Tak perlu cari jalan pintas berbahaya untuk menurunkan berat badan kerana ada banyak lagi sebenarnya cara sihat yang boleh kita amalkan.
Berkongsi di facebook, Ezzah Azlinda telah berjaya menurunkan sebanyak 20kg dengan cara yang sihat iaitu melalui pemakanan dan juga senaman tanpa suplemen dan berlapar.
Hanya perlu konsisten mengamalkannya, anda pasti akan dapat lihat hasilnya.
Manis semua sedapkan tapi manislah penyakit & penyebab GEMUK
Kak L masih minum manis.cuma KURANG.
Pagi-pagi sebelum p kerja Kak L akan minum Susu Fresh Milk Low Fat & Air Milo (2 Sudu Besar untuk 1 mug)
See, Milo minum cuma tak pekat tak manis dah.
Tengahari Kak L prefer keluar lunch bawa Tumbler Air Suam. galas la tumbler. Nak malu apa? Jimat duit beli minum air manis di luarkan. Kes segan bawa tumbler order ja warm water.
Mudahkan? just kurangkan sahaja, jadikan air suam sebagai BFF.
4. SKIPPING 3X PER WEEK
======================
Cerita skipping Kak L bermula bulan 9 2017 selepas 2 bulan amal LESS ICE LESS SUGAR. berat turun 5 kilo.
Kes dia berat statik tak turun-turun dah
Kak L tanya suami “macam mana abang nak kurus?”
Dia kata EXERCISE
Fine nak exercise dengan anak-anak lagu mana? yang tu terfikir dulu.
Kak L tanya suami “aunty yang duk jogging depan padang rumah kita hari-hari tu kurus tak?”
Suami jawab “Tak pun”
So Kak L google.KILLER CARDIO
Salah satu nya adalah SKIPPING. selain tu jumping jack,squat & ada lagi execise lain.
Kak L pun p DIY beli skipping COLOR PINK. semangat haw haw la pink kot.
Kak L start skipping selepas anak tidur.waktu depa jaga buat la juga kadang2.
Start dengan
Ahad 10x
Isnin 10x
Selasa 10x
Rabu Rehat
Khamis 20x
Jumaat 20x
Sabtu 20x
Ahad Rehat
Isnin 30x
.
.
.
.
.
.
100x
Teruskan repeat.try la pelan-pelan jangan buat banyak terus nanti URAT TERKEJUT.
Part ni part paling berat la kot.terpulang la sebab Kak L buat bila mampu sahaja.tak paksa diri
Dalam sebulan ada la 2x or 3x Kak L puasa hari khamis.sebab khamis hari last kerja.
Dan perlu tahu yang Tubuh Badan Kita juga perlu MEREHATKAN SISTEM.cara terbaik adalah PUASA.
Tapi jangan la NIAT kata NAK PUASA SEBAB NAK KURUS.
NIAT KERANA ALLAH.
Puasa juga bole menghapuskan dosa-dosa kita.
Zaman sekolah or kecil dulu pun puasa main-main jugakan. minum air paip diam-diam
Kalau mula-mula hendak mencuba cara ini mungkin susah, namun anda pasti akan makin bersemangat apabila sudah melihat hasilnya nanti. Tolak ke tepi semua produk suplemen yang ada di pasaran. Dengan tekad dan usaha, insyaAllah berjaya!
Mendahulukan sesuatu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan..