Wanita yang mempunyai tubuh berisi seringkali berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Ia dipandang sebagai masalah kerana bentuk tubuh berisi menyukarkan untuk memilih baju yang sesuai dan sempurna. Namun, terdapat cara yang mudah untuk mereka yang mempunyai tubuh berisi terlihat langsing.

Berikut merupakan tip untuk memilih baju bagi mereka yang bertubuh berisi.

1.MEMILIH PAKAIAN SATU WARNA
Penggunaan pakaian satu warna dapat membuatkan tubuh anda terlihat lebih panjang dan langsing. Ia dapat membuat pandangan tidak fokus pada salah satu bahagian tubuh. Anda dinasihatkan untuk memilih pakaian berona navy blue, hitam, ungu gelap dan merah gelap. Hindari dari memakai pakaian yang berkilat.

IKLAN
Gambar sekadar hiasan.

2. PAKAIAN BERMOTIF KECIL
Untuk kelihatan langsing, pilih pakaian dengan motif yang lebih kecil. Motif kecil pada pakaian dapat mempengaruhi mata dan menciptakan siluet tubuh lebih kecil. Pakaian bermotif besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Anda juga boleh memilih pakaian bermotif dengan rona yang lebih gelap.

3.TONJOLKAN PINGGANG
Anda digalakkan memilih pakaian yang menonjolkan bentuk pinggang seperti pakaian ala 50-an yang agak ketat di bahagian pinggang dan dada. Selain itu, elakkan dari memakai skirt yang melebihi paras lutut agar kaki terlihat lebih jinjang dan panjang.

IKLAN
Gambar sekadar hiasan.

4.GARIS VERTIKAL
Pakaian yang mempunyai corik garis vertikal memberikan ilusi tubuh yang lebih panjang dan langsing. Garis vertikal yang tipis adalah pilihan yang baik untuk mendapatlan ilusi langsing yang cukup nyata. Elakkan dari memakai pakaian dengan motif horizontal kerana dapat memberi kesan lebar buat tubuh anda.

IKLAN

5.PENGGUNAAN TALI PINGGANG
Gunakan tali pinggang yang kecil dan agak tebal untuk terlihat langsing. Pemilihan rona pada tali pinggang juga amat penting kerana mempengaruhi biasan bentuk tubuh anda. Anda boleh memilih tali pinggang dengan rona pastel dan senada dengan pakaian yang telah dipilih.

Sumber kredit: Zulinaziz dan sherry_alhadad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI