Kecantikan

Setia & Beri Sokongan, Lelaki Kongsi Perubahan Yang Berjaya Kekasihnya Lakukan Dalam Masa 5 Bulan

Share

Bukan mudah untuk mendapat seorang pasangan ataupun sahabat yang nak menerima kita seadanya ataupun menyokong kita daripada ‘kosong’. Beruntunglah anda jika mempunyai pasangan atau teman sebegitu di sisi.

Di twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan

berkongsi kisah teman wanita yang berjaya mengubah penampilan diri apabila kini dia mendapat berat badan yang lebih ideal selepas mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menariknya, Irfan tidak pernah mengutuk teman wanitanya itu sebaliknya sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.

Menurut Irfan, bukan mudah buat teman wanitanya untuk menurunkan berat badan kerana tidak jumpa cara yang sesuai sebelum ini.

Untuk teman wanitanya menurunkan berat badan bukan mudah kerana banyak usaha yang perlu dilakukan selama beberapa bulan lamanya.

Oleh itu, anda di luar sana jangan pernah mengalah untuk mendapatkan sesuatu. Jika benar-benar berusaha pasti membuahkan hasil. Oh ya, dan sentiasalah hargai orang yang selalu menyokong anda di saat susah dan senang.

kredit: twitter @_Eefan

IKLAN