The Melvins terdiri daripada lima adik beradik yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin, Syida Melvin dan Melveena Melvin.
Untuk info, bapa mereka berketurunan Jepun manakala ibu berketurunan Melayu. Patutlah anak-anak cantik semuanya!
Syatilla Kongsi Nasihat Kecantikan
Menjengah ke Instagram Syatilla yang pernah memuat naik satu hantaran di mana dia menitipkan pesanan buat kaum wanita bahawa pentingnya memiliki kulit yang sihat dan bersih.
“Kenapa perempuan mesti ada kulit sihat dan bersih? Bukan sempurna tau tapi sihat dan bersih.
Ads
“Pendapat Tilla, mesti! Salah 1 Sebab adalah, tak perlu lagi kita makeup hari-hari bila keluaq.
“Dan everytime nak solat kita struggle berlawan dengan diri sendiri nak remove makeup kadang lagi sayang makeup dari nak ambik wuduk.”
Kenali Adik Beradik ‘The Melvins’
Kakak sulung kepada Syatilla iaitu Syafiqa Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin merupakan juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua.
Syafiqa berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada Julai 2012. Namun, suaminya meninggal dunia pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Ads
Pada 2023, Syafiqa berkahwin buat kali kedua dengan pilihan hatinya, Azhar Othman. Setahun kemudian mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Syatilla Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin merupakan pelakon, model dan usahawan.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna. Syatilla dan Shaheizy Sam dikurniakan tiga orang anak.
Manakala Syifa Melvin atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan.
Kariernya bermula sebagai seorang instafamous solekan. Pada 28 November 2022, Syifa sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin atau Syida Melvin pula merupakan seorang pelakon dan model.
Syifa kini merupakan ibu kepada tiga orang anak dan isteri kepada usahawan, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen. Suaminya merupakan anak kepada usahawan tersohor yang juga Iron Lady Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Melveena Melvin pula merupakan anak bongsu dalam keluarga dan paling jarang muncul bersama kakak-kakaknya di media sosial.
Saat paling menyakitkan apabila terpaksa berpisah dengan insan tersayang. Ada sesetengah orang yang tidak mahu mengenang kembali si dia yang telah meninggalkan/ditinggalkan. Tetapi ada juga yang seperti tidak boleh ‘move on’ dengan segala kenangan yang tercipta.
Seperti perkongsian gadis ini yang menulis thread kenangan mereka bersama disebabkan rindu pada bekas kekasihnya itu. Apatah lagi bekas kekasihnya sanggup terima keadaan dirinya ketika sedang mengalami masalah ‘breakout‘.
Malah dalam thread di tulis itu, dia yang menggunakan nama akaun di twitter @eykabieber memberitahu masih sayang pada bekas kekasihnya itu dan tiada rasa dendam atau marah di hatinya.
Ikuti setiap momen penuh bermakna sepanjang 10 date mereka berdua ketika bersama.
Diet GM ialah pelan diet penurunan berat badan yang popular yang mendakwa dapat membantu penurunan berat badan sebanyak 6-10 kg dalam 7 hari. Walau bagaimanapun, kajian baru mencadangkan bahawa menurunkan berat badan dengan cepat adalah tidak selamat. Selain itu, tiada kajian saintifik yang menyokong diet GM.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk menjalani diet ini, lihat dengan lebih dekat. Teruskan membaca untuk mengetahui segala-galanya tentang diet GM, apa yang perlu dimakan selama 7 hari, bagaimana ia boleh membantu penurunan berat badan, dan jika ia selamat. Tak salah nak cuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Diet GM ialah pelan diet 7 Hari untuk penurunan berat badan yang cepat. Ia dicipta pada tahun 1985 oleh General Motors untuk membantu pekerjanya menurunkan berat badan. Pekerja mengambil kumpulan makanan rendah kalori pada hari yang berbeza. Menjelang akhir minggu pertama, pekerja kehilangan sehingga 17 paun (7.7 kg).
Pekerja mengambil kumpulan makanan rendah kalori pada hari yang berbeza. Ini dipercayai telah mencetuskan penurunan berat badan. Ini menjadikan diet GM sebagai jalan pintas yang popular untuk menurunkan berat badan. Adakah ia benar-benar berkesan?
Melakukan diet rendah kalori mungkin berkesan untuk penurunan berat badan. Tetapi diet ini tidak selamat dan sukar untuk diikuti. Penyokong diet GM percaya bahawa ia berfungsi berdasarkan faktor berikut:
Rendah Kalori: Penurunan berat badan dikira dengan jumlah kalori yang anda makan dan jumlah kalori yang anda bakar. Apabila anda mengambil lebih sedikit kalori, badan anda beralih kepada keseimbangan tenaga negatif. Ini membuatkan anda menurunkan berat badan.
Meningkatkan Metabolisme: Makanan yang termasuk dalam pelan diet ini dipercayai dapat meningkatkan metabolisme anda dan mengekalkan badan dalam mod pembakaran lemak. Bagaimanapun, tiada kajian yang menyokong dakwaan ini.
Termasuk Makanan Kalori Negatif: Makanan kalori negatif membakar kalori semasa penghadaman dan pemprosesannya. Ini bermakna anda menurunkan berat badan dengan membakar kalori walaupun anda makan. Bunyinya bagus, tetapi pakar diet dan pakar pemakanan tidak percaya dengan istilah “makanan kalori negatif”.
Detoks yang Baik: Mengambil makanan yang sihat dan kekal terhidrat boleh membantu membuang toksin.
Boleh Memperbaiki Pencernaan: Buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet GM mengandungi serat makanan, yang membantu meningkatkan pergerakan usus dan penghadaman. Walau bagaimanapun, ia tidak ditetapkan sama ada diet GM mengikut 25 g serat pemakanan sehari yang disyorkan berdasarkan diet 2000 kalori atau tidak.
Diet GM dicipta untuk membantu penurunan berat badan yang cepat dalam pekerja General Motors. Inilah yang mereka dibenarkan makan selama seminggu:
Hari Pertama
Hari ke-2
Hari ke-3
Hari ke-4
Hari ke-5
*Tingkatkan pengambilan air sebanyak dua gelas untuk mengeluarkan asid urik tambahan (produk kimia pemecahan purin, yang terdapat dalam daging).
Hari ke-6
Hari ke-7
BACA JUGA ARTIKEL INI: GM Diet Cara Pantas Turunkan 6 Kg Dalam Seminggu. Gerenti Boleh Pakai Kebaya Nanti!
Menurunkan berat badan adalah sukar. Ia memerlukan masa, kesabaran dan keazaman. Penurunan berat badan yang cepat atau jalan pintas seperti diet GM mungkin menyelesaikan masalah sementara, tetapi ia tidak sesuai untuk penurunan berat badan jangka panjang. Anda mesti makan sihat, bersenam, tidur 7-8 jam,dan bermeditasi untuk menjauhkan lebihan lemak dalam jangka masa panjang. Melakukan diet yang tidak disokong oleh sains, doktor, pakar pemakanan dan pakar diet tidak berbaloi untuk mempertaruhkan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Diet GM dicipta untuk pekerja General Motors. Ia tidak mempunyai penyelidikan dan bukti saintifik. Tiga dekad kemudian, diet GM masih bukan diet muktamad untuk penurunan berat badan yang cepat. Malah, pakar diet dan pakar pemakanan menasihatkan agar tidak memilih jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi, melakukan diet rendah kalori tanpa diawasi oleh profesional berlesen adalah dilarang keras. Jika anda ingin menurunkan berat badan, berbincanglah dengan doktor atau pakar diet dan dapatkan carta diet tersuai. Anda bukan sahaja akan menurunkan berat badan tetapi juga meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lain orang lain citarasanya. Ada yang gemar melancong ke destinasi menarik seorang diri dan ada juga yang gemar bercuti bersama teman baik atau buddy masing-masing.
Keseronokkannya tambah berganda apabila dapat menikmati keindahan negara orang sambil bertukar-tukar pandangan. Tidaklah rasa canggung pabila bercuti dengan sahabat baik yang boleh sama-sama menanggung kala berdepan saat susah dan senang.
Bagi tiga sahabat baik, Farah, 28 tahun, Nadiah Izzaty Azmi 33 tahun dan Syafiqah Hashim, 27 tahun memang sering bercuti bersama-sama. Antara destinasi yang kerap disinggahi mereka adalah sekitar negara di Asia Tenggara dan tidak dinafikan banyak momen terindah dirakam sepanjang percutian bersama.
Bagi Farah yang juga seorang blogger memberitahu selalunya jika travel bersama buddy, mereka akan rancang sendiri perjalanan serta itinerary bersama.
“Untuk memudahkan perjalanan, biasanya kami banyak baca perkongsian percutian orang lain di laman sosial, blog ataupun di group Facebook. Daripada situ kita akan buat perbandingan destinasi mana akan dilawati dan bajet yang perlu dikeluarkan setiap seorang.
“Kami kemudiannya akan berjumpa dan diskus perancangan yang telah dibuat. Keistimewaan pergi dengan buddy ini berbanding melalui agen kita akan rasa lebih selesa dengan kawan yang telah lama dikenali. Maklumlah kita lebih kenal cara masing-masing setiap kali travel. Lagi satu kawan baik adalah cameraman terbaik kerana mereka tahu angle terbaik untuk diri kita,” ujarnya yang turut memberi pesanan kepada pasangan buddy agar tidak terlalu berkira ketika travel.
Komunikasi penting walau bagaimanapun terdapat cabaran yang perlu dihadapi ketika travel bersama buddy ini. Bagi Nadiah Izzaty walaupun mereka kenal satu sama lain, tetapi ada kalanya berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Biasalah bila berjalan bersama buddy ini ada kalanya mood seseorang itu akan bertukar. Jika berlaku situasi seperti ini, kita perlu slow talk dengan buddy kita dan cuba kembalikan semula mood. Ini bagi mengelakkan masalah perselisihan faham berlarutan dan menjejaskan mood sepanjang percutian nanti.
“Tidak semua pendapat kita akan diterima oleh travel buddy sebab lain orang lain pandangannya. Tetapi perlu buka minda seluasnya yang kita pergi secara berkumpulan jadi kena ada persefahaman agar segala yang dirancang berjalan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah komunikasi antara satu sama lain,” ujarnya yang sering mengingatkan teman lain untuk mengamalkan sikap bantu membantu antara satu sama lain.
Pernah makan sebuku roti kongsi 3 orang dalam pada itu, Farah juga bersetuju dengan pandangan Nadiah yang perlunya ada komunikasi serta sikap bantu membantu satu sama lain ketika berada di rantau orang.
“Tidak dinafikan setiap kali travel pasti ada masalah akan timbul. Dan kita akan cuba selesaikan secara bijak. Saya terkenang saat kami pergi travel bersama dan berdepan masalah duit yang tidak mencukupi.
“Waktu itu kami tidak makan lagi dan semua tempat tukar duit sudah ditutup. Waktu itu masing-masing gigih korek beg dan keluarkan semua syiling yang ada. Akhirnya kami dapat membeli sebuku roti dan kongsi makan bertiga. Walaupun bukan masalah besar tetapi agak kelam kabut juga bila masing-masing tidak berduit. Inilah yang dikata susah senang bersama dan momen ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” tambah Farah yang turut berkongsi barangan yang wajib dibawa ketika travel bersama buddy.
Barangan wajib perlu dibawa pesannya yang berasal dari Kuantan Pahang ini memberitahu barangan wajib dibawa adalah tripod untuk memudahkan mereka bergambar bersama-sama. Ini juga boleh mengelakkan masalah berkecil hati jika salah seorang tidak masuk dalam frame.
“Barangan lain seperti earphone untuk kegunaan dalam flight sambil berehat menikmati muzik kegemaran. Lagi satu item penting adalah telefon pintar yang telah di install segala aplikasi berkaitan travel.
“Bagi yang tak tahan panas pula, boleh bekalkan portable kipas menggunakan bateri atau yang boleh dicaj dengan power bank untuk memudahkan proses pengecasan. Satu lagi usah lupa untuk membawa mini first aid kid yang mengandungi item kecemasan dan bekalan minyak gamat,” jelas Farah lagi.
Bagi Syafiqah Hashim, 27 tahun yang juga seorang influencer turut memberitahu barangan lain yang wajib dibawa ketika travel.
“Paling penting selain pasport, item kosmetik, sunscreen dan juga kaca mata hitam. Kita tidak tahu cuaca ditempat orang. Walaupun sudah boleh melihat sebelum pergi, tetapi cuaca boleh berubah tanpa kita jangkakan. Jadi wajib kalau bawak sunscreen dan juga kaca mata untuk melindungi wajah dari cuaca panas.
“Kami memang gemar sekali pergi ke negara Indonesia dan antara destinasi yang menarik adalah seperti Lombok, Jogjakarta dan juga Lombok. Banyak aktiviti menarik boleh kita terokai di sini dan paling menyeronokkan tidak menghadapi masalah untuk mencari makanan halal,” tambahnya yang merasakan travel bersama buddy itu lebih selamat dan senang untuk berkongsi pelbagai idea menarik.
Jaga Solat Oleh kerana sering bercuti bersama, ketiga-ketiganya juga tidak lokek berkongsi beberapa tip menarik jika travel bersama buddy ini.
“Untuk yang merancang bercuti bersama buddy masing-masing, perlu untuk fikirkan perancangan dengan teliti. Ini termasuk soal pengangkutan, bajet dan aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama nanti. Walau bagaimanapun setiap dari kita kena tahu info berkaitan supaya tidak rasa ketinggalan dengan apa yang telah dipersetujui.
“Kena sentiasa bersikap positif agar segala yang dirancang menjadi dan beri pengalaman menyeronokkan. Setiap orang perlu bersikap tolak ansur, bertimbang rasa dan banyakkan komunikasi dua hala agar trip berjalan lancar.
“Lagi satu paling penting jaga solat. Walaupun sedang bergembira di negara orang, bab yang satu ini jangan sesekali dilupakan. Di mana sahaja berada perlu ingat Allah agar kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Islam itu mudah dan doa orang yang bermusafir ini selalunya akan dimakbulkan, insya-Allah,” ujar Nadiah yang bekerja di sebuah bank dan juga sebagai part time blogger.
Pendapatnya ini turut dipersetujui rakan buddy, Farah dan juga Syafiqah. Untuk trip akan datang, tiga sahabat ini merancang bercuti ke Korea ataupun negara Balkan yang sudah pastinya menjanjikan pengalaman serta pelbagai lokasi menarik untuk diterokai kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.