Allah selalu memberikan segala keperluan kita, dan memberi rezeki. Tetapi, kita diperintahkan oleh Allah untuk memohon dan meminta kepada-Nya. Memohon dan meminta sering kali kita sebut dengan "Doa".
Doa merupakan senjata yang paling dahsyat bagi orang beriman, aktiviti ibadah yang mudah dilakukan. Betapa dahsyatnya kekuatan doa yang dilantunkan oleh orang-orang yang yakin, bahawa Allah akan mengabulkan segala doa-doanya. Banyak contoh dari orang-orang terdahulu, bagaimana lantunan doa dapat mengubah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan, tentu hal itu adanya kekuatan dari Allah SWT, Zat Yang Maha Perkasa dan Maha Kuasa.
Oleh sebab itu, manusia diperintahkan untuk berdoa kepada-Nya. Doa yang dihiasi dengan sikap merendah disertai dengan pengaharapan dan keyakinan, bahawa doanya dapat dikabulkan.
Apakah anda terdorong untuk berdoa? Jika doa anda ingin dikabulkan oleh Allah, maka tanamkan dalam diri anda keyakinan, bahawa Allah akan mengabulkan doa anda.
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” (HR. Muslim) [HR. Muslim, no. 479]
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (HR. Muslim) [HR. Muslim, no. 482]
Sumber kredit: Amatul Mukminin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.”
Namun dalam keadaan penularan Covid-19 semua orang perlu berhati-hati. Jika ada tanda-tanda demam dan kurang sihat, lebih baik buat amal ibadat di rumah sahaja.
Berikut perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Ada kaedah dalam Islam berdasarkan hadis لا ضرر ولا ضرار Salah satu maknanya adalah,
Syariah Islam sangat menghargai pandangan dan kepakaran doktor perubatan maka ikutlah nasihat pihak Jabatan Kesihatan.
Kalau ada yang kata “takkanlah buat ibadah pun terhalang dgn nasihat doktor? Kuatkanlah aqidah!” Jawapannya, aqidah Islamlah yang mengajar kita supaya “الأخذ بالأسباب” iaitu bukan sekadar tawakkal tapi berusaha dan berusaha sebaiknya. Rasulullah sendiri ajar bab kuarantin. Rasulullah pergi perang pakai topi besi dan baju besi tau, bukan “pakai” aqidah yang mantap saja tau.
Selepas beraksi hebat di pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 baru-baru ini, penyanyi lagu Angkara, Siti Nordiana berangkat mengerjakan umrah bersama anak lelakinya, Rayyan.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman instagram penyanyi ini dengan memuat naik gambarnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang kelihatan sudah bersedia untuk berangkat mengerjakan umrah.
Bismillahirrahmanirrahim..InsyaAllah Nana & Rayyan akan berangkat mengerjakan umrah..
Dalam hantarannya itu juga, penyanyi ini turut memohon agar peminat-peminatnya mendoakan agar dia mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusannya ketika berada di tanah suci itu nanti.
Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya..Ampun maaf jika ada salah dan silap dari kami..
Ramai yang memenuhi ruangan komen hantaran itu dengan mendoakan yang baik-baik untuk penyanyi kesayangan ramai ini. Rata-rata peminat serta rakan selebriti juga turut tumpang gembira dengan berita gembira yang dikongsikan olehnya itu.
Team Hijabista mendoakan agar perjalanan umrah penyanyi Siti Nordiana mendapat umrah yang mabrur serta segala urusannya dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi hijabi pastinya familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yanh digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora?
Di sini Hijabista sertakan tiga inspirasi stail hijab kemas dan sopan persis Lesti dan tutorial bagaimana hijabi boleh menggayakanya!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam. Jika anda ingin recreate semula hijab turban seperti Lesti, caranya mudah je!
1. Pertama, lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga dan pinkan dibahagian belakang leher.
2. Seterusnya, kemaskan bahagian belakang tudung di belakang leher dengan jarum peniti.
3. Kemudian tarik bahagian shawl yang panjang ke bahagian belakang dan ikat menggunakan getah sama seperti anda mengikat rambut.
4. Setelah itu, ikatan hijab berkenaan boleh dijuntai atau diuraikan di atas bahu atau biarkan sahaja di bahagian belakang.
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan beron hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan! Caranya pun mudah sahaja
1. Siapkan pashmina atau shawl hitam kosong kegemaran anda! Anda juga boleh bereksperimen dengan mencuba menggayakan pashmina bermotif atau corak mengikut kesesuaian gaya anda.
2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah sisi panjang dan sebelah sisi lagi pendek. Contohnya, bahagian sisi kanan lebih panjang dibanding bahagian sisi kiri.
3. Kemudian, kemaskan pashmina dengan pinkan ia pada bahagian belakang leher dengan kerongsang dan jarum peniti.
4. Setelah itu, sisi yang lebih panjang dililitkan ke atas kepala dan diselitkan pada celahan pashmina di bahagian pipi.
5. Kemaskan pashmina di bahagian dada dan pinkan kedua-dua bahagian bahu dengan kerongsang sekiranya pashmina terlalu labuh hingga jatuh ke bahagian lengan.
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata hijabi cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya ini adalah gaya hijab yang ringkas dan amat sesuai untuk hijabi melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenjs ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal. Untuk menciptakan stail hijab simple dan sweet ini jom ikuti beberapa langkah ini!
1. Pertama, lipat tudung bawal menjadi bentuk segitiga.
2. Pastikan kedua sisi dengan panjang yang berbeza sebelum di pinkan ke dagu. Bahagian kanan perlu lebih panjang berbanding bahagian kiri.
3. Kemudian bahagian yang panjang dililit ke leher pada bahagian belakang dan bawa semula lilitan ke hadapan.
4. Setelah itu, setelah dililit, ikatkan lebihan sisi panjang dengan sisi pendek yang ada di bahagian hadpaan.
5. Siap! Hijab simple ini bakal membuatkan kelihatan hijabi kemas, cantik dan mempersona bak penampilan Lesti Kejora.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.