Bukan mudah untuk mendapat seorang pasangan ataupun sahabat yang nak menerima kita seadanya ataupun menyokong kita daripada ‘kosong’. Beruntunglah anda jika mempunyai pasangan atau teman sebegitu di sisi.
Di twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan berkongsi kisah teman wanita yang berjaya mengubah penampilan diri apabila kini dia mendapat berat badan yang lebih ideal selepas mengamalkan pemakanan yang sihat.
Menariknya, Irfan tidak pernah mengutuk teman wanitanya itu sebaliknya sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.
Aku tk penah ckp dia gemok bila dia tanya. Aku just encourage pegi gym, diet and full support by mentally. This is after 5 months 💓 pic.twitter.com/sQuoj9Jlkq
— Irfankhai (@_Eefan) June 18, 2020
Menurut Irfan, bukan mudah buat teman wanitanya untuk menurunkan berat badan kerana tidak jumpa cara yang sesuai sebelum ini.
Few times dia try diet, tapi for the 3rd times. Aku cakap, SAMPAI JADI. THATS IT. SAMPAI JADI. Alhamdulilah jadi pic.twitter.com/DfLoQdzZLJ
— Irfankhai (@_Eefan) June 18, 2020
Untuk teman wanitanya menurunkan berat badan bukan mudah kerana banyak usaha yang perlu dilakukan selama beberapa bulan lamanya.
Thats the tips gais from tuan badan sendiri. pic.twitter.com/8eEUOKuQyt
— Irfankhai (@_Eefan) June 18, 2020
Oleh itu, anda di luar sana jangan pernah mengalah untuk mendapatkan sesuatu. Jika benar-benar berusaha pasti membuahkan hasil. Oh ya, dan sentiasalah hargai orang yang selalu menyokong anda di saat susah dan senang.
kredit: twitter @_Eefan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI