Jangan makan nasi. Ini antara ‘nasihat’ paling popular tatkala kita dalam usaha menguruskan badan.Ramai antara kita mengelak daripada mengambil nasi supaya badan kekal ramping.

Sebenarnya, nasi ialah sumber karbohidrat yang baik dan memang benar ia boleh menyebabkan kegemukan, tetapi hanya jika kita mengambilnya dalam kuantiti berlebihan.

Buat mereka yang ingin berdiet tetapi dalam masa yang sama tetap hendak makan nasi, ini ada cara yang boleh dilakukan.

Berikut perkongsianĀ Nur Aida Md Zainuddin

CARA MASAK NASI SIHAT(BUANG KANJI)

IKLAN

Hari ini tiba-tiba rajin nak masak nasi buang air kanji. Kalau beras siam actly bagus buat mcm ni sbb kandungan kanji dia tinggi. Nk diet bagusla dak? Ni Aida pakai beras bashmati.

CARA-CARA:
1. Cuci beras bersih-bersih dan rendam beras sekejap. Lepas tu toskan.
2. Didihkan air dlm periuk biasa atas api dapur
3. Dah mendidih air masukkan beras ke dalam periuk. Masak sampai beras kembang.
4. Dah kembang berasnya toskan. Lalukan dengan air pipe.
5. Aida kukus balik. Kukus kosong sekejap je dan siaaapppp.

IKLAN

 

IKLAN

 

Masak macam ni xde masalah tatau sukat air. Lembik sangat ke mentah ke. Nak masak nasi goreng pun cantik kejadiannya selain bagus untuk diet.

Sumber kredit: Nur Aida Md Zainuddin

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI