk, juga harus kita elakkan.
Akan tetapi jika boleh dan berkesempatan, apa salahnya kita menadah tangan dan memohon daripadaNYA, dan bukannya menaip doa-doa tersebut.
Cukup juga berdoa menerusi hati atau lisan. Tulisan atau sesuatu dakwah itu juga merupakan suatu doa.
Teruskan berdoa. Doa akan lebih utama lagi jika diucapkan dengan keyakinan hati supaya tidak menjadi hanya doa yang kosong.
Moga doa kita dimakbulkannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.