Apabila berat badan naik tanpa dapat dikawal, sudah tentu seseorang itu akan berasa kurang selesa. Stamina pun semakin berkurang dan paling ditakuti apabila berat badan sudah berlebihan, penyakit pun mudah ‘mendekati.’

Bagi mereka yang ingin dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan, ini perkongsian yang boleh dijadikan panduan.

Ini perkongsian Sharinaz Redwan.

Jom saya mulakan kisah saya. Cewah!

Sebelum itu saya nak inform, semua gambar di bawah bukan gambar semasa saya mengandung ye.

Bagi saya, gemuk semasa mengandung itu normal, jadi tak adil untuk kita judge.

Dari kecil/bujang sebenarnya saya tidak pernah gemuk. Lepas kahwen, saya cuma gemuk semasa mengandung sahaja.

Biasanya lepas habis pantang, badan akan kembali normal.

Bermula tahun 2015, masa tu baru wean off breastfeed anak bongsu dari 3 orang adik beradik.

Mencanak naik lelemaks. Tahun demi tahun. Bukan takde kesedaran nak kurus.

Tapi biasalah, cuma azam di awal tahun.
Sampailah Januari 2019.

Struggle itu hadir. Kenapa tiba-tiba?
Sebab perasan ada something wrong dengan badan. Sakit sana-sini. Panik weh!

IKLAN

Jadi di bawah adalah perjalanan saya untuk kurus dan sihat dari 73 kg hingga 55 kg dengan ketinggian 162 cm dalam masa 6 bulan. ( Total lost 18 kg).

 

Gambar 2016.

 

Gambar 2017.

 

Gambar 2018.

 

Gambar 2020.

Sekarang fasa maintain, ada naik turun sikit-sikit.

Ok, kalau korang boleh follow, follow la ye. Ikut kemampuan masing-masing.

πŸ”₯ Mula stop makan/minum benda-benda manis. Kuih-kuih, kek semua saya stop.

Atau kalau teringin sangat, saya makan just cubit-cubit je. Masak pun saya jarang pakai gula putih. Banyak pakai gula kabung. Atau ‘brown sugar’ pilihan kedua.

IKLAN

πŸ”₯ Elak makan makanan berasaskan tepung macam roti, cucur. Kalau makan roti pun, saya makan roti wholemeal gardenia yang plastik purple, dia tulis “Canadian Purple Wheat”. Kandungan GI rendah.

πŸ”₯ Nak kurus & sihat, motivasi kena kuat dari dalam. Jadi saya banyak follow IG #healthyfood, #resepidiet, #eatcleanmalaysia, #intermittentfastingmalaysia dan seangkatannya. Biar penuh lalu kat IG tu pasal nak kurus & sihat je. πŸ˜…

πŸ”₯ Greentea. This helps me a lot. Hampir setiap hari saya minum. Ketuk halia, dan perah lemon dalam tu. Ia dapat bantu hilangkan craving untuk makanan manis-manis.

πŸ”₯ Jaga PORTION. Ni paling penting. Jaga portion makan. Selain makan portion 1:1:2 (karbo:protein:sayur), saya tak ambil nasi dalam tempoh 5 bulan pertama ye. Tukar nasi ke sweet potato selalunya.

Saya biasanya buat Diet SSS, eatclean dan IF.

Percayalah, bila dah lama-lama buat macam ni, perut korang akan jadi kecik. Automatik lama-lama tak mampu dah nak makan nasi 2 pinggan macam dulu.

πŸ”₯ AIR KOSONG. Minum paling kurang 3 L sehari. Dekat rumah saya memang standby botol 1.3L. Pergi mana-mana akan usung. Sambil tengok tv, minum, minum dan minum. Wajib refill 3x sehari biasanya.

πŸ”₯ WORKOUT. Yang ni memang saya struggle. Setiap hari pagi dan petang saya takkan miss. Unless kalau tak sihat. Senaman saya biasa buat zumba, treadmill, cycling dan bodyweight training. Semua buat dalam rumah sahaja. Zumba dan bodyweight training saya akan tengok youtube. Macam-macam ada.

IKLAN

Workout sangat-sangat membantu saya untuk turun berat badan 2x ganda lebih cepat. Dulu 4 bulan turun 9 kg. Kali ni 10kg dalam masa 53 hari saja.

πŸ”₯ Sorok / jangan beli fast food kat rumah. Saya belajar untuk kurangkan beli fast food di rumah. Belajar kawal nafsu. Ada masa kita terbabas jugak. Normal.

πŸ”₯ Kalau rasa-rasa korang dah hilang semangat, cepat-cepatlah buat throwback. Tengok balik gambar-gambar kurus korang. Buat wallpaper. Sambil cakap dalam hati. ” Yes, aku dah kurus. Dah boleh pakai saiz S!”.

Walaupun masih pakai XXL. Confident level kena tinggi. Rajin-rajinlah tengok gambar model, gambar bajet retis yang letop-letop tu.

Saya tahu, jauh dalam lubuk hati semua wanita, semua nak kelihatan persis model. Jangan tipu hakak dik. Wanita + cantik berpisah tiada.

Eh, ya ampun. Panjangnya post saya ni. Korang baca sampai habis tak ni?

Ok last sekali saya nak pesan, bila dah kurus dah cantik. Pesan kat diri,

“Ya Allah, terima kasih atas semua usaha selama ni. Kau bantu aku. Peliharalah hati aku ya Allah. Semoga aku tetap menjaga batas-batas dalam berpakaian. Jauhkanlah hasutan syaitan dari goda hatiku untuk berpakaian yang menjolok mata di luar sana.” Aminn.

Ye, bila dah kurus iman kita pasti diduga. Kita tak sempurna, kan?

Semoga wanita-wanita di Malaysia lebih sihat, lebih fit, dan lebih cantik!

Sumber kredit: Sharinaz Redwan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI