Sebelum memulakan solekan, anda perlu memakai foundation atau bedak asas terlebih dahulu. Tetapi ada caranya untuk memilih foundation bersesuaian agar solekan tidak jadi bercapuk dan wajah jadi lebih flawless dan glowing.

Berikut dikongsikan tip memilih foundation yang betul sebelum anda menyolek wajah dengan produk solekan yang lain.

1. Pilih warna yang betul

Pastikan pilih warna yang betul dengan kulit wajah. Kadang-kadang bila kita cuba di kulit tangan, nampak seperti okay, tetapi bila cuba di wajah, nampak bercapuk dan tidak sesuai.  Jadi cara terbaik adakah cuba foundation terus pada bahagian jawline dan ratakan foundation di situ. Tunggu beberapa minit dan biarkan kering seketika lihat efek warnanya. Jika tidak kena dengan warna kulit ia bukanlah foundation sesuai untuk kulit anda.

Photo by Nika Akin from Pexels

2. Jangan lupa pakai face primer

Ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni kan? Jangan lupa untuk sapukan primer sebelum letakkan foundation. Primer sebenarnya bertindak sebagai ‘secret weapon’ menjadikan solekan kekal atau tahan seharian. Bertindak sebagai melembapkan kulit, menjadikan muka licin, menutup pori dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka.

Primer ni pun ada juga jenis-jenis dia. Ada yang clear, tinted dan yang berwarna. Untuk yang berwarna ni sama seperti foundation, kena cari tona yang sesuai dengan warna kulit. Selain primer anda juga boleh juga gunakan gel aloe vera atau apa-apa jenis krim muka.

3. Pilih bedak asas ikut jenis kulit

Foundation memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakaian solekan anda. Senang sahaja untuk memilih jenis foundation yang sesuai, kenali masalah kulit anda. Jika anda memiliki kulit berminyak pilihlah foundation yang diformulasikan untuk kulit berminyak, begitu juga dengan jika kulit kering pilih yang khas untuk kulit kering.

Warna foundation juga memainkan peranan yang sangat penting! Jika kulit anda cerah, anda digalakkan menggunakan warna terang dan jika kulit anda sawa matang atau tan anda digalakkan menggunakan warna natural.

IKLAN
Photo by Adrienne Andersen from Pexels

4. Pilih foundation yang berasaskan liquid

Foundation berasaskan liquid lebih mudah diratakan di kulit berbanding foundation jenis kering. Kalau boleh cari yang bersesuaian dengan aktiviti harian anda. Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria.

Terdapat banyak di pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit.

5. Pastikan foundation belum habis tarikh luput

Jangan sesekali lupa dengan tarikh luput barangan mekap yang dibeli termasuk foundation.  Untuk mengetahui tarikh luputnya boleh belek label pada botol foundation. Jika menyebut 12M bermakna boleh digunakan untuk 12 bulan sahaja dan kalau 24M maknanya untuk tempoh 2 tahun. Jika sudah luput jangan pakai bimbang ada masalah kulit wajah pula nanti.

Photo by cottonbro from Pexels

Berikut dikongsikan juga senarai bedas asas terbaik untuk kulit berminyak dengan  kemasan tanpa bersinar.

1. L’oreal Infallible Pro-Matte Foundation

IKLAN

Mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, foundation terbaik drug store ini menjadi kegemaran. Formula bebas minyak kelihatan dan terasa ringan dengan aplikasi yang lebih lembut, ‘full coverage’ untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan. Selain itu, anda tidak perlu risau kerana ia akan menyerap setelah anda aplikasinya.

2. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Foundation ini mempunyai lebih daripada 10k ulasan salah satunya sangat disukai oleh ramai orang kerana rangkaian warna yang luas, kemasan matte semula jadi, dan litupan yang licin.

3. CLINIQUE Stay-Matte Oil-Free Makeup

IKLAN

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan juga sensitif cuba foundation ini. Asas matte semula jadi ini bebas wangian dan bebas minyak. Ia mengandungi asid hyaluronik yang memudarkan kulit sehingga kulit anda tidak akan kelihatan terlalu berat.

9. Revlon ColorStay Makeup for Combination/Oily Skin SPF 15

Pilihan ini adalah klasik: Revlon’s ColorStay telah lama wujud dengan harga yang berpatutan. Rata-rata merumuskan, foundation ini bebas minyak terasa selesa sepanjang hari.

10. Estée Lauder Double Wear Stay-in-Place Liquid Makeup

Formulanya tahan air dan mengawal minyak, sehingga mengurangkan kilauan walaupun dalam cuaca yang lebih panas dan lembap. Bebas wangian dan minyak, Double Wear Estée Lauder adalah pilihan yang bagus jika zon T anda cenderung berkilap sepanjang hari.

Sumber kredit: Top image: Photo by Kamaji Ogino from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI