Skrub sememangnya perawatan kulit yang boleh anda jadikan sebagai kaedah untuk mencerahkan kulit tubuh. Ia juga sesuai untuk merawat kulit kusam. Skrub membantu membuang sel-sel kulit mati anda yang terkumpul di permukaan kulit anda.

Selain sebagai kaedah untuk mencerahkan kulit tubuh, skrub juga dapat menjadikan kulit anda lebih lembut dan licin. Hal ini kerana penompokan sel kulit mati akan membuatkan permukaan kulit anda terasa kasar. Rawatan skrub mampu menyingkirkan sel kulit mati.

Amalan skrub tubuh juga mampu menjaga kesihatan, melembapkan serta melawan tanda-tanda penuaan. Ia juga membantu menegangkan kulit anda. Dengan melakukan skrub, tubuh akan berasa lebih santai dan segar.

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Urutan dapat meningkatkan peredaran darah yang akan memberi kesan positif pada kulit dan juga badan. Manfaat skrub juga bergantung pada ramuan dalam skrub yang digunakan. Biasanya skrub terdiri daripada partikel kecil seperti pasir yang membantu membuang sel kulit mati.

Skrub campuran garam dan kunyit merupakan salah satu remedi kecantikan menggunakan bahan semula jadi yang boleh dibuat sendiri di rumah. Ia mampu menghilangkan selulit, mencerah, melembutkan dan membersihkan kulit tubuh.

IKLAN
Photo by cottonbro from Pexels

Ia juga membantu menjadikan kulit anda tegang dan kelihatan segar. Amalan ini juga merupakan salah satu remedi yang membantu memudarkan dan memutihkan/menipiskan stretchmarks.

Berikut dikongsikan resipi untuk membuat skrub garam dan kunyit.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
Sesenduk garam halus
Sesenduk gula perang
3 sudu besar serbuk kunyit
Secawan minyak zaitun

IKLAN

CARA-CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati semuanya. Boleh disimpan dalam bekas dan boleh dipakai bila-bila masa yang anda suka. Boleh sapukan skrub ke seluruh badan kemudian bilas dan cuci dengan sabun mandian anda. Warna kekuningan kunyit akan hilang.

Photo by RODNAE Productions from Pexels

Sesuai untuk memulihkan kulit terbakar dek cahaya matahari, kulit berparut dan kasar.
Untuk perut buncit yang banyak lemak, sesuai amalkan skrub ini. Jika diamaklkan selalu, ia mampu mengurangkan lemak degil.

HIJABISTA: Skrub juga memberikan fungsi relaksasi untuk anda. Aroma skrub mampu membuatkan anda berasa lebih selesa dan tenang. Jika terlalu sibuk, seminggu sekali sudah cukup. 

Sumber kredit: SuzyHoney Kota Damansara Top image: Photo by Tora Chu on Unsplash

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI