Stress memang boleh menyebabkan rambut kita gugur. Dan bila rambut kita mulai gugur pula, makin bertambah-tambahlah stress kita jadinya.
Jangan begitu sis! Relaks dan bertenang…
Sebenarnya ada alternatif yang boleh dicuba untuk menyuburkan kembali kulit kepala kita. Hijabi bolehlah mencuba cara yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini di Facebook. Senang sangat!
ini adalah resepi mak mertua yang sebulan lalu yang tieja nak kongsikan.
sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan..
kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu.. pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan
BAHAN
SANTAN KELAPA (kadang kadang pakai yang kotak je )
ALOE VERA
Jika tak ade ALOE VERA boleh pakai OLIVE OIL
IKLAN
IKLAN
CARA PAKAI : lumur macam nak pakai minyak/serum rambut..atau sedang bersyampoo..sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala..30-45 minit bilas seperti biasa.. nak guna syampoo pun tak ade masalah .. mane tahu korang tak tahan dengan bau santan
Glass skin memang menjadi idaman semua gadis termasuklah kaum Adam juga pada ketika ini. Iyelah, siapa je yang tak nak kulit yang cantik, licin dan flawless kan?
Di Twitter, seorang gadis yang merupakan pemilik akaun @SebijiCoconut telah berkongsi rahsianya dalam mendapatkan glass skin. Lebih mengejutkan, dia berjaya mendapatkannya dalam masa sebulan sahaja!
Tidak lokek berkongsi caranya bagi mendapatkan kulit yang cantik.
Memilih produk perawatan wajah sememangnya memerlukan ketelitian. Tidak semestinya produk yang mahal sahaja memberi kesan yang terbaik pada kulit wajah. Hal ini kerana ia lebih kepada kesesuaian.
Maka sebab itulah jika mahu kesan yang terbaik kita mestilah rajin-rajin membuat pemerhatian. Dapatkan info yang secukupnya tentang sesuatu produk sebelum anda mengambil keputusan untuk menggunakannya.
Photo by Anastasiia Ostapovych from Unsplash
Melalui perkongsian di laman Facebooknya lelaki ini berkongsi produk perawatan wajah yang mungkin bukan sahaja sesuai untuk kegunaan lelaki tetapi juga wanita.
1. Wardah Vitamin C Face Mist
Face mist dan toner asasnya produk yang sama. Yang penting anda mesti tahu bahan-bahan yang digunakan (untuk tahu fungsi) dan kenal pasti tekstur. Fungsi Wardah face mist adalah untuk mencerahkan kulit kusam serta melembapkan kulit wajah. Ia mampu melembapkan kulit berminyak dengan agak baik.
Pemakaian face mist ini sama macam seperti cara kita memakai toner sebab ia bersifat ringan. Hanya sembur pada tangan kemudian sapu pada seluruh wajah. Jika sembur pada kulit wajah, kebarangkalian semburan akan tersasar adalah sangat tinggi. Oleh itu lebih baik sapu dengan tangan sahaja dan ratakan ke seluruh wajah.
2. Safi Instant Spot Corrector
Produk ini nampak kecil tetapi sangat ‘berkuasa.’ Sapuan pada jerawat akan menjadikan jerawat cepat matang, pecah dan kering. Selain digunakan sebagai spot treatment, anda boleh menyapu gel ini beberapa kali seminggu di bahagian wajah yang cenderung naiknya komedo contohnya pada bahagian hidung. Ia bertujuan supaya blackhead dan jerawat susah hendak ‘naik’ di bahagian ini.
3. Mad Hippie Vitamin C Serum
Kesannya mantap apabila penggunaannya digabungkan bersama dengan Vitamin A. Pakai secara bergilir-gilir. Serum sememangnya amat penting dalam rejim kecantikan kulit wajah. Jangan sesekali skip ya!
4. Aiken Hydra Plus Moisturizer
Ia membantu untuk melembapkan kulit wajah. Ramuan yang terkandung dalam produk ini sangat membantu untuk melembapkan kulit wajah. Harganya juga sangatlah mampu milik. Mudah didapati di drugstore.
5. Boonga Sunscreen
Tidak kira anda berada di luar rumah atau di dalam rumah, sunscren mesti dipakai. Sunscreen ini bertekstur losen yang jenis melembapkan kulit. Jadi untuk kulit berminyak, selepas pakai serum atau toner, boleh terus pakai sunscreen ini. Tidak perlu pelembap lain. Sunscreen ini sendiri adalah pelembap. Sebab kalau tambah pelembap lain, bimbang nanti kulit jadi berminyak.
HIJABISTA: Kesimpulannya penjagaan kulit wajah mestilah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit wajah. Jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang menggunakan sesuatu jenis produk kerana kulit kita tidak sama. Mungkin pada kawan anda berkesan tetapi tidak berkesan kepada anda.
Dalam cuaca panas kini boleh menyebabkan kita berdepan dengan masalah bibir kering. Keadaan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa kerana bibir akan jadi menggelupas dan pedih.
Seperti gadis ini menggunakan akaun @kiya_ainu yang mengalami masalah bibir dan dia menggunakan medium sosial twitter untuk bertanya kepada netizen apa produk yang sesuai untuk merawat bibir kering. Ramai yang respon dan berkongsi penjagaan produk bersesuain untuk mengatasi masalah ini.
Beli produk di drugstore.
Pakai yang ada SPF dan bibir jadi lembut.
Pakai produk jeli petroleum dan hasilnya bangun tidur bibir jadi tak kering lagi.
Jumpa dermatitis dan mencadangkan produk di bawah. Alhamdulillah dalam beberapa hari bibir jadi lembab semula dan diingatkan untuk tidak kerap memakai lipstick.
Turut cadangkan untuk guna dua produk ini.
Sebelum itu mempunyai masalah sama sehinggalah seseorang cadangkan guna produk ini dan hasilnya memang sangat bagus.
Turut mencuba pakai lip balm dari pelbagai warna dan bibir jadi tidak kering. Tukar warna mengikut darah.
Boleh juga guna lip scrub untuk rawat bibir kering dan hilangkan lingkaran bibir gelap.
Boleh juga mencuba lip balm ini yang dijual pada harga berpatutan.
Beberapa produk lagi yang dicdangkan boleh dicuba.
Pengalaman guna produk lain.
Pakai produk jeli petroleum dari awal tahun lagi dan bibir langsung tidak merekah.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.