Seronok Terima Tudung Naelofar, Neelofa Sebak Lihat Elyana Terus Positif Melawan Kesakitannya

Share

Sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital, penyanyi Elyana terharu apabila menerima beberapa helaian tudung Naelofar daripada pengasas jenama tersebut sendiri iaitu Neelofa.

Ujar Elyana menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman instagram, dia begitu gembira dan tidak menyangka akan mendapat hadiah tersebut memandangkan dia hanya membawa sehelai tudung sahaja sewaktu ke hospital.

 

Sejurus selepas itu, Elyana terus mencuba sehelai tudung yang dihadiahkan kepadanya dan mengakui begitu menyukainya kerana berasa selesa dan turut mendoakan Neelofa agar sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Sementara itu, Neelofa juga turut berasa sebak apabila melihat video yang dimuat naik Elyana kerana masih terus ceria biarpun sedang berada dalam kesakitan dan mendoakan agar penyanyi Kalis Rindu itu diberi kesembuhan oleh Yang Maha Esa.

Sebagai info, Elyana kini menjalani rawatan radioterapi bagi melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu.

Di kesempatan ini, Hijabista juga ingin mendoakan yang terbaik buat Elyana dan berharap dia terus kuat melawan penyakitnya agar dapat kembali pulih seperti biasa. InsyaAllah.

IKLAN