Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Span mandi (loofah atau shower pouf) menjadi antara peralatan penting yang digunakan ketika mandi. Tidak dapat dinafikan tapi ada juga yang lebih suka membersihkan tubuh secara langsung dengan menggunakan tangan. Bagi anda yang suka menggunakan span mandi, penting untuk anda menggantikan peralatan mandi ini secara rutin.

Tahukah anda bila waktu yang tepat untuk membeli dan menggunakan span mandi yang baru?

KENAPA HARUS SELALU GANTI SPAN MANDI
Span mandi berfungsi untuk membantu membersihkan seluruh bahagian tubuh, dengan cara menggosokkannya secara perlahan. Jika Aanda penggemar span mandi dan selalu memakainya, usahakan untuk menggantikan span ini secara teratur. Span mandi memiliki banyak ruang kecil berpori, sehingga menjadi tempat ideal bagi bakteria untuk berkembang biak.

Photo by Diana Akhmetyanova from Pexels

Ketika span mandi digunakan untuk membersihkan tubuh, sel-sel kulit mati akan ikut terangkat. Sel-sel kulit mati yang kotor tersebut tidak larut seluruhnya bersama air saat dibilas. Namun sebahagian dari sel-sel kulit mati yang luruh akan bersarang pada celah-celah kecil span mandi.

Inilah salah satu alasan mengapa anda perlu menggantikan span mandi secara rutin. Tidak berhenti sampai di situ sahaja. Setelah selesai digunakan, span mandi biasanya akan digantung di bilik mandi agar lebih cepat kering.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Sedar atau tidak, persekitaran bilik mandi yang hangat dan lembap akan semakin menggalakkan pertumbuhan kuman, bakteria, mahupun kulat pada span mandian anda. Hal tersebut dijelaskan oleh ahli dermatologi di Knight Dermatology Institute, Amerika Serikat, J. Matthew Knight, MD.

IKLAN

Menurut Melissa Piliang, MD, selaku doktor pakar kulit di Amerika Syarikat, mengungkapkan bahawa saat digantung, sebenarnya span mandi tidak sepenuhnya kering. Keadaan lembap bilik mandi akan mempercepatkan pembiakan kuman, bakteria, hingga pertumbuhan kulat.

Anda berisiko mengalami iritasi dan infeksi kulit apabila terus menggunakan span mandi yang sama dalam jangka waktu lama. Atas dasar inilah, anda sangat dianjurkan untuk menggantikan span mandi secara berkala.

JADI BILA WAKTU TERBAIK MENGGANTIKAN  SPAN MANDI? 
Anda boleh menggantikan span mandi setidak-tidaknya dua minggu sekali jika span yang anda gunakan berasal dari bahan plastik.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

Sementara jika span mandi yang anda gunakan diperbuat daripada bahan alami atau natural, anda dianjurkan untuk menggantikan setiap tiga hingga empat minggu sekali. Segera tukarkan span mandian anda sekiranya ada bau yang kurang enak atau kelihatan ada kulat pada span mandian anda. Ini merupakan tanda span mandi tersebut sudah tidak layak lagi dipakai, dan anda harus segera menggantikannya dengan yang baru.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN SPAN?
Selain mengetahui jadual menggantikan span mandi, jangan lupa juga untuk selalu menjaga kebersihan span selama dan setelah digunakan.

*Biasakan untuk pakai span mandi secara perlahan dan jangan terlalu keras.

IKLAN

*Pastikan span mandi telah kering sepenuhnya sebelum digunakan kembali. Sebaiknya jemur dan letakkan alat mandi yang satu ini di tempat yang bersih tapi bukan di kamar mandi.

Hindari menggunakan span mandi untuk membersihkan bahagian wajah dan organ intim anda. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut sangat sensitif dan mudah terkena jangkitan.

Akhir sekali jangan lupa rutin membersihkan span mandi setiap minggu walau pun span tersebut mungkin jarang anda gunakan. Caranya mudah sahaja. Bersihkan dengan air suam dan jemur di tempat yang panas supaya span cepat kering.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI