Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel kulit mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub wajah untuk menghilangkan sel kulit mati pada kulit wajah.

Untuk wajah dengan iritasi, pilihlah skrub wajah yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit wajah yang lebih teruk. Jika kita mengamalkan rutin skrub pada wajah, pastinya kulit wajah bukan sahaja lebih bersih malah licin, lembut dan cerah berseri.

Skrub adalah gabungan 3 fungsi dalam 1 produk. Pembersihan, pengelupasan dan urutan. Fungsi-fungsi ini tidak dapat dilakukan dengan menggunakan pencuci wajah yang biasa sahaja.

Fungsi umum skrub yang baik adalah skrub yang membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat, bersih, licin, lembap, lembut dan kelihatan segar. Dengan menggunakan skrub pada wajah, sel-sel kulit mati kita akan dapat ditanggalkan. Hasilnya, kulit jadi lebih cerah dan berseri.

Proses penyingkiran sel kulit mati berlaku dengan perlahan-lahan seiring dengan pertambahan usia. Jadi untuk mempercepatkan proses itu, amalkan penggunaan skrub yang konsisten dengan bahan yang selamat. Bagi hijabi yang masih tercari-cari skrub wajah yang sesuai, berikut pilihan skrub seperti yang dikongsikan oleh Edania Suhairi.

ST. IVES BLSCKHESD CLEARING GREEN TEA (HITAM)
Untuk buang blackhead, whitehead, pori tersumbat, dan jerawat jugak
(moderate exfoliation)

IKLAN

ST.IVES RADIANT SKIN LEMON+MANDARIN (PINK)
Untuk kulit kusam supaya kulit kembali berseri glowing. (moderate exfoliation)

ST.IVES FRESH SKIN PEAU FRAICHE (HIJAU)

Untuk jerawat dan jeragat. tapi mostly jeragatlah. Aprikot ada dua jenis; biru dan hijau. biru untuk acne (jerawat) dan kulit berminyak. Yang hijau untuk kulit berminyak dan jeragat. (deep exfoliating)


ST.IVES ACNE CONTROL ANTI-ACNE (BIRU)

IKLAN

ST.IVES OATMEAL SCRUB + MASK (COKLAT)
Untuk kulit kering dan tak sekata. Sesuai untuk muka yang tak ada masalah sangat.
(gentle exfoliation)

ST.IVES ENERGIZING COCONUT+COFFEE (COKLAT)
Biasanya skrub kopi orang guna untuk selulit pada badan. Tapi skrub ini boleh guna untuk kulit muka.
(deep exfoliating)

Skrub seelok-eloknya guna 2 hingga 3 kali seminggu. Jangan lebih-lebih, takut nipiskan kulit. Sapu secara lembut pada wajah, bukan sental kuat. Hal ini kerana jika terlalu kuat, ia boleh melukakan kulit wajah.

IKLAN

MENGAPA KITA PERLU SKRUB WAJAH:

*Menyelamatkan pori yang tersumbat. Mencuci wajah dengan pencuci wajah tidak cukup. Banyak kepentingan skrub pada kulit terutama wajah yang mudah breakout atau berjerawat.

*Skrub menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap.

*Skrub wajah memang penting untuk exfoliate wajah kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap, mekap tidak sekata, dan kelihatan kusam. Seterusnya menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat.

Untuk pilihan skrub yang terbaik untuk kulit wajah, selain boleh dibeli di DRUGSTORE, boleh KLIK di sini untuk beli.

Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan produk SKINCARE amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.

Sumber kredit: Edania Suhairi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI