Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim. Rezekinya memang sentiasa melimpah ruah, datang dalam berbagai cabang. 24 September yang lalu beliau telah melancarkan produk terbaharu, makanan tambahan kesihatan.

Kegigihan beliau yang tidak pernah lelah untuk menghasilkan sesuatu yang baru amat dikagumi. Justeru beliau sentiasa menghasilkan idea-idea bernas untuk berkongsi rezeki bersama peminatnya.

“Kefahaman dan penerimaan akal yang dianugerahkan Allah amat meluas. Oleh itu kita tidak perlu mengehadkan anugerah yang Allah kurniakan,”ujar ikon berbakat besar ini.

Tatkala dilontarkan persoalan bagaimana beliau boleh berjaya sehingga ke tahap sekarang serta bagaimana terhasilnya idea-idea baru, ini jawapan beliau. “Nak berjaya dalam perniagaan kita jangan sombong dengan Allah, bacalah Al-Quran setiap pagi,”kongsi beliau lagi.

Sifat Ego Hasilkan Idea Bersifat Lain Dari Yang Lain

Cubalah untuk mencari kelainan tetapi bukan kelainan yang melanggar tatasusila masyarakat. Kena ada sifat ego yang baik. Ego yang baik tak perlu sama dengan orang lain. Pada masa yang sama kita perlulah menerima dan peka dengan isu sensitif dalam kalangan masyarakat. Lihatlah hasilnya. Beliau sentiasa tampil dengan idea-idea yang tidak sama dengan orang lain.

Merialisasikan Impian Netizen

Lahir daripada keluarga yang sederhana, beliau telah mencapai segala impian dalam kehidupan yang mungkin kita semua ingin untuk mengecapinya. Kini beliau mereliasisasikan impian netizen dengan berkongsi impian bersama Rinetwork. Dalam masa yang sama juga beliau mengajak mereka yang berjaya berkongsi impian dengan orang lain.

IKLAN

Niat utama penubuhan dan idea RInetwork adalah semata-mata untuk membantu dan berkongsi rezeki bersama golongan masyarakat yang berada di bawah taraf kehidupan pendapatan sederhana dan ke bawah. Rangkaian pemasaran yang telus serta menjaga kebajikan ejen secara total antara kekuatan RInetwork. Kekuatan lain RInetwork ialah melalui produk berkualiti yang dihasilkan dan ia memberi manfaat kepada individu dan juga masyarakat. 

Formula Makanan Tambahan Khasiat Daripada Tomato

Dato’ Rizalman tidak lokek berkongsi gaya hidupnya di media sosial. Dato’ Rizalman paling ‘dekat’ dan disenangi di Intagramnya. Beliau sering didatangi pelbagai persoalan dan pujian daripada pengikutnya. Kecantikan kulit wajah dan tangan beliau menjadi perhatian utama.

Lahirnya produk terbaharu iaitu T’Neeq adalah demi menjawab persoalan demi persoalan yang berlegar-legar di kalangan peminat. Melalui produk T’Neeq, beliau berkongsi rejim kecantikan bersama para peminatnya.

IKLAN

Produk T’Neeq adalah makanan tambahan kesihatan yang diformulasikan daripada kombinasi bahan-bahan berkualiti tinggi dari luar negara. Ianya dikeluarkan dari kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan berdaftar dengan NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency).

T’Neeq 100 peratus selamat dan berdaftar di bawah KKM. Formulasi makanan tambahan ini mengambil khasiat daripada bahan utama iaitu tomato. Seperti yang kita ketahui, tomato bermanfaat untuk mencantikkan serta memelihara kulit, memudarkan kesan jeragat, merawat tumit merekah serta dapat membantu menyubur dan menyihatkan pertumbuhan rambut dan kuku serta baik untuk imuniti badan.

Formulasi eksklusif yang dikawal oleh pengasasnya sendiri ini juga menggunakan bahan mentah yang mengandungi lebih 99 peratus bahan aktif. Antara kandungan bahan lain yang digunakan ialah Vitamin C (Ascorbic Asid) yang mana ia merupakan bahan yang diperolehi secara semulajadi dan bukannya daripada bahan sintetik.

Nama Produk Inspirasi Sunnah Rasulullah

Mengambil inspirasi daripada perkataan Tahnik (sunnah Rasulullah), T’Neeq adalah makanan tambahan pertama keluaran RInetwork berasaskan tomato. Meminjam kaedah ber ‘Tahnik’ yang membawa maksud ‘belah mulut’; iaitu menyapu sesuatu pada bahagian lelangit, produk ini menggunakan kaedah kemam dan hisap. Secara saintifiknya, apabila makanan yang dikemam dan dihisap antara lidah dan lelangit, ia secara automatik akan menghantar isyarat ke otak dan tubuh badan untuk menyerap nutrisi dan dalam masa yang sama melancarkan penghadamam.

IKLAN

Kenapa T’Neeq?

Dinspirasikan daripada perkataan dan simbolik Tahnik itu sendiri; sunnah Rasulullah memberi sedikit manisan kepada bayi selepas bayi dilahirkan dengan cara membuka mulut bayi dan menyapu sedikit manisan di bahagian lelangit bayi. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit dalam mulut. Dari sunnah dan kebaikan Tahnik itu sendiri maka lahirlah T’Neeq.

Sistem Jual Beli Mengikut Syariat Islam

RInetwork merupakan platform e-commerce yang ditubuhkan sendiri oleh Dato’ Rizalman Ibrahim. Platform ini digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk-produk keluaran RInetwork.

Apa yang membezakan Rinetwork dari platform-platform yang lain? Kelainannya ialah melalui sistem jual beli Rinetwork yang mengikut syariat Islam. Platform RInetwork memberi peluang kepada orang ramai menjadi ejen dan menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal dan mengendalikan pengeposan.

Segalanya diuruskan oleh pihak HQ. Ejen hanya perlu melakukan promosi di media sosial atau di mana-mana saluran jualan mereka. Uniknya, setiap pembelian wajib melalui ejen-ejen RInetwork dan tidak akan berlaku pembelian terus kepada HQ. Ini kerana Dato’ Rizalman ingin menjaga kebajikan kesemua ejen-ejen di bawah rangkaian RInetwork.my.

RInetwork bukan sahaja dikenali di pasaran tempatan, malah di serata dunia dengan sistem yang memangkin ekonomi Muslim baik secara langsung mahupun tidak. Ia adalah harapan jangka masa panjang untuk platform Rinetwork.my.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI