Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
Ads
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
Ads
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Ads
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu ‘sedalam dalam rindu’ yang pernah viral satu ketika dahulu, Tajul Ariff Noor Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Tajul yang juga salah seorang adik kepada penyanyi, Achik Spin.
Terbaharu, sempena ulangtahun perkahwinan yang kelima, isterinya Nur Shamieza Eddie atau lebih mesra disapa Ica itu telah memuat naik sebuah video di laman Tik Tok miliknya menerusi akaun @icaaeddie berserta kapsyen ucapan manis buat suami tercinta.
Video berkenaan memaparkan ‘recap’ perjalanan ‘pahit manis’ sepanjang perkahwinan mereka, dimana gambar-gambar yang dimuatnaik oleh isteri Tajul itu adalah gambar mereka berdua bermula dari awal pernikahan sehingga sekarang.
“Share sikit perjalanan hidup sepanjang perkahwinan kitorang. hehe happy aniversary sayangku, terima kasih untuk semuanya @tajulofficial,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Hijabista meninjau ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata peminat mereka turut rasa gembira melihat kebahagiaan yang paparkan pasangan selebriti ini.
Tidak kurang juga yang menitipkan ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat mereka berdua serta mendoakan agar Ica kekal istiqomah dalam penghijraanya dan beroleh lebih banyak kebahagiaan buatnya dan keluarga.
Sekadar info, Tajul berkahwin dengan Nur Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 untuk memenuhi permintaan arwah ayah Ica dan terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka demi secebis ‘privasi’ ketika itu.
Perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini kemudianya diserikan dengan kehadiran dua cahayamata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi. Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebahagian daripada rezeki.
Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.
REZEKI DAN MISTERI
Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.
SIAPA JODOH KITA
Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.
Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.
Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.