Kebersihan diri wajib diambil kira untuk kesihatan tubuh badan. Terutamanya wanita, banyak aspek yang perlu dititikberatkan untuk tampil menawan kerana wanita dan kebersihan memang tidak boleh ditinggalkan. Begitu juga dengan kecantikan.
Kali ini, team Hijabista ingin berkongsi kepada kamu semua tentang teknik yang tepat untuk mencukur bahagian kemaluan kamu. Masih ramai yang melakukan kesalahan ketika mencukur dan akhirnya menyebabkan bahagian itu gatal, kudis dan juga tidak licin! Malu lah kalau begitu! Jadi, persiapkan diri kamu dan jom cuba teknik yang betul ini. Selamat mencuba!
Terutamanya kepada mereka yang mempunyai bulu yang lebat, teknik ini harus dilakukan setiap kali kamu ingin mencukur bahagian kemaluan kamu. Ini ialah proses tebaik untuk kamu lebih mudah untuk mencukur.
IKLAN
Caranya, gunting ataupun ‘trim’ dahulu keseluruhan bulu yang ada dan kemudian barulah kamu boleh mencukur mengikut arah yang betul. Usah gunting terlalu pendek, cukupp sekadar ia tidak panjang untuk sebelum dicukur. Teknik ini memudahkan kamu untuk mencukur kerana prosesnya akan lebih cepat dan teratur.
2. Meregangkan kulit ketika bercukur.
Teknik ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan iritasi pada kulit semasa bercukur kerana apabila meregangkan kulit, ia akan memudahkan proses kerana dasar yang lebih rata.
IKLAN
3. Mencukur dengan arah yang betul.
Anda dinasihatkan untuk mencukur secara perlahan-lahan untuk mencegah luka dan kecederaan. Jika kamu mencukur dengan arah yang berlawanan, ia akan menyebabkan terjadinya ruam dan gatal-gatal. Untuk kesan yang terbaik, kamu boleh cuba dengan mencukur bulu dari sisi ke sisi. Ia akan memudahkan lagi proses mencukur dan tidak menyebakan kesan buruk pada keadaan kulit sekeliling.
4. Berendam dalam air yang suam.
Teknik ini membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian kulit yang sudah dicukur. Ia juga membantu untuk melembutkan permukaan kulit yang kasar selepas dicukur.
Pasti ramai yang ketahui tentang kelebihan ‘shaving cream’ ini. Selain daripada bahagian kemaluan, ia juga boleh digunakan di bahagian ketiak mahupun di wajah. Kegunaan ‘shaving cream’ banyak kelebihannya. Antaranya ialah melembutkan kulit ketika bercukur dan mengurangkan luka pada kulit. Produk ‘shaving cream’ dihasilkan dengan pelbagai fungsi terutamanya untuk kulit yang sensitif dan sebagainya. Jadi pilihlah produk dengan bijak ya!
6. Gunakan pelembap selepas bercukur.
Untuk kesan yang terbaik, sapukan pelembap selepas bercukur untuk memastikan tiada keradangan pada kulit. Produk pelembap yang mengandungi aloe vera ataupun ‘baby oil’ adalah antara pilihan terbaik yang boleh kamu cuba!
Produk muka tidak bergantung kepada jantina malah pemilihannya bergantung kepadajenis kulit dan keadaan kulit seeorang. Pemilihan produk yang tepat untuk kulit wajah yang berminyak sangat penting untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang baik serta dapat mengawal minyak di wajah.
Lazimnya, produk untuk kulit yang berminyak dihasilkan untuk mengurangkan pengeluaran
sebum yang dihasilkan oleh kalenjar. Namun, sekiranya produk ini digunakan secara
berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Produk yang sepatutnya
berfungsi untuk mengurangkan minyak menjadi punca kulit lebih berminyak.
Sumber gambar: Everyday Health
Menurut Dr. Ismaliza Ismail, pemilik Klinik Amisi dan pengasas Skin Valet, antara faktor
lain yang menyebabkan produksi sebum berlebihan dan menyebabkan kulit berminyak adalah
seperti ketidak seimbangan hormon, persekitaran sebagai contoh jika cuaca terlalu panas
maka ia akan menyebabkan sebum dikeluarkan lebih normal, tekanan, diet yang tidak
seimbang dan faktor keturunan.
Ciri-ciri produk terbaik untuk wajah berminyak.
Sumber gambar: Good Housekeeping
Dr. Ismaliza menjelaskan, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, rutin
penjagaan haruslah dilakukan dengan sempurna dengan menggunakan rangkaian produk
seperti pembersih muka, ‘toner’, pelembap jenis bebas minyak dan pelindung matahari.
1. Produk pembersih yang dicadangkan adalah produk yang mengandungi bahan seperti
salicylic acid, AHA, benzoyl peroxide kerana dapat membantu untuk mengurangkan
sebum tanpa mengeringkan kulit.
2. Produk pelembap juga wajib digunakan kerana ia membantu untuk mengawal
produksi minyak pada wajah dan melembapkan muka untuk kekal segar.
3. Pelindung matahari juga membantu bukan sahaja untuk mengawal minyak di muka,
malah ia juga mengurangkan kilauan minyak pada muka.
Rawatan klinikal yang berkesan untuk wajah berminyak.
Sumber gambar: Skincare.com
Bidang perubatan estetik menyediakan pelbagai rawatan untuk mengurangkan masalah kulit
yang berminyak. Antaranya seperti ‘dermaabrasion’, rawatan laser, ‘photodynamic’,
‘photofacial’ dan juga IPL (intense pulse laser). Kesemua rawatan ini membantu untuk
mengurangkan produksi sebum untuk memastikan kulit tidak kering.
Apa yang anda perlu tahu tentang masalah kulit berminyak?
Penyebab sebenar kulit berminyak terletak pada solekan seseorang.
Kulit mempunyai pelembap semula jadi yang terhasil daripada tubuh manusia sendiri
iaitu sebum.
Sebum dihasilkan dibawah kulit oleh ‘sebaceous gland’.
Sebum berfungsi sebagai pelembap natural untuk melindungi kulit daripada masalah
kulit kering.
Jika sebum dihasilkan dengan banyak dan tidak terkawal, maka terjadilah kulit
berminyak.
Kuantiti pelindung matahari yang bagus untuk digunakan adalah dalam sukatan satu
sendok teh.
Apabila kadar air seimbang di dalam kulit, maka ia membantu untuk mengawal
produksi minyak.
Tabiat gaya hidup boleh menjejaskan penampilan kulit, jadi penting untuk
mendapatkan jumlah rehat yang betul, mengekalkan rutin pembersihan yang
konsisten, dan mengelakkan produk yang tidak berkualiti.
Boleh jadi rumit mempunyai kulit kombinasi. Di sesetengah tempat kering dan di tempat lain berminyak. Nasib baik, serum terbaik untuk kulit kombinasi ini memahami sepenuhnya.
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza yang memerlukan produk yang berbeza dan bagus yang perlu dimasukkan dalam rejimen penjagaan kulit harian. Dan salah satu langkah rutin penjagaan kulit harian yang anda tidak boleh elakkan adalah menggunakan serum muka.
Ramai pakar penjagaan kulit mengatakan bahawa serum adalah pelembap baru. Diselitkan dengan kebaikan komponen berguna seperti asid hyaluronik, retinol dan vitamin C, terdapat serum muka yang tersedia untuk setiap jenis kulit, termasuk kulit kombinasi. Ia adalah tambahan yang sempurna kepada rejim penjagaan kulit anda untuk siang atau malam dan boleh juga jadikan kit solekan anda sebagai primer.
Mengekalkan dan menjaga kulit kombinasi agak sukar kerana ia adalah campuran kulit berminyak dan kering, dan itulah sebabnya anda perlu memilih produk dengan berhati-hati.
Serum yang sesuai untuk jenis kulit kombinasi akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang betul, mengawal pengeluaran sebum, serta menghidratkannya dengan cukup untuk mengelakkan kekeringan. Berikut adalah beberapa serum muka terbaik untuk jenis kulit kombinasi yang mesti anda pertimbangkan untuk tambah dalam rejim kecantikan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1.Sunday Riley A+ High Dose Retinoid Serum
Serum ini memberikan anda kulit segar yang sempurna dan cahaya berseri setiap hari. Padat dengan campuran retinoid terkapsul dan ekstrak retinol yang terbuka pada kulit anda semasa pemakaian dan memberikan kesan pencerahan kulit yang sempurna.
Produk ini sesuai untuk kulit kombinasi kerana ia tidak mengeringkan kulit dan tidak mempunyai kesan berminyak. Madu putih Hawaii, ekstrak kaktus, bisabolol dan halia menenangkan kulit, mengurangkan pigmentasi dan menggilap kulit anda untuk kesan bercahaya.
Ini adalah serum yang menenangkan kulit yang kaya dengan avokado dan ceramide yang akan membantu menenangkan kulit dan melembapkannya, mencegah kemerahan dan kerengsaan yang disebabkan oleh dehidrasi. Bahan semulajadi seperti susu beras, avokado dan ceramide adalah bahan penenang yang dapat mengurangkan sebarang tanda ruam atau jerawat pada kulit.
Serum muka oleh Alpha H ini mempunyai lapan bahan aktif, termasuk asid hyaluronik yang membantu mengekalkan kelembapan kulit, memberikan rupa yang gebu dan anjal, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta membina kelembapan berpanjangan pada kulit.
Serum yang hebat untuk mencapai kulit yang kelihatan muda, serum ini menembusi permukaan kulit dan memberikannya penghidratan yang kuat. Produk ini juga bebas SLS dan paraben untuk kesesuaian yang lebih baik.
Ini adalah serum bertindak pantas yang sesuai untuk kulit kombinasi. Ia memberikan kesan segera dengan mentekstur semula kulit dan mencerahkan kulit selepas digunakan. Ia juga mengelupas kulit secara semula jadi, memberikan asas yang lebih licin.
Penggunaan serum ini dua kali sehari mengurangkan saiz liang-liang, meningkatkan keserian dan meningkatkan kelembapan dalam kulit. Ia datang dalam botol kaca yang mudah dikitar semula. Berkesan melawan garis-garis halus dan kedutan, Origins Ginzing Glow Brightening Serum sememangnya serum muka terbaik untuk kulit kombinasi yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli.
Satu bentuk vitamin B3, niacinamide dalam serum ini membantu dalam mengurangkan kekusaman, kecacatan kulit, kekeringan dan kesesakan. Zink dalam serum ini membantu dalam mengawal aktiviti sebum dalam kulit. Gabungan ini menjadikan serum The Ordinary sebagai produk penjagaan kulit yang berguna untuk kulit kombinasi dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik dan pantas, gunakan serum ini dua kali sehari sebelum menggunakan krim yang lebih berat dan biarkan ia meresap ke dalam kulit.
Serum ini terdiri daripada ekstrak botani seperti biji Parsley, Panthenol dan anggur, yang memberikan perlindungan lengkap daripada kerosakan. Semua bahan ini dicampur bersama membantu melindungi kulit, mencerahkan kulit, mengetatkan pori-pori, mengurangkan kemerahan dan menjernihkan kulit.
Asas aloe vera menjadikannya sangat baik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi dan sensitif. Vitamin berkuasa yang terdapat dalam serum melembapkan kulit untuk memastikan ia anjal, serta mengawal rembesan minyak.
Serum termaju ini diperkaya dengan kuasa dua antioksidan, asid ferulik tulen dan vitamin E tulen dan mempunyai asas yang sangat menenangkan yang serta-merta menenangkan kulit. Ia juga membentuk penghalang kulit pelindung terhadap semua faktor persekitaran dan mengekalkan kegatalan, ruam, jerawat, kemerahan dan keradangan.
Jika anda mempunyai kulit berjerawat, produk dari Lancome ini adalah serum muka terbaik untuk digunakan. Campuran kedua-dua antioksidan ini membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang kelihatan seperti garis-garis halus dan kedutan dan akhirnya memberikan kulit yang kelihatan lebih sihat. Formula serum mudah diserap ke dalam kulit dengan bantuan beberapa tepukan semasa pemakaian.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana merawat kulit, anda boleh bermula di rumah. Tabiat yang baik akan menolong anda untuk memiliki kulit yang lebih sihat dan cantik.
Kulit kita melindungi kita daripada banyak agen luaran seperti panas, sejuk, bakteria, antara lain. Ia adalah yang terus terdedah kepada persekitaran. Itulah sebabnya sangat penting untuk menjaga kulit jika kita mahu ia kelihatan baik. Namun, kita mungkin tidak ingat untuk menjaganya.
Jangan lupa melindungi kulit anda setiap hari.
Sekiranya anda adalah salah satu daripada orang yang lupa menjaga kulit anda atau jika anda tidak tahu bagaimana melakukannya, perhatikan petua ini dan mulailah berusaha menjaga kulit anda. Pilihan terbaik adalah menjadikan petua ini sebagai kebiasaan dan memasukkannya ke dalam rutin harian anda.
Lindungi kulit anda dari cahaya matahari. Sekiranya mungkin, disarankan untuk menggunakan pelindung sinar matahari walaupun berjalan di jalan pada hari mendung, atau pergi ke pejabat. Dan gunakannya setiap kali sepanjang musim panas.
Tanggalkan solekan pada penghujung hari. Berkali-kali kita tidur tanpa menanggalkan solekan yang sudah seharian di wajah kita. Dengan cara ini, kulit tidak dapat tumbuh semula dengan betul. Jangan lupa membersihkannya setiap malam, dengan lembut.
Pengelupasan kulit. Kita harus mengelupas kulit kita sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai kulit berminyak harus melakukannya lebih banyak kali.
Kenal pasti kulit yang anda ada. Mengetahui jenis kulit yang anda miliki akan membantu anda dalam pemilihan krim dan rawatan yang harus anda pakai sesuai dengannya. Dengan cara ini, anda akan dapat memanfaatkannya dengan cara yang betul.
Bersihkan kulit anda dua kali sehari. Membersihkan kulit anda akan membantu rawatan lain berfungsi dengan berkesan. Satu waktu pada waktu pagi untuk membuang toksin dan yang kedua pada waktu malam sebelum tidur.
Gunakan pelembap. Setelah memilih krim yang anda perlukan dengan pakar, anda harus menggunakannya dua kali sehari, atau masa yang difikirkan oleh pakar berkenaan dengan jenis kulit yang anda miliki.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.