Photo by Bennie Lukas Bester from Pexels

Rambut yang sihat, hitam dan berkilau tentunya menjadi idaman semua wanita tidak kira yang tidak berhijab mahupun tidak. Walau pun berhijab, penjagaan rambut tetap perlu diambil perhatian. Rambut umpama mahkota buat semua wanita.

Kejelitaan seorang wanita akan lebih terserlah apabila rambut bukan sahaja sihat tetapi juga kuat dan tidak mudah gugur. Sebenarnya untuk menjaga kesihatan rambut, bukan sahaja dari segi luaran semata-mata tetapi juga penjagaan dari sudut dalaman iaitu melalui pemakanan.

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Bennie Lukas Bester from Pexels

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan untuk menjaga kesihatan rambut? Selain rawatan luaran, anda juga boleh mengamalkan pengambilan beberapa jenis makanan bernutrisi ini bagi menyihatkan dan menguatkan rambut.

IKAN

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Huy Phan from Pexels

Ikan salmon, tuna, dan sardin adalah sumber asid lemak tidak tepu (omega 3). Kajian membuktikan bahawa omega 3 termasuk sebagai jenis asid lemak yang terbukti dapat mengurangkan rambut gugur. Mungkin harga ikan salmon agak mahal namun itu bukan menjadi masalah besar. Hal ini kerana anda boleh menggantikannya dengan ikan kembung yang turut mengandungi omega 3 dalam jumlah yang tinggi.

JAMBU BATU

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Any Lane from Pexels

Jambu batu kaya dengan vitamin C. Dalam satu cawan jambu batu mengandungi vitamin C sehingga 377 miligram. Kandungan vitamin C dalam jambu batu amat membantu penghasilan sebum serta menjaga kekuatan rambut agar tidak mudah gugur.

GANDUM

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Pexels.com

Selain mengandung banyak serat, gandum memiliki kandungan zat besi dan kaya vitamin B. Kedua vitamin dan mineral ini berfungsi untuk menjaga kesihatan sel tubuh secara keseluruhan, termasuk sel rambut.

Ads

KEKACANG 

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Min An from Pexels

Folikel rambut tersusun dari protein. Salah satu nutrisi penting untuk menjaga kesihatan rambut adalah melalui pengambilan sumber protein dalam jumlah yang cukup. Hal in kerana folikel rambut terbina daripada protein. Salah satu sumber protein yang baik adalah kekacang. Tidak kira apa jua jenis kacang, ia mengandungi asid amino yang menjadikan rambut lebih kuat dan tampak sihat.

KACANG SOYA

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

Kacang soya merupakan bahan asas untuk membuat tempe. Ia merupakan sumber protein yang terbaik. Kandungan isoflavone di dalam mampu menangkis radikal bebas. Selain baik dari segi kandungan protein, kandungan antioksidan yang terkandung di dalam kacang soya dapat menjaga kesihatan dan kekuatan rambut.

TELUR

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Pexels.com

Telur kaya akan biotin iaitu zat yang memainkan peranan dalam proses pertumbuhan rambut. Salah satu gejala kekurangan biotin adalah kebotakan (alopecia) dan penipisan rambut. Oleh sebab itu, telur menjadi salah satu makanan wajib untuk menjaga rambut agar tetap sihat, kuat, dan berkilau.

Ads

SUSU DAN PRODUK TENUSU 

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Charlotte May from Pexels

Susu lembu kaya dengan kalsium. Keju, mentega, dan yoghurt merupakan antara sumber yang kaya dengan mineral seng (Zn). Apabila kekurangan zat ini rambut akan mudah kusam dan gugur. Susu dan produk olahannya amat sesuai diambil untuk menjaga kesihatan rambut.

SAYURAN WARNA HIJAU GELAP

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Jacqueline Howell from Pexels

Sayuran berwarna hijau tua seperti bayam, sawi hijau, dan kangkung merupakan sumber vitamin C, zat besi, serta asid folat yang baik. Manfaat vitamin C tidak hanya untuk memperbaharui sel tetapi juga berperanan dalam menghasilkan sebum (minyak).
Sebum di folikel rambut berfungsi sebagai pelembap semula jadi untuk rambut yang menjaga kesihatan rambut.

Ads

BROKOLI

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by Buenosia Carol from Pexels

Brokoli mengandungi kandungan enzim indole-3-carbinol (I3C) yang bersifat sebagai antioksidan yang kuat. Pengambilan brokoli menjadikan rambut berkilau. Brokoli memberikan manfaat perlindungan struktur DNA dalam berbagai sel tubuh, termasuk sel rambut. Dengan cara itu, sel rambut juga akan terjaga dari oksidan.

LOBAK MERAH

Senarai Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Sihat & Berkilau, Jaga Rambut Bukan Sekadar Luaran
Photo by mali maeder from Pexels

Lobak merah adalah sumber provitamin A dalam jumlah yang tinggi. Vitamin A sangat baik dalam perkembangan sel kulit, termasuk sel rambut yang merupakan salah sebahagian daripada kulit.

HIJABISTA: Sama seperti kulit wajah, rambut juga perlu dijaga dengan perawatan yang sesuai. Selain perawatan luaran, pemakanan yang sihat juga amat membantu bagi mendapatkan rambut yang sihat dan kuat.

Sumber kredit: Klikdokter.com Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI