Bagi penggemar drama Korea, tentu biasa melihat kulit pelakon-pelakon Korea yang halus dan mulus. Nampak cantik sangat. Seperti yang kita sedia maklum, wanita-wanita Korea amat menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah. Malah tidak keterlaluan dikatakan kulit yang cantik menjadi aset penting dalam kehidupan harian mereka.

Sebenarnya mereka memiliki kulit yang sihat dan cantik hasil usaha perawatan kecantikan yang dilakukan secara konsisten. Maka sebab itulah kita lihat banyak produk-produk kecantikan datangnya dari Korea.

Berikut perkongsian Dora Ramli

10 LANGKAH-LANGKAH RUTIN K-BEAUTY

Kalau tengok kulit orang korea (terutama yang dalam K-Drama itu) semua bergelas-gelas kaca bukan? ‘Glass skin’ sangat sinonim dengan kulit orang korea. Glass skin adalah kulit yang sihat, mulus, tanpa masalah pori terbuka dan bercahaya seperti kaca.

10-steps adalah rutin dan juga lifestyle masyarakat Korea yang obses dengan healthy glowing skin. Mungkin nampak banyak, tapi ia ada tugasan masing-masing untuk membaiki dan membantu menjaga kulit supaya kelihatan sihat dan bercahaya.

IKLAN

Mari kita kaji 10 langkah K-Beauty Routine:

Step 1: Gunakan pembersih berasaskan minyak
Langkah pertama adalah mencuci muka dengan oil cleanser untuk mengeluarkan sebum, make up dan bakteria. Minyak akan menghapuskan kotoran tanpa mengeringkan kulit.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

Step 2: Gunakan pencuci foam atau gel
Langkah kedua ialah membersihkan muka sekali lagi dengan cleanser biasa (foam atau gel). Teknik mencuci dengan oil cleanser dan diikuti dengan cleanser biasa ini dipanggil ‘Double Cleansing’.

Photo by Vitória Santos from Pexels

Step 3: Exfoliate
Exfoliating dilakukan untuk membersihkan sel-sel kulit mati dan liang pori supaya kulit lebih cerah dan licin. Bila kulit dah bersih dari sel mati, produk skincare yang lain akan dapat menyerap masuk dengan baik.

IKLAN
Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Step 4: Toner
Bersihkan sisa kotoran yang tertinggal selepas mencuci muka dengan menggunakan Toner. Toner akan memberi hidrasi dan membantu mengimbangkan PH kulit anda supaya bersedia untuk langkah rutin seterusnya dan juga boleh mengecilkan liang pori.

Photo by cottonbro from Pexels

Step 5: Essence
Essence merupakan ‘jantung’ dalam rutin penjagaan kulit Korea. Ia berfungsi untuk membaiki kulit dan generate new cells dan menjadikannya lebih tegang dan anjal. Kadar penyerapan yang tinggi ke dalam kulit kerana tekstur yang ringan dan kurang concentrated. Essence juga dapat membantu menambah satu lagi layer of hydration pada kulit.

hoto by Karolina Grabowska from Pexels

Step 6: Serum/Ampoule (Skin Booster)
Serum dan Ampoule adalah vitamin yang mempunyai tekstur yang pekat dan lebih concentrated. Kebanyakan serum mempunyai bahan aktif untuk merawat masalah yang spesifik seperti mencerahkan kulit, anti-aging, menghilangkan parut jerawat, mengetatkan pori-pori dan sebagainya.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Step 7: Sheet Mask
Sheet masks kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti collagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit. Wajib pakai sheet mask ini supaya kulit kita dapat menyerap segala essence atau extracts secara maksimum. Hasilnya kulit akan jadi lebih glowing.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

Step 8: Eye Cream
Eye cream untuk mengelakkan kedutan muncul pada usia yang muda kerana kulit di bawah mata adalah area yang sensitive dan halus. Semua bahan dalam eye cream diformulasikan khusus untuk kulit halus di sekitar mata jadi aman.

Photo by cottonbro from Pexels

Step 9: Moisturiser
Walaupun anda sudah apply essence dan serum, moisturizer tetap wajib diapply. Moisturizer akan pastikan skin kita sentiasa lembap dan lock semua nutrient yang dibekalkan dari essence dan serum.

Photo by cottonbro from Pexels

Step 10: Night Cream/Sunblock
Waktu siang, langkah yang terakhir merupakan sunblock. Walaupun anda dalam rumah atau bangunan, anda tetap akan terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Pada waktu malam pula, langkah terakhir adalah night cream. Night Cream mengandungi bahan yang lebih ‘berat’ kerana ia membantu membaiki kerosakan sel kulit dan melambatkan tanda-tanda penuaan semasa kita tidur.

Photo by Anastasiia Ostapovych on unsplash.com

10 langkah memang nampak leceh tapi percayalah, hasilnya amat berbaloi! Tak perlu spa facial yang mahal. Just spend about 10 – 20 minutes at home. Kalau anda konsisten lakukan dalam 2 minggu, anda akan nampak hasilnya.

HIJABISTA: Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, perlulah rajin, konsisten dan disiplin. Hendak cantik, mestilah rajin belai wajah. Paling penting, jangan sesekali tidur dalam keadaan mekap yang belum dibersihkan. Inilah kesalahan besar yang boleh merosakkan kulit buat jangka masa panjang.

Sumber kredit: Dora Ramli Top image: Instagram dlwlrma

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI