She’s A Proud Hijabi! Tampil Berhijab Penuh Di Milan Fashion Week, Neelofa Buat Semua Terpukau

Share

Bagi semua yang mengikuti laman sosial selebriti popular iaitu Neelofa, anda pasti tahu bahawa kini dia sedang berada di Milan, Itali bagi menghadiri acara terhangat di sana buat masa kini iaitu Milan Fashion Week (MFW).

Tampil dengan pelbagai look yang outstanding, gaya Neelofa berpakaian suit putih paling mencuri tumpuan ramai apabila dia memilih untuk berhijab penuh bagi memadankan dengan busananya yang sememangnya sangat menawan itu.

Dengan suit yang sangat empowering
, Neelofa bagai seorang ikon hijabi yang tidak takut pada apa jua cabaran yang mendatang.

Foto yang dimuat naiknya itu mendapat ribuan komen daripada netizen yang terpukau apabila melihat penampilannya itu.

Working Girl vibes!

Membawakan gaya hijab penuh buat pertama kalinya di MFW.

Di samping itu, Neelofa juga berkesempatan bertemu dengan supermodel hijabi ternama antarabangsa iaitu Halima.

IKLAN