Beberapa amalan sunah digalakkan untuk dilaksanakan pada sambutan Aidilfitri antaranya mengenakan pakaian baharu. Sahabat Baginda, Jabir pernah memberitahu, “Sesungguhnya Nabi memiliki pakaian khusus yang hanya dipakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

Al-Baihaqi juga ada meriwayatkan Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Jika diperhatikan pada tahun ini banyak jenama fesyen menawarkan baju raya wanita dengan rekaan lengan kembang pada bahagian bahu. Nama rekaan ini ialah ‘Puff Sleeve Top’.

Sebenarnya siapakah yang sesuai memakai baju dengan rekaan begini? Secara spesifiknya, bentuk badan dan bentuk lengan yang mana sesuai menggayakannya?

Berikut dikongsikan tip memilih baju raya dengan rekaan ini:

IKLAN

*Puff sleeve begini wujud dalam pelbagai saiz. Ada rekaan yang membentuk gelembung bersaiz besar dan tinggi, ada yang mempunyai saiz gelembung yang kecil dan ringkas.

*Jika anda mempunyai tubuh berbentuk kon, puff sleeve top yang mempunyai gelembung kecil dan ringkas lebih sesuai.

*Jika bentuk tubuh anda lebar dan berisi di bahagian dada, rekaan lengan sebegini boleh menjadikan anda kelihatan lebih lebar. Jadi lebih elok elakkan. Jika mahu pakai juga, pilih yang kecil dan ringkas.

IKLAN

*Secara umumnya, rekaan baju dengan puff sleeve top yang besar dan ketara lebih sesuai untuk wanita yang bertubuh kecil dan ramping serta mempunyai ukur lilit dada yang kecil.

*Jenis fabrik juga sangat mempengaruhi. Jika fabrik agak tebal dan keras (seperti fabrik broked), maka gelembung pada baju dengan lengan sebegini akan kelihatan besar dan kaku (stiff).

IKLAN

*Jadi si pemakai mudah nampak lebih lebar dan maskulin pada kawasan atas badan terutama kawasan bahu.

*Jika fabrik jenis lembut, gelembung pada baju sebegini akan menampakkan ciri-ciri lebih feminin pada si pemakai.

HIJABISTA: Tidak kira apa jua jenis dan fesyen yang kita pilih, biarlah menutup aurat. Jangan kerana terlalu ingin mengikut peredaran fesyen terkini, soal aurat ditolak ke tepi. 

Sumber kredit: Puan Mary puanmary-guruimej

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI