Kala menjelang tengah hari, pastinya kulit akan mula berminyak dan solekan pun mula pudar. Sesetengah wanita rasa hilang keyakinan apabila solekan semakin hilang. Ia akan membuatkan solekan menjadi comot, pudar dan tidak rapi. Apatah lagi jika ada majlis yang perlu dihadiri selepas pulang dari kerja nanti.

Sumber gambar: Cottonbro

Nak tahu trik dan teknik yang mudah? Anda hanya perlukan quick touch-up untuk kembalikan kesegaran dan kecantikan solekan anda. Tetapi bagaimana caranya supaya ia tidak merosakkan solekan yang sudah ada pada wajah?

Amalkan tip touch up solekan di bawah untuk anda praktikkan.

Sumber gambar: Cottonbro

1. Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, lap bahagian kulit wajah yang kelihatan berminyak dengan tisu atau tisu khas untuk menghilangkan minyak pada wajah.

2. Padam saki-baki rona gincu pada bibir, jadi anda boleh mula oles kembali rona gincu selepas selesai touch-up.

Sumber gambar: Sora

3. Setelah minyak berlebihan pada kulit anda telah menyerap dengan sepenuhnya, gunakan span yang bersih untuk menyapu keluar bedak asas serta pembayang pipi agar tampak lebih sekata.

IKLAN

4. Tambah sedikit concealer di bawah mata jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap.

Sumber gambar: Cottonbro

5. Jika lapisan bedak asas atau concealer anda telah pudar, tambah semula dan sapu rata pada bahagian cela tersebut. Kemudian layangkan sedikit bedak translucent untuk mencipta asas solekan yang pusam (matte).

6. Layangkan sedikit pembayang pipi jika perlu.

IKLAN

7. Touch-up penggaris mata dengan pembayang mata.

Sumber gambar: Mart Production

8. Jika pembayang mata anda kelihatan semakin berminyak, blot bahagian kulit tersebut dengan tisu dan gunakan berus solekan untuk memberikan efek sekata kembali. Tambah rona pembayang mata yang sama pada kelopak mata agar ia tampak seimbang pada kedua-dua bahagian.

9. Akhir sekali calitkan gincu. Jika gincu masih elok di bibir, hanya perlu calitkan sedikit glos bibir untuk menampakkan bibir lembap dan sihat.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe