Setelah Berhijrah Buang Semua Baju Seksi, Kini Mulan Jameela Selesa Berjubah & Hijab Labuh. Cantiknya!

Share

Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela. Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.

Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.1 juta.

Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.

Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.

Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.

Dia yang kini memberi sokongan padu pada suaminya, Ahmad Dhani yang kini dipenjarakan selama 18 bulan di sebuah penjara selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial.

Ayuh, kita lihat #OOTD Mulan Jameela yang memang sedap mata memandang.

#1. delailaloaa Masha’Allah sangat cantik sekali pakaiannya

#2. moscorner18 Masya Allah cantiik sekaliii

#3. wnitaperindusurga Alhamdulillah..tteh sllu terlhat cntik Dgn Pakaian Syari. Maha Sempurna Allah yg mmbrikn kt Sgla Kenikmatan. trutama nikmat Iman Islam

#4. mariamarali1505 Berhijab tambah cantik mbak mulan

#5. danned_fashion Smoga terus istiqomah y ambal Mulan. Menjadi Wanita muslimah yg menginspirasi

#6. ewidyaoetami Duuuhhh teteh @mulanjameela1 tambah cantik aja iihh ?? semoga Istiqomah ya teh

#7. am_trendz_ MasyaAllah .. cantik.. semoga Istiqomah…

#8. firdhasyabrina_ I love u teh mulannnnn istiqomah selalu ya tehh..smg teteh sehat terus, diberkahi

#9. yandi_1991 aku sangat mengagumi teh Mulan yg sabar cantik dan kuat selalu bahagia semoga Allah terus melindungi th Mulan aminnnnn

#10. misterhisyam1 Cantiknya idolaku

Artikel Berkaitan: Mulan Jameela Jual & Lelong Semua Baju Seksi Lepas Hijrah 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MULAN JAMEELA

IKLAN