Isu mengenai tulisan jawi kembali hangat diperkatakan. Ramai yang semakin teruja untuk mengenali tulisan ini dan tak mahu ia pupus ditelan zaman.
Hari ini satu berita gembira telah diumumkan apabila hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Menurutnya, tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.
“Insya-Allah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia,” jelasnya.
Katanya lagi, diharapkan usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi.
Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.
“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya.
Ads
Sementara itu, tular di twitter mengenai pelajar di Osaka Jepun yang teruja mempelajari tulisan jawi.
Kat Malaysia sebuk hapuskan jawi, pelajar kat Osaka Jepun ni excited belajar jawi ? pic.twitter.com/e5YTsZ73eh
Ramai yang memberikan komen positif apabila melihat kesungguhan pelajar-pelajar Jepun ini. Sehingga kini, tweet ini telah mendapat lebih daripada 15 ribu ulang kicau di Twitter.
Ramai wanita mencari-cari peralatan yang bukan sahaja memudahkan tetapi mempercepatkan urusan mengemas rumah. Oleh itu anda perlu bijak memilih produk yang sesuai bagi memastikan matlamat untuk memudahkan urusan mengemas rumah mencapai sasaran.
Kerja-kerja rumah menjadi mudah dan cepat dengan menggunakan mop + vacuum function ini. Menurut Lukreiza Abdullah pengalaman menggunakan Philips SpeedPro Max Aqua sangat memudahkan urusan mengemas rumah.
Jelas wanita ini lagi, alat ini paling sesuai untuk mereka yang ada anak kecil fasa makan bersepah. Anal-anak usia yang masih kecil memang tidak suka maka disuap. Tentulah selepas makan akan bersepah.
Walaupun sudah dialas, sisa makanan tetap juga bersepah dan sudah tentulah perlu disapu dan dimop. Perlu bongkokkan badan semua, rasa letih sangat hendak kemas selepas waktu makan.
Jelas wanita ini lagi, sekarang selepas waktu makan, terus pakai vacuum + mop. Boleh cabut mop dari vacuum, kalau hendak vacuum karpet pula. Kainnya boleh dibuka selepas digunakan dan terus basuh. Boleh letak pencuci lantai dan titik eo sikit. Sama sahaja seperto mop biasa cuma tidak perlu angkut baldi.
Vacuum + mop sangat sesuai untuk ‘kerja-kerja berat.’ Sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja mengemas rumah. Tidak rugi jika anda melaburkan sedikit wang asalkan urusan-urusan kerja di rumah jadi lebih mudah dan cepat dan anda ada banyak masa bersama keluarga terutama wanita yang bekerja.
HIJABISTA: Kerja-kerja mengemas rumah akan menjadi lebih efisien dengan adanya gajet-gajet peralatan moden masa kini. Pilih ikut kesesuaian dengan gaya hidup dan poket anda.
Bakatnya mula dicungkil ketika menyertai Akademi Fantasia musim ke 3 berentap bersama Mawi yang kemudiannya bergelar juara.
Biarpun penyanyi ini memiliki tubuh yang kecil dengan vokal mantap serta berambut kerinting menjadikan penampilan penyanyi dari Langkawi ini lain daripada yang lain.
Walau bagaimanapun Amylea kemudiannya terus menyepi dan jarang cerita mengenainya keluar di media. Namun baru-baru ini kemunculannya mendapat perhatian semula sebaik menyertai pertandingan AF Megastar.
Kali ini imejnya bukan lagi keanak-anakan tetapi sudah semakin matang. Apa yang diperhatikan sejak membuat kemunculan semula ini, Amylea sebenarnya telah melalui proses menurunkan berat badan yang dialami sebelum itu.
Dia yang mempunyai ketinggian sekitar 149cm/4’11, merasakan berat badannya ketika itu 61.5kg tidak sepadan dengan ideal yang sepatutnya.
Dia berusaha untuk mendapatkan bentuk badan ideal iaitu 47kg dan ternyata usahanya tidak sia-sia. Amylea berjaya menurunkan berat kira-kira 7kg dalam masa sebulan dan mempunyai baki lagi 6kg untuk memastikan dia mendapat berat ideal.
Oleh kerana ramai yang bertanya rahsianya yang berjaya menghilangkan 7kg dalam masa sebulan sahaja, Amylea tidak lokek untuk berkongsi dengan peminatnya di luar sana.
Beliau kemudiannya berkongsi rahsia bagaimana dia melakukannya tanpa pergi ke gym sebaliknya hanya mengawal pemakanannya mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Melihat jadual pemakanan yang dikongsi ini maka tidak hairanlah dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 1.4kg sehari.
Jom semak jadual pemakanannya dan bagi yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa pengambilan pil dan secara sihat, boleh amalkan diet dicadangkan Amylea ini.
As promised m gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 Kg to 53.0 Kg in 1 month. My height is 149 cm / 4’11, berat badan ideal utk ketinggian sy ialah 42 kg ( tp sy tak minat utk terlalu kecil, i love to have muscle juga so it will be heavy tapi masih bentuk yg ideal 47kg target sy).
These are the pictures thru out my journey. Jangan kecam sis bila tgk gambar gemok diam sudah ok! Haha This is my way and what i did for myself, sy tak paksa siapa2 utk buat, klu berminat nk cuba, cuba , sbb sy terima byk sgt permintaan utk share jadi sy share, klu ada yg lebih pakar mybe boleh share gambar anda utk turun 8kg sebulan bru sy percaya. Sy dh bertahun cuba mcm2 tips! Ini saja yg berjaya. Tip penting! MAHU
Sy mmg suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni sy tak gym langsung!
A post shared by AMYLEA AZIZAN ❤️ Fighting! (@amyleaazizan) on
Minum air kosong yg byk sepanjang hari, jgn sulam2 makanan lain atau kudapan, klu buat tak menjadi diet ni. Percayalah sy dh try buat cmtu tapi mmg fail. Harus strict!
* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*
1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.
Hari Biasa:
Brown rice separuh genggam
Virgin coconut oil( klu goreng telor)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong ( wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jgn atas jam 8mlm
A post shared by AMYLEA AZIZAN ❤️ Fighting! (@amyleaazizan) on
Cheat day:
Atkins style( makan lauk saja apa2, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually sy makan sehari sekali je klu cheat day sbb dh cukup.
Ice cream ( dark chocolate) Tapi tetap air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pegi.
Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari. And then back to hari biasa.
Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. After u do this u changed ur habit & akan rasa sgt selesa. No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.
Okay good luck! I am still in my journey lg 6Kgs!! Wish me well!
Pelakon dan penyanyi jelita, Amy Mastura memang memiliki wajah yang tidak dimakan usia. Sudah menginjak usia 49 tahun, Amy tetap nampak berseri persis seorang gadis muda biarpun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Adriana,19, dan Adalia,15.
Memuat naik foto raya di laman instagramnya baru-baru ini, ternyata ramai yang memuji isteri kepada Alvin Tham Suffian ini kerana dia kelihatan seperti adik bongsu apabila berada bersama anak-anaknya itu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.