Kehadiran parut jerawat pada bahagian wajah pastinya menimbulkan rasa kurang senang kepada individu itu sendiri. Malah ada juga yang menganggap kehadiran parut pada wajah sebagai sesuatu yang hodoh dan memalukan diri sendiri terutama apabila perlu berhadapan dengan orang ramai.

Tidak dapat dinafikan masalah parut jerawat merupakan satu mimpi ngeri kerana ia boleh menjejaskan penampilan. Kesan parut pada wajah membuatkan seseorang individu itu rasa hilang keyakinan diri.

Jerawat timbul ‘seketul’ atas muka pun sudah membuatkan kita stres bukan? Apatah lagi meninggalkan parut yang berkemungkinan bersifat kekal dan susah untuk dihilangkan .

Berikut dikongsikan beberapa produk yang boleh dibeli di drugstore bagi membantu menghilangkan parut jerawat.

1. Rosa T Triple Action Acne Serum

Serum direka khas untuk melawan jerawat ringan hingga sederhana tanpa merosakkan kulit. Selain membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, ia dapat mengurangkan pengeluaran sebum atau minyak pada kulit, yang merupakan sebab utama di sebalik wabak jerawat.

Rosa serum jerawat juga mengandungi vitamin E alami, yang membantu melegakan parut jerawat dan meningkatkan kulit. Manfaat tindakan triple antaranya mengurangkan kulit berminyak, membersihkan jerawat dan bintik hitam serta embantu mencegah parut jerawat dan melicinkan kulit

HARGA: RM30

2. Hiruscar Gel

Ini adalah produk terakhir yang dicadangpakai untuk menghilangkan kesan parut pada tubuh dan wajah.

IKLAN

Diformulasikan melalui mps gabungan, allium cepa dan empat komponen yang lain, ia berkesan untuk merawat permukaan parut dengan menghalang tisu rosak dan tidak baik untuk tumbuh pada permukaan kulit.

HARGA:RM21.80

3. Eucerin Even Brighter Concentrated Serum

Serum ni membantu repair kulit bagi sekata . produk ini dapat hilangkan bintik hitam, freckles , melisma, atau pignmentasi dan parut jerawat. Dan jugak memperbaiki kulit rosak akibat sinaran UV dan sesuai untuk semua kulit.

HARGA: RM61.50

4. Dermatix Scar Reduction Gel

Vitamin C memberikan perlindungan terhadap sinaran berbahaya sekali gus membolehkan parut untuk sembuh dan awak akan rasa tidak berminyak selepas setiap penggunaan. Dengan penggunaan biasa, parut akan melembutkan dari masa ke masa.

HARGA: RM56.90

5. Reflect Acne Spot Treatment

Untuk menhilangkan parut cuba guna blemish control stick ia berfungsi mengurangkan parut . tak perlu sapu pada keseluruhan muka dan hanya dipakai pada waktu malam sahaja.

IKLAN

HARGA: RM27.25

6. Invisible Treatment-Thick Black Pigmentation

Mengandungi bahan pencerahan natural seperti Alpha Arbutin, Glutathione, Licorice extract, Gluconic Acid dan Vitamin B3 (niacinamide) yang dapat mencerahkan dan memudarkan parut gelap, melasma, jeragat, pigmentasi serta memperlahankan penghasilan melanin.

Kandungan PHA yang terdapat dalam Invisible Treatment dapat membantu mengangkat se-sel kulit mati sehingga menjadikan kulit nampak lebih cerah. Pemakaian secara konsisten akan membantu mengurangkan sel-sel kulit mati yang menjadi penyebab wajah jadi kusam.

Pada umumnya, Sodium Hyaluronate memiliki manfaat yang sama dengan hyaluronic acid. Zat ini juga memiliki kemampuan yang sama untuk menampung air lebih dari 1000 kali beratnya dan memberikan kelembapan pada kulit. Namun disebabkan ukuran molekul Sodium Hyaluronate yang lebih kecil dan dapat menembus permukaan kulit dengan lebih mudah, maka Sodium Hyaluronate merupakan bahan yang sedikit lebih baik.

Waltheria Indica extract, membantu mencegah produksi melanin agar sentiasa tampil cerah dan segar. Vitamin B3 (niacinamide), membantu mencerahkan warna kulit dengan cara memperlambat pertumbuhan melanin yang dapat membuat kulit nampak lebih gelap. Selain itu Vitamin B3 juga mengandungi antioksidan sehingga dapat mengurangi kesan buruk dari polusi dan mengembalikan kesihatan kulit.

Manfaat Vitamin E Acetate dapat membantu memudarkan bekas luka. Mempercepat penyembuhan kulit yang rosak dan mencegah bekas luka menjadi kekal. Selain itu, membantu memperbaiki jaringan kulit yang rosak.

IKLAN

Centella Asiatica, dapat meningkatkan pengeluaran kolagen. Bahan aktif Centella Asiatica dapat menyembuhkan luka kecil atau terbakar, sekaligus dapat mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Centella Asiatica juga dapat merawat masalah PIH (Post Inflammatory Hyperpigmentation) yakni PARUT JERAWAT

Fungsi utama produk ini adalah untuk membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat sambil mencerahkan kulit. Anda boleh memiliki kulit yang licin dan cerah berseri jika memakainya secara konsisten.

HARGA:RM59

Sumber kredit: Product The Beauty Hacks

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA