Setiap manusia dilahirkan dengan perasaan ‘amarah’ terutamanya bila terpaksa berhadapan dengan situasi yang membebankan atau merunsingkan fikiran mereka sudah tentu sifat amarah ini akan membuak-buak.
Perasaan marah ini selalunya dihamburkan apabila seseorang melakukan kesilapan atau kecuaian, sehingga menyebabkan orang lain terkena tempias atau bahang dari perbuatan itu. Sekiranya kesalahan itu berlaku kerana kecuaian diri sendiri, memang wajar kita dimarahi.
Apabila dimarahi oleh seseorang, segelintir individu mungkin mengambil pendekatan menadah telinga, berdiam diri dan kemudian memendam perasaan. Bagaimanapun, ada juga individu yang berani melawan kemarahan tersebut dengan ‘perang mulut’ demi mempertahankan diri masing-masing.
Amalkan Doa Ini Jika Sering Dimarahi Seseorang!
Amarah bukanlah bukti kebencian atau kadangkala ia hanyalah refleksi emosi seseorang dan bukanlah satu perbuatan yang disengajakan. Kadangkala ia juga bersifat untuk memberi pengajaran agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, serta pengajaran untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa akan datang.
Justeru jika hijabi merupakan antara mangsa yang sering menjadi tempat pelampias amarah seseorang, Hijabista terpanggil untuk berkongsi secebis doa pelembut hati yang digarap dari sebuah sebuah kisah yang pernah berlaku di antara Ali bin al-Husain dan seorang hamba perempuannya, menurut portal Rumaysho.
Kisahnya begini, pada waktu itu, perempuan berkenaan ingin menuangkan air kepada Ali untuk beliau gunakan ketika bersuci. Namun, bekas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah sehingga ia melukai Ali.
Ali lalu memandang budak tersebut, namun ia tidak memarahinya kerana budak itu berkata: “Ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman:
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) orang yang menahan amarahnya.”
Kemudian, Ali berkata: “Aku tidak memarahimu lagi.” Budak perempuan itu terus berkata:
Ertinya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
Tular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!
“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.
“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.
“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!
“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kalau nak cerita pasal shawl, tentu hijabi ada pelbagai jenis dan warna shawl di rumah kan? Tetapi yang menjadi masalah bila tudung selalu ada kesan minyak dan peluh. Lebih sakit hati bila kesan degil tersebut masih tak nak hilang walaupun dah cuci berulang kali.
Terdapat satu perkongsian di Twitter yang menerangkan tentang cara menghilangkan kesan makanan/air, minyak dan peluh khususnya untuk tudung chiffon. Tweet ini dikongsi oleh page @twt_tudung yang dikendalikan oleh Cik Syu.
Ok la harini nak ajar mcm mana nak hilangkan kesan;
Mangkuk tu jangan la ambil mangkuk makan maggi eh. Senang ambil je baldi untuk rendam nanti. Mangkuk kecik tu guna la mangkuk biasa
Cara:
1. Dalam baldi tu, masukkan pencuci dalam 1/4 penutup dia, air suam dengan baking soda (optional tapi better ada).
2. Dalam mangkuk kecil, masukkan 1/4 pencuci pinggan dengan baking soda sikit je dalam setengah sudu. Gaul sampai sebati (tak pyh air)
3. Guna berus gigi, ambil campuran kat dlm mangkuk kecik tu, letak kat kotor makanan/air tu, berus. Dah tgk mcm hilang, masuk dlm baldi tadi.
4. Rendam. Lepas 30minit camtu, gosok tempat kotor tu. lepastu keluarkan air dalam baldi, masukkan air sejuk. 10minit camtu dah blh sidai.
I sometimes skip air sejuk tu takdo maso nak layan. Jadi je haha. Unless kalau kotor tu dah lama sgt baru nak basuh, baru buat.
Second untuk kesan peluh. Kalau warna cerah shawl chiffon tu, dah sehari pakai, bila buka je ya Allah. Bekas peluh leher tu.
Bahan:
Yang ni I dah testing banyak kali tapi kekadang rasa malas. Nasib baik jadi. Ni kesan peluh. Korang mesti familiar kan kalau pakai chiffon shawl.
Caranya:
1. Campur baking soda dengan pencuci pinggan dalam mangkuk. Takyah banyak2. Cukup untuk besar kawasan kotor. Agak2 je.
2. Guna berus gigi, gosok yg dah campur tadi kat tempat kotor peluh tu. I kekadang pakai sponge punya belakang yg kasar warna hijau tu. Sebab kalau guna berus gigi, I frust. Lambat siap. Kawasan peluh tu dah la besaq. Guna berus gigi tak siap2 pulak rasanya.
4. Isi baldi dengan air suam dengan 1/4 pencuci. Masukkan tudung dalam baldi, sental sikit tempat peluh tu. rendam dalam setengah jam.
5. Lepastu bilas mcm biasa, sidai. Kalau tak hilang, repeat. Selalunya hilang je cuma banyak kerja sikit. Peluh stain kat chiffon kuat lekat,
Third, kesan minyak. Paling susah ni dia. Kalau korang perasan right away, masa tu jugak letak baby oil supaya dia serap minyak tu sikit.
Bahan and cara sama mcm stain peluh. Cuma gosok/sental punya step kena buat 2/3 kali. Sampai hilang.
Kalau chiffon kena mascara, guna pencuci pinggan. Sental. Basuh mcm biasa. Make sure kalau nak masuk dryer, stain hilang. Kalau tak, kekal.
Selain kewajipan melakukan solar fardhu, kita juga sangat-sangatlah digalakkan untuk melakukan solat sunat yang lain. Meskipun difardukan mendirikan solat lima kali sehari, kita masih lalai dan alpa hingga memerlukan solat sunat untuk menyempurnakan ibadat kita.
Ada banyak jenis solat sunat yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari tetapi yang menjadi kebiasaan ialah solat sunat dhuha dan rawatib. Hikmah solat sunat dhuha juga disebabkan masa antara selepas waktu subuh dan zuhur yang panjang hingga Allah SWT menyediakan ruang untuk terus mengingatiNya.
Solat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Sangat banyak kelebihannya. Apa kata kita tambah satu amalan ini dan istiqamah. Boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.
SEBAGAI SEDEKAH YANG TIDAK DISEDARI
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.” (Hadis Riwayat Muslim)
DIAMPUNKAN DOSA WALAU SEPERTI BUIH DI LAUTAN
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
DIBANGUNKAN RUMAH DI SYURGA
Sabda Nabi SAW;
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (al-Jami’: 634)
SENTIASA DICUKUPKAN REZEKI
Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
MENDAPATKAN PAHALA SEPERTI MENUNAIKAN UMRAH
Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih al-Targhib: 673)
Sumber kredit: Ustaz Hanafi Malek Top image: Photo by jim-pave from Unsplash
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.