Body mist harganya tidaklah semahal minyak wangi jenis EDP (Eau de Parfum) atau EDT (Eau de Toilette). Baunya juga tidak tahan lama berbanding minyak wangi.

Meskipun begitu, ramai yang gemar menggunakan body mist kerana ianya boleh dibeli dengan harga yang murah dan bau-bauannya juga tidak kalah hebatnya selain ada banyak pilihan.

Berikut dikongsikan tentang cara-cara agar semburan body mist kekal wangi sepanjang hari.

GUNAKAN MANDIAN YANG MEMPUNYAI BAU YANG SAMA DENGAN BODY MIST YANG DIPAKAI
Beli body mist yang mempunyai rangkaian produk penjagaan tubuh yang mempunyai bau yang sama. Losen dan gel mandian dengan bay yang sama amat membantu bau lebih ‘sebati’ dengan kulit tubuh. Oleh itu pastikan anda mandi dengan shower cream atau shower gel dari haruman yang sama.

IKLAN

SAPU LOSEN SEBELUM MENYEMBUR BODY MIST
Ketika kulit berada dalam keadaan lembap, body mist akan mudah menyerap ke dalam lapiasan kulit dengan lebih berkesan. Seelok-eloknya gunakan losen yang mempunyai bau yang sama dengan body mist yang dipakai.

SEMBUR SELEPAS MANDI
Waktu terbaik untuk menyemburkan body mist ialah selepas mandi. Ketika ini liang-liang roma akan terbuka. Haruman akan menyerap dengan lebih baik dan tahan lebih lama. jadi amalkan selalu menyembur body mist selepas mandi.

IKLAN
Sumber gambar: healthline.com

SEMBUR TERUS PADA KULIT
Semburkan body mist terus pada kulit. Hal ini kerana semburan pada kulit akan membuatkan haruman tahan lebih lama. Sembur pada bahagian nadi seperti bahagian leher, pergelangan tangan, tekak, belakang lutut dan bahagian dalam siku.

Sumber gambar: parenting.firstcry.com

SEMBUR PADA RAMBUT
Tak perlu banyak. Hanya sedikit sahaja. Itu pun hanya sembur pada sikat dan ratakan. Kemudian sikat rambut anda menggunakan sikat yang telah disembur dengan body mist.

IKLAN

SEMBUR PADA COTTON WOOL (BEBOLA KAPAS)
Anda boleh mencuba cara yang satu ini. Sembur body mist pada cotton wool, kemudian letak di dalam poket baju atau seluar. Dengan cara ini bauan body mist akan sentiasa ‘mengikut’ anda  walau ke mana jua anda pergi.

Sumber gambar: irishtimes.com

SIMPAN BODY MIST BERSAIZ KECIL DI DALAM BEG TANGAN
Tidak dapat dinafikan, bau body mist tidak tahan lama. Oleh itu salah satu cara bagi memastikan anda kekal wangi sepanjang hari ialah dengan membawa body mist bersaiz kecil di dalam beg tangan.

Sumber gambar: wikihow.com

Semburkan body mist selepas beberapa jam anda menggunakannya. Hasilnya anda akan kekal segar dan berbau wangi. Anda boleh beli body mist bersaiz travel pack atau anda boleh isi semula dalam bekas semburan yang kecil bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana.

https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac&feature=youtu.be

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI