Wanita wajib menjaga auratnya tidak kira di mana pun mereka berada. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kaki juga merupakan aurat dan sebab itu kita digalakkan memakai stoking untuk menutup kaki kita. Ada juga yang bertanya, adakah sah solat wanita yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?
Sabda Rasulullah SAW:
لا يَقبَلُ اللهُ صلاةَ حائضٍ إلا بخِمارٍ
Ads
“Allah tidak menerima solat perempuan yang sudah haid (baligh) kecuali jika dia memakai khimar.”– Riwayat Abu Daud (641)
Imam al-Nawawi berkata:
Ads
“Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika terdedah suatu pun daripada aurat orang yang bersolat tidak sahlah solatnya sama ada banyak terdedahnya atau sedikit, lelaki dan perempuan sama sahaja (wajib menutup aurat).” Rujuk al-Majmu’ (3/166).
Ads
Mengikut pendapat mazhab al-Syafie, tapak kaki wanita dikira sebagai aurat yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim dan juga di dalam solat. Jika tidak ditutup, maka tidak sah solatnya.
Kesimpulannya, sah solat bagi wanita yang tidak memakai stoking tetapi melabuhkan pakaian hingga menutup kaki. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setahun yang lalu pelakon berbakat besar ini mencetus kontroversi cukup menggemparkan. Setiap hari ada sahaja cerita mengenai dirinya keluar di media sosial. Bagi empunyai diri, Izreen Azminda tetap tegar melalui pelbagai episod penuh cerita dalam melayari kehidupan baru sebagai seorang isteri buat kali kedua. Baginya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan segala yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Bagi Izreen setahun berdepan saat sukar ini dan mengakui memang cukup terkesan. Apatah lagi dalam situasi dunia digital tanpa sempadan yang membolehkan semua berkata apa sahaja tanpa tapisan. Dan dalam hal ini dia mengakui begitu bersabar menanganinya.
“Sebenarnya dulu Izreen jenis tak penyabar. Akan tetapi bila benda-benda ini berlaku mengajar Izreen erti kesabaran. Memang Izren tak ada pilihan lain dan hanya perlu bersabar menghadapi segala dugaan. Walaupun sebenarnya Izreen sangat benci perkataan ‘sabar’ itu.
“Itu yang Izreen belajar. Dan sampai sekarang Izreen motivate diri sendiri kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Dari kejadian ini membuat kita lebih mengenali siapa sahabat yang kekal baik dengan kita, siapa yang tikam kita dari belakang dan adakah keluarga akan sentiasa dengan kita. Memang Izreen akui banyak benda Izren belajar,” ujarnya Izreen ketika ditemui sempena majlis pelancaran koleksi raya terbaru Mek Kembang Cotton di Ampang Glass House.
Menurut pelakon Eksperimen Cinta ini dia sangat-sangat bersyukur kerana keluarga begitu memberi sokongan dan kata-kata semangat. Malah mereka yang memberi kekuatan untuk Izreen berdepan semua dugaan ini.
“Alhamdulilah keluarga tidak putus-putus sentiasa beri sokongan pada Izreen. Mereka sentiasa ada di belakang Izreen kala sudah dan senang. Begitu juga dengan kawan-kawan. Mereka berdiri teguh di belakang Izreen.
“Biasalah sebagai manusia kita ada membuat salah, tetapi kawan-kawan tidak sesekali tinggalkan Izreen. Apa yang kita buat salah kawan-kawan ada menegur dan mampu beri nasihat. Selebihnya pada Izreen. Apa yang membuat Izreen terharu, kawan-kawan sedikitpun tak pulaukan dan tidak akan tinggalkan Izren.
“Izreen juga turut berterima kasih pada netizen yang tidak semua bersikap negatif. Walaupun Izreen menutup ruang komen, tetapi mereka ada DM beri kata-kata positif dan semangat.
“Benda-benda inilah yang iringi perjalanan Izreen dalam bidang seni sampai sekarang,” tambahnya yang masih aktif di laman sosial Instagram tetapi menutup ruang komen. Tambah Izreen mengakui penangan kuat masih diterima oleh netizen di ruangan sosial media.
“Kalau di luar tidak ada apa-apa perkara buruk atau orang ludah kita. Jumpa buat macam biasa. Berlainan dengan netizen di medial sosial, agak kuat penangan diterima. Memang Izreen cuba skip dan tengok benda-benda negatif dan kalau dulu memang agak tertekan. Jadi kata kuncinya memang kena banyak bersabar.
“Lebih-lebih lagi bila Izreen mengandung ni, memang tak suka lihat perkara-perkara negatif. Kalau Ude pula, dia tak tutup ruang komen dan buat macam biasa. Mula-mula memang banyak negatifnya tetapi lama-kelamaan penerimaan orang macam biasa,” kata Izreen yang kini sedang hamil anak keduanya enam bulan. Jadi buat masa ini berehat dari menerima sebarang tawaran berlakon.
“Kandungan kali ini lain berbanding anak sebelumnya. Kalau dulu tujuh bulan masih boleh terima tawaran berlakon. Tetapi kali ini berbeza kerana kandungan Izreen mengalami masalah bleeding dan doktor memang pesan supaya berehat saja. Inysa-Allah lepas ini kalau sesuai dengan watak, skrip pun bagus akan kembali berlakon.
“Izreen memang sangat bersyukur dengan kehidupan yang dilalui kini. Bagi Izreen Ude seorang suami yang baik. Dia tidak pernah tinggal Izreen walau apa yang berlaku. Daripada dia bukan sesiapa dan tak pernah berdepan semua ini, dia tetap setia dan tidak tinggalkan Izren.
“Kami sama-sama hadapi segalanya. Kami berdua juga kini banyak dekatkan diri dengan Allah. Sembahyang berjemaah bersama-sama dan meminta petunjuk dari Allah supaya yang baik beri pada kami dan hindarkan apa-apa yang tidk baik. Palig penting doa ibu bapa sentiasa mengiringi perjalaan hidup kami sekeluarga,” jelasnya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan.
Pada bulan Ramadan, Tadarus al-Quran menjadi acara tetap kerana ia adalah masa yang istimewa di mana orang ramai dapat mempelajari banyak perkara yang baik.
Ini adalah idea yang bagus kerana ia akan membantu masyarakat berkumpul dan membaca al-Quran bersama-sama sepanjang Ramadan. Di bulan yang mulia ini, amal ibadah seorang muslim dilipatgandakan pahalanya.
Ini telah disabdakan oleh Rasulullah bahawa bulan suci Ramadan adalah Syahrul Quran, bulan Al-Quran, bulan yang di dalamnya Allah menurunkan Al-Quran kepada kita umat Islam sebagai pedoman hidup kita, sebagai petunjuk dan sebagai panduan kita untuk rujukan harian.
Seorang Sahabat dalam mempelajari dan menghafal ayat-ayat agama, Ibnu Mas’ud berkata, “Ada seseorang di antara kita yang mengetahui sepuluh ayat dengan hati dan tidak pernah melupakan maksudnya dan bagaimana untuk mengamalkannya.” Hadis ini disahkan oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tafsir At-Thobari (I/80).
Maksud Sebenar Tadarus al-Quran
Kalimah Tadarus berasal dari درس yang bermaksud belajar, meneliti, memahami & mengkaji. Kemudian ditambah di hadapan kalimah itu dengan huruf Ta’. Maka jadilah ia تدارس yang bermakna saling belajar, saling meneliti, saling memahami & saling mengkaji.
Apabila kita menggabungkan huruf-huruf TADARUS AL-QUR’AN, maknanya menjadi saling belajar, memahami, dan meneliti ilmu al-Quran.
Para ulama yang mempelajari al-Quran meyakini bahawa terdapat tiga peringkat untuk memahami dan mempelajari teks. Pertama memahami ilmu tahsin iaitu cara membaca al-Quran dengan betul. Kedua ialah memahami dan menghayati setiap perkataan dalam teks. Ketiga, mengamalkan segala ilmu yang terkandung di dalam al-Quran.
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus al-Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:
Kelebihan Tadarus Al-Quran
Al-Quran mempunyai banyak kelebihan, termasuk kelebihan yang dijanjikan kepada orang yang membacanya. Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:
” Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
Ayuh kita belajar tentang al-Quran dan fokus kepada konsep-konsep penting. Ini akan membantu kita memahami al-Quran dengan lebih baik dan lebih menghayatinya. Setiap kali kita belajar dan memahami ayat-ayat al-Quran dengan betul, ia akan membuatkan hati kita berasa baik.
Mari sama-sama kita jadikan al-Quran bukan sekadar buku untuk dibaca dan jadikan ianya sebahagian daripada kehidupan dan amalan kita.
Sumber: Quranproacedemy
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai hamba, prinsip dalam Rukun Iman disediakan sebagai matlamat yang memberi panduan bagaimana mengendalikan kehidupan agar tidak tergelincir ke kancah yang dimurkai Allah.
Keyakinan terhadap takdir Allah hilang tatkala kita dihimpit permasalahan hidup. Apabila seseorang itu memiliki iman yang teguh, apa sahaja musibah yang menimpa akan diharungi dengan hati yang tenang.
Tidak bermaksud kita perlu menyerah sebulat-bulatnya terhadap apa yang menimpa diri.
Kita masih ada usaha dan tindakan dalam menanganinya. Dengan penuh yakin, kita percaya akan tiba masanya Allah memberikan takdir baru yang lebih baik.
Berdepan dugaan hidup boleh membuatkan seseorang mudah cepat berputus asa.
Hakikatnya apa sahaja takdir yang ditimpakan kepada kita adalah ujian untuk melihat keyakinan kita terhadap-Nya.
Berikut perkongsian Mira Filzah
“Tiada kesilapan dalam kehidupan. Setiap yg berlaku dalam hidup kita adalah aturan yg Allah tetapkan..” .
Tiada istilah ‘salah’ membuat pilihan dalam hidup kita. Benar, segala adalah aturan Allah, pasti ada hikmah dan pengajaran yg melengkapkan ketidaksempurnaan dlm diri kita .
Kita sebagai manusia hanya perlu usaha dan berdoa, baik utk diri kita sendiri mahupun org sekeliling. Who are we to judge people? They have their own struggles that we know nothing about it .
”Allah tests us with what we love”, .
“..but perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you not know”, .
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.