Jerawat adalah satu satu masalah pada kulit wajah yang boleh buat kita tak senang duduk. Tanpa kita sedar, tangan akan gatal mengusik jerawat berkenaan hingga menyebabkan meninggalkan kesan parut yang sukar untuk dihilangkan segera.

 

Pelbagai cara dilakukan dan semuanya bergantung pada cepat atau tidak proses yang dilakukan. Selain menggunakan cara seperti sapuan minyak atau krim tertentu untuk menghilangkan parut jerawat, kita juga boleh cuba kaedah secara alami.

Usah risau kerana kaedah ini lebih selamat dan diyakini tidak memudharatkan kulit wajah.

1. Kulit kayu manis & bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus. Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air. Apabila sudah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

IKLAN

2. Lidah buaya

Sebenarnya lidah buaya memang sukar untuk dicari tetapi ia mudah ditanam. Lidah buaya boleh membantu menghilangkan parut jerawat dengan mengambil lendirnya yang telah kita belah. Sapukan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

3. Asam Jawa

Cara paling senang guna bahan dapur ini. Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. Insya-Allah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

IKLAN

4. Madu

Madu juga banyak khasiatnya dan salah satu hilangkan parut jerawat. Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. Timun

Bahan ini agak mudaj diperolehi dan ia juga mrah. Caranya dengan meletakkan timun pada pengisar dan tapiskan airnya. Tempelkan hampas timun pada muka. Biar dalam setengah jam dan cuci bersih dengan air suam.

IKLAN

6. Daun senduduk

Cara lain adalah dengan menggunakan daun sendduduk. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

7. Daun sirih muda

Sirih muda bukan hanya untuk dibuat hantaran perkahwinan tetapi juga berupaya hilangkan parut jerawat. Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI