Sikap Prihatin YUNA Bantu Keluarga Ini Berdepan Masalah Di LA Dapat PUJIAN Netizen. Mulia Sungguh HATINYA!

Share

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga dengan  pencapaian penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna yang kini mengembangkan kerjaya seninya di sana. Walaupun berada di puncak, tetapi sikap Yuna seperti ‘padi semakin tunduk semakin berisi’. 

Biarpun sudah menempa nama di luar negara, tetapi sikap  Yuna tetap humble, friendly  dan juga ringan tulang membantu  mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini Yuna dikatakan tidak keberatan membantu sebuah keluarga daripada Kedah yang berhadapan situasi menyukarkan ketika bercuti di negara ‘Uncle Sam’ ini.

Menurut Astro Awani, semuanya bermula apabila seorang peminat Yuna, Amirah Saad telah menghantar direct messege (DM) ke instagram Yuna memberitahu tentang situasi yang dilalui rakannya Tasnim Radzi di LA.

Dikatakan bapa Tasnim tiba-tiba rebah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan minggu lalu dan keadaannya sudah  beransur pulih

. Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarahi keluarga itu di hospital dan memuji komuniti Malaysia di kota metropolitan yang tidak berkira dalam menghulurkan bantuan.

Dalam catatannya itu, Yuna memberitahu dia terharu apabila ada pelajar Malaysia yang menawarkan keluarga ini untuk tinggal di rumah mereka. Malah menghargai setiap bentuk yang diberikan dan Yuna turut berkata dia akan mengemaskan kini situasi keluarga berkenaan.

Yuna juga tidak ketinggalan meninggalkan nota kaki meminta perkhidmatan Uber agar dapat melakukan sesuatu untuk membantu keluarga itu yang berulang-alik ke hospital menggunakan Uber.

Malah penyanyi yang sudah bertunang ini turut melahirkan rasa terharu dengan ikatan persahabatan yang cukup erat antara Amirah dan Tasnim.

Malah Yuna turut memberi pujian kepada persahabatan dua sahabat ini kerana salah seorang daripadanya DM dengan seorang artis untuk meminta bantuan bagi pihak kawannya.

Dan pastinya tindakan Yuna yang mulia ini turut dipuji netizen dan berharap menjadi contoh kepada para peminatnya.

@farahmahathir@amirahsaad baguihnya hampa wei Tanjat tngok post yuna ni. Yuna pun terbaik x keberatan turun bantu.bangga tengok yg baik2

@ptran_no_more You’re amazing @yunamusic! Thank you for being amazing and spreading the love everywhere you go. Hoping for a speedy recovery!

@ansjasmi You have a beautiful heart and soul, Yuna

@ina_aida @yunamusic u r the best.. always be urself no mattet where u are.. may Allah swt bless u

 

 

 

 

 

 

Apa yang lebih mengharukan, salah seorang keluarga anggota terbabit juga turut meninggal komen mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang Yuna berikan.

“Terima kasih Yuna! Hanya Allah sahaja yang dapat balas apa yang Yuna dah tolong kami sekeluarga,” tulis pengguna Instagram, Nor Afiqah Mohd Radzi.

SUMBER: INSTAGRAM YUNA

 

IKLAN