Mungkin ramai di antara kita berasa takut untuk bangun pada waktu tengah malam namun tahukah anda pada detik inilah kita disunatkan untuk bangkit dari tidur bagi melakukan solat tahajud. Abaikan segala kisah seram yang telah kita dengar sebaliknya fokuslah niat untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan Yang Esa.
Buat mereka yang baru hendak memulakan rutin ini, jangan putus asa. Walaupun kadang kala badan terasa penat untuk bangun namun percayalah segalanya pasti akan membuahkan hasil. Berkongsi di laman sosialnya, Puan Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar yang merupakan seorang usahawan agensi pelancongan yang berjaya ini memberikan tip mudah buat mereka yang mahu berjinak-jinak mengerjakan solat sunat ini.
Ads
Malam ni sebelum tidur, izinkan kina share sikit tips cara kina bangun tahajud. Mungkin tak semua orang senang nak bangun 3am-4am, jadi boleh baca beberapa tips ni ya. Senang sahaja.. Mudah-mudahan perkongsian ni berguna bagi mereka yang berazam nak bangun tahajud setiap malam~ . 1. Waktu untuk solat tahajud ialah selepas azan isyak sehingga sebelum azan subuh. Syaratnya mestilah dah tidur/tertidur pada waktu isyak. Tidur 5min sahaja pun dah dikira tidur. . 2. Biasanya selepas solat isyak, kina akan tertidur kejap. Nanti dalam pukul 10PM atau 11PM kina akan terjaga, terus solat tahajud. Ya, paling afdhal untuk tahajud ialah 3-4AM, tapi kalau awal pun takpa, asalkan solat.
Ads
. 3. Ada hari2 yg terasa letih nak tidur malam lama terus, set alarm 10-15minit sebelum azan subuh, sempat je nak solat tahajud time ni. . 4. Kalau ibu2 yang menyusukan baby lagi senang, time baby minta susu tengah2 malam, lepas ibu bagi susu, terus boleh bangun solat tahajud. . 5. Yang paling penting sekali mestilah niat. Sebelum tidur niat dulu malam ni aku nak bangun tahajud lepastu set alarm. Kalau boleh tidur awal. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Kalau Allah bangunkan kita tengah malam tu, percayalah anda golongan bertuah. Kalau dah terjaga terus bangkit utk solat, jangan layan nafsu tidur pula. . Siapa yg ada tips lain boleh kongsikan di bawah? ♥
Sebagai seorang Muslimah, semestinya aurat harus ditutup walau ap acara sekalipun. Kerjaya tidak seharusnya menjadi halangan untuk berhijab.
Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang. Meraikan kehadiran rekaan tambahan uniform polis ini, Konstabel Zeena Ali merupakan anggota wanita muslim pertama yang mengenakannya.
Dia merupakan rekrut baru pasukan polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram @newzealandpolice, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
"Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri."
Konstable Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari usia 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasukan polis selepas peristiwa serangan pengganas ke atas sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu yang mengorbankan puluhan nyawa.
***P/S – Min tersentuh bila melihat negara bukan majoriti Islam membuang sekatan dan meraikan wanita berhijab. It is a positive progress! Hijab lambang kekuatan, bukan penindasan.
Sumber: Instagram @newzealandpolice
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Kahwin muda‘,topik yang sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana wanita dan lelaki. Dahulunya metod ini adalah perkara biasa kepada orang tua kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun.
Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: whatapp dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, bersosial dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu menyesak kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
Dalam rumah tangga, suami isteri itu saling memerlukan. Namun ada ketikanya tidak dapat dinafikan, ada situasi di mana suami dan isteri tidak sependapat. Dalam melakukan sesuatu perkara, sudah tentulah golongan isteri yang paling cerewet.
Dalam keadaan tertentu sikap cerewet yang ada pada seorang isteri itu akan membuatkan para suami berasa rimas. Melalui perkongsian Imam Muda Hassan, dia berkongsi mengapa para suami ‘bertuah’ punya isteri yang cerwet.
Mempunyai Isteri Yang Cerewet Ternyata Baik Untuk Kesihatan Suami
Banyak suami yang merungut isterinya sangat cerewet. Balik rumah je membebel, itu lah, ini lah… Serba tidak kena dibuatnya. Tapi perasan tak suami-suami sekalian, isteri yang cerewet ini banyak juga manfaatnya. Isteri yang cerewet boleh membuatkan suami hidup lebih sihat. Macamana ya?
Ada satu kajian yang dibuat oleh researchers, mereka mendapat data dari sumber National Social Life, Health, and Aging Project untuk meneliti hubungan pasangan suami isteri dari sudut kualiti kesihatan mereka.
Kajian ini dibuat terhadap lebih dari 1200 pasangan suami isteri yang telah menikah lebih daripada 5 tahun dan responden berusia 57 hingga 85 tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 389 responden mengalami diabetes.
Fakta yang mengejutkan dari seorang Professor Sosiologi, Michigan State Universiti, Dr Hui Liu menemukan bahawa suami yang memiliki isteri yang cerewet ternyata lebih sihat dan terhindar dari penyakit diabetes. Jika yang menghidap diabetes sekalipun, ia masih boleh dikawal dan tidak kritikal.
Ini ternyata isteri yang cerewet terutama dari segi pengambilan makanan, ia sedikit sebanyak dapat membantu suami untuk menjaga tahap kesihatannya. Jikalau isteri tidak cerewet, dia akan biarkan suaminya nak makan apa, nak minum apa. Sedar-sedar kadar gula suami sudah terlalu tinggi, dan ini lebih memudaratkan.
Kebanyakan suami tidak begitu mengendahkan tentang pemakanan mereka, tambahan pula jika suami itu pula seorang yang kuat merokok, kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.
Dalam situasi ini, isteri sangat berperanan untuk cerewet dengan suaminya, demi menjaga kesihatan suami dan mudah-mudahan umur suami lebih panjang, In Shaa Allah.
Menurut Dr Karen Ruskin, seorang Therapist kekeluargaan, beliau berkata bebelan isteri sebenarnya belum tentu menjadi tanda ketidakbahagiaan. Bahkan kata beliau, bebelan daripada isteri yang cerewet sebenarnya itu merupakan bukti yang dia sayangkan suaminya.
Oleh sebab itu, bagi suami yang mempunyai isteri yang cerewet, terutama cerewet dalam bab pemakanan, bab ibadat, bab-bab kebaikan, teman melihat ia sebagai suatu perkara yang baik untuk suami. Ia membantu mendisiplinkan suami dan dapat memanjangkan umur suami dengan izin Allah. Bersyukurlah….
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!