Setiap wanita tentunya mengimpikan kulit sihat dan berseri. Bukan sahaja kulit wajah, kulit tubuh juga perlu cerah, lembut dan gebu. Sama juga seperti kulit wajah, kulit tubuh juga perlu dibuang sel-sel kulit mati melalui skrub.
Apabila sel-sel kulit mati disingkirkan, kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Jika tidak, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Sama ada menggunakan produk yang dijual di pasaran mahupun yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi, aktiviti skrub perlu dilakukan jika anda menginginkan kulit yang sihat, lembut dan berseri.
Photo by Medium Photoclub from Pexels
Siapa yang hendak buang daki-daki pada kulit badan sambil melembutkan kulit, boleh cuba skrub ini. Pendek kata, Sumber Ayu White Body Scrub ini item wajib ada dalam bilik mandi. Selepas pakai, kulit rasa halus dan wangi.
Apabila anda konsisten memakai skrub ini, bahagian kulit tubuh yang gelap boleh kembali cerah semula. Boleh juga sental di bahagian-bahagian seperti ketiak, leher dan celah pelipat. Untuk mendapatkan hasil yang ‘tip-top’ anda mestilah menggunakan secara konsisten.
Walau pun skrub badan perlu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, tetapi janganlah terlalu kerap menggunakan skrub. Ia bagi mengelakkan permukaan kulit rosak. Penggunaan alat mandian seperti span, fabrik atau bahan kasar lain menjadikan kulit berasa bersih. Namun jangan terlalu kuat atau kasar menggunakannya.
Photo by Pavel Danilyuk from Pexels
HIJABISTA:  Mengeringkan badan dengan lembut menggunakan tuala boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Jangan lupa gunakan produk pelembap seperti losen bagi memastikan kulit tubuh kekal lembap sepanjang hari.
Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai Top image: Photo by Pavel Danilyuk from Pexels
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI