Bagi wanita yang mengenakan solekan pasti kadangkala terfikir untuk kelihatan cantik sepanjang hari menggunakan konsep solekan sama sahaja. Buat wanita yang sibuk di pejabat dan mempunyai jadual kerja padat amat penting, solekan yang tahan lama  amat penting.

Jika boleh, satu gaya solekan sudah cukup. Tidak perlu solekan yang perlu diubah-ubah mengikut kesesuaian situasi. Gaya solekan tidak terlalu tebal dan tampak asli menjadi trend memudahkan setiap wanita untuk kelihatan cantik meskipun tidak perlu mengubah rona solekan atau gaya untuk hari yang sama.

Photo by freestocks.org from Pexels

Teknik solekan amat penting bagi memastikan wanita yang sibuk untuk kelihatan menonjol meskipun melalui hari-hari mencabar dan sentiasa berada di luar. Tidak perlu merias wajah terlalu tebal bagi mengelakkan rasa tidak selesa.

Wajah yang berminyak pastinya mengganggu kerana masalah ini akan menyebabkan wajah mudah diserang jerawat sehingga anda hilang keyakinan diri. Walaupun wajah anda berminyak dan berjerawat, ini tidak bermakna anda tidak boleh tampil menawan dengan mengenakan solekan.

Berikut dikongsikan tip solekan buat anda yang memiliki kulit jenis berminyak.

1. Pastikan anda membersihkan wajah dengan pembersih muka atau skrub muka. Penyental yang dihasilkan daripada bahan semula jadi akan membuatkan kulit wajah anda mudah ‘bernafas’ dan lebih bersih.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

2. Sapukan pelembap di seluruh bahagian wajah. Seeloknya gunakan pelembap yang mempunyai kandungan pengawalan minyak kerana ia sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Biarkan seketika sehingga ia boleh meresap ke dalam kulit.

3. Untuk memudarkan kesan kusam dan parut jerawat, pakai concealer di bawah mata, pipi dan hidung. Ratakan dengan berus agar warnanya bersatu dengan kulit. Beri keutamaan pada zon T dan kawasan di mana jerawat anda nampak kemerahan.

4. Sapukan foundation di seluruh wajah dan leher secara rata dan tepuk wajah dengan jari. Jangan sesekali menggunakan span untuk mengaplikasikan foundation pada kulit yang berjerawat.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

5. Selepas memakai concealer dan foundation, sebaiknya gunakan bedak tabur. Bedak tabur berupaya menyerap kelebihan minyak kerana ia lebih ringan berbanding bedak daripada jenis two way cake.

6. Jika anda memilih untuk memakai bedak compact pilih daripada jenis matte kerana ia akan menjadikan wajah lebih mulus dan gebu.

7. Pakai pemerah pipi, aplikasikan dengan sentuhan ringan dan elakkan daripada jenis krim.

IKLAN

8. Tonjolkan efek pada mata dengan sapuan pembayang mata secara sederhana bersama penggaris mata dan maskara.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

9. Oleskan gincu bibir daripada jenis matte untuk bibir yang menawan dan mungil atau sedikit pengilat bibir jika anda ingin wajah yang segar.

10. Untuk countouring atau shading wajah anda, gunakan shimmer yang tidak terlalu terang dan jelas untuk mengelakkan kulit tampak lebih berminyak dan berkilat.

HIJABISTA: Teknik solekan yang betul pada keseluruhan wajah boleh menampakkan wanita itu elegan, cantik dan menawan. Semua wanita yang memakai alat solek ingin kelihatan cantik, nampak muda dan berseri. 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI