Beberapa minggu yang lalu, umum telah mengetahui bahawa Elfira Loy telah menunaikan umrah di tanah suci bersama ahli keluarganya. Dia mengakui turut sebak apabila berjaya menunaikan ibadah umrah pertamanya dan berterima kasih pada Allah kerana menjemput dirinya ke rumah Allah.
Menerusi akaun Instagramnya sendiri, Elfira Loy dilihat telah terbang ke New York bersama Maybelline sempena New York Fashion Week (NYFW). Difahamkan Elfira telah dilantik sebagai duta digital bagi jenama Maybelline New York.
Dia akan bekerjasama dengan jenama ini dalam penghasilan bersama kandungan sosial dan digital seperti tutorial solekan dan paparan gaya hidup untuk memberi inspirasi solekan kepada para peminat serta para penggemar alat solek.
Apa yang Hijabista lihat, gayanya di New York memang stailo. Tidak dapat dinafikan Elfira bijak dalam memadan dan menggayakan sesuatu pakaian sehingga apa yang disarung pada tubuh nampak cantik dan terletak. Malah menerusi insta story, Elfira juga dilihat bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan tidak sedikit pun merasa janggal.
Walaupun tidak dapat rehat secukupnya selepas menunaikan umrah, Elfira tetap kelihatan bertenaga dan tetap menikmati adventurenya di New York. Ayuh kita layan #OOTDnya sepanjang berada di sana.
Kebiasaannya kalau salah seorang sudah menceburkan diri dalam industri seni dan berjaya, pasti akan diikuti adik-beradik yang lain. Malah populariti mereka akan menjadi lebih berganda sekiranya adik beradik yang tampil ini semuanya cantik, bijak dan pandai bergaya. Seperti pakej lengkap dalam mewarnai industri ini dengan kehadiran mereka. Malah ada antara mereka ini yang mendapat carian tertinggi di ‘GOOGLE’ setiap masa.
Di Malaysia sahaja, ramai geng adik beradik yang mewarnai indusri ini antaranya keluarga Che Ta, Nelydia Senrose dan juga Neelofa. Lebih bagus lagi keluarga mereka ini bersatu dan mengembangkan perniagaan kerana peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja.
Maklumlah masing-masing mempunyai follower tersendiri dan mudah untuk memasarkan produk yang diusahakan. Malah kehadiran anak-anak mereka juga baik selebriti menjadi satu kelebihan buat personaliti masing-masing.
Namun begitu, jika ada kontroversi yang tidak baik membabitkan salah seorang daripada mereka, yang lain juga akan terpalit sama. Dan kebiasaannya, dia tak akan keseorangan kerana adik beradik yang lain akan menyokong atau ‘back up’ dengan baik. Kata orang susah senang bersama kerana darah yang mengalir adalah darah yang sama dan hubungan ibarat air di cincang takkan putus.
Dalam hal ini, ada juga di kalangan netizen yang gemar mencari kesalahan artis yang tak disukai dan bagusnya juga ada di antara mereka yang akan ‘back up’ baik punya personaliti kesayangan mereka. Oleh sebab itu masing-masing ada kelab peminat yang akan beri sokongan dalam apa juga aktiviti membabitkan artis pujaan mereka.
Ayuh, kita lihat siapa adik beradik yang mencipta nama sekaligus melonjak populariti fugura masing-masing. Ada antaranya yang masih aktif dan ada juga yang guna cara tersendiri untuk merapatkand diri dengan peminat mereka.
Siapa tak kenal adik-beradik Che Ta. Masing-masing punya penampilan yang cukup glamour. Lihat sahaja jika majlis hari raya atau sambutan hari jadi, pasti keluarga mereka akan pakai sedondon. Peminat juga suka melihat gaya adik beradik ini yang sangat mewah dengan busana bertukar-tukar setiap kali pergi bercuti atau sambutan raya.
Adik beradi Senrose ini juga begitu dikenali dengan lakonan drama demi drama mereka. Kadang-kadang seperti sukar untuk membezakan yang mana satu Nelydia dan Uqasha kerana masing-masing seperti kembar. Seorang lagi yang kian meniti populariti adalah Raysa Rizrose yang juga merupakan Dewi Remaja 2014/2015.
Admin memang suka melihat keluarga seni Maembong ini. Masing-masing ada cara tersendiri untuk popular. Hubungan adik-beradik ini juga cukup rapat malah ada turut disatukan dalam rancangan The House musim pertama membabitkan, Emma, Chaca dan Yaya Maembong. Gaya mereka tidak dibuat-buat dan seronok melihat telatah anak-anak pelukis terkenal Ismail Embong. Bakat bapanya sebagai pelukis terserlah pada Emma yang turut melakar lukisan bagi hijabnya yang direka khas, ‘My Sketchbook Shawl’.
Elfira Loy dan adik-beradiknya juga turut mewarnai dunia seni. Mereka ini sudah berlakon sejak kecil lagi dan begitu menjiwai watak yang diberikan. Menjadikan ibu mereka, Filzah Yusoff sebagai ‘Manager’, segala urusan terutama Elfira terletak pada bahu ibunya. Selain Elfira, dua adiknya yang aktif berlakon adalah Esliza dan Ahmad Ezzrin Loy.
Ini satu lagi keluarga seni yang sangat berbakat. Daripada emak hinggalah pada anak-anaknya. Semuanya memiliki bidang yang tersendiri selain berlakon dan juga mengacara serta penyampai radio. Lihat sahaja Sharifah Amani yang sudah memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik. Walaupun jarang bertemu kerana urusan masing-masing, tetapi jika ada kesempatan pasti akan berkumpul di rumah ibu mereka, Fatimah Abu Bakar.
Ini juga antara adik-beradik yang popular dan sudah lama menghiasi persada seni tanah air. Gelagat –gila-gila mereka berdua ini seakan sama walaupun Sheera yang terlebih dahulu dikenali. Seorang lagi kakak mereka, Sharifah Haslinda juga antara pelakon yang popular di zaman 90-an. Masih lagi diminati lakonan mereka terutama Sharifah Sakinah yang aktif berlakon, sementara Sheera pula senang bertugas sebagai pengacara.
Gandingan adik beradik ini antara yang terbaru mewarnai industri seni. Masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri. Jika Amira yang sebelum ini muncul dalam program Akademi Fantasia kembali popular melalui lagu Jaga-jaga dan Hati-hati untuk runut bunyi sebuah drama. Adiknya pula Irfan Harris pula, bakatnya dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016). Dia juga merupakan pelantun lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini.
Ini pula antara duo adik-beradik cukup versatil dan berada dalam kelas tersendiri. Tiada siapa mampu menidakkan kehebatan penyanyi kesayangan ramai ini, baik Anuar Zain dan juga kakaknya Ziana Zain. Persamaan antara mereka, kedua-duanya pernah bekerja sebagai pramugari/pramugara dengan Syarikat Penerbangan Malaysia Airline (MAS).
Siapa sahaja yang tidak meminati bakat nyanyian yang ada dalam diri Ella. Penyanyi bersuara serak ini sudah lama popular sekitar tahun 90-an lagi. Suaranya cukup unik dan hingga kini terus memacu kejayaan. Bukan dia sahaja yang dikenali tetapi juga kakaknya, Jojie yang merupakan ‘Manager’ Ella. Seorang lagi kakak mereka Saidatulnisa Aminuddin walaupun berlainan bidang dengan menjadi jurusolek. Beliau jadi viral baru-baru ini kerana insan yang bertanggungjawab menyolekkan Tunku Tun Aminah di majlis perkahwinannya.
Yang ini kita boleh panggil keluarga usahawan yang bukan sahaja cantik, bijak dan juga popular. Baik perkembangan atau penampilan Neelofa, kakaknya Noor Nabila dan juga adiknya Ameera Khan sering menjadi perhatian netizen. Terbaru isu Neelofa dikatakan memakai seluar koyak lulut ketika bercuti. Sebagai kakak, Nabila membalas setiap kecaman netizen dan memberitahu hal sebenar kepada ‘follower’ mereka. Walau apa jua kontroversi, keluarga ini mempunyai cabang binses yang bagus kerana setiap helaian tudung Naelofar Hijab yang dipasarkan pasti akan ‘sold out’.
Semalam dunia menyaksikan perkahwinan diraja yang berlangsung antara Putera Harry dan pilihan hatinya, selebriti Meghan Markle yang berlangsung di St. George’s Chapel at Windsor Castle. Dan pastinya penampilan pengantin perempuan yang berjaya menjadi tumpuan seluruh dunia. Tampil begitu ringkas dengan gaun warna putih dengan tiara serta veil panjang warna putih memang menyerlahkan kejelitaan Meghan Markle.
Gaun Meghan yang direka khas oleh Clare Waight Keller dari Givenchy tampil ringkas dennen menggunakan silk organza itu berkonsepkan siluet tradisional iaitu boatnect neckline. Walaupun rekaaannya tidak terlalu sarat dan gah, namun sudah mampu menyerlahkan kecantikan wajah pelakon dari Amerika Syarikat ini.
Untuk pengetahuan Clare Waight Keller adalah designer yang memegang jawatan sebagai Creative Director untuk Givenchy. Sebelum itu beliau memulakan karier di dunia fesyen dengan bekerja sebagai stylist di bahagian wanita untuk ready to wear bagi jenama Calvin Klien. Kemudian mencaripengalaman di Ralph Lauren sebelum ke Gucchi selama empat tahun dan juga mengemudi jenama Chloe pada 2017 sebelum disunting bekerja untuk jenama mewah Givenchy.
Namun di majlis perkahwinan penuh bersejarah itu juga yang menarik perhatian adalah veil panjang yang melengkapi penampilan pengantin perempuan. Veil ini mempunyai makna tersendiri terhadap 53 buah negara Komanwel.
Meghan telah meminta perekanya untuk menggunakan 53 jenis bunga dari negara-negara bekas jajajan British itu untuk dijahit khas pada veil bekenaan. Sudah pastilah bunga raya bunga bagi negara kita juga mungkin ada di situ.
Malah Putera Harry yang juga menjadi duta khas Komanwel dan Meghan sebagai rakyat yang pernah menetap di Kanada, Persatuan Komanwel pastinya mempunyai makna yang cukup mendalam kepada mereka.
Malah selepas ini Harry dan Meghan dipercayai akan menjadi duta utama persatuan itu ke negara terbabit.
Wajah Meghan yang disolek rngkas itu turut diperindahkan dengan pemakaian tiara yang merupakan pinjaman Queen Elizabert iaitu, Queen Mary Bandeau Tiara bertatahkan belian ini direka pada tahun 1932 dan yang jarang dipakai oleh sesiapa.
Seperkara yang lebih menarik lagi, sebelum hari perkahwinan, tiada siapa dapat mengetahui siapa pereka sebenar dress sebelum Meghan muncul daripada kenderaan rasmi Rolls Royce. Sebelum itu beberapa nama pereka telah disebut antaranya Alexander McQueen, Stella McCartney dan Erdem.
Solekan di hari pernikahan Emma Maembong oleh jurusolek terkenal, Nad Ismail baru-baru ini menjadi tular kerana hasilnya yang sungguh mengagumkan. Ramai bakal pengantin yang berkenan dengan solekan tersebut dan menjadikannya sebagai inspirasi buat mereka di hari bahagia nanti.
Bakal menjadi trend terhangat tahun ini, jurusolek popular dari utara, Mua Bellaz turut terinspirasi untuk menghasilkan ‘look‘ yang sama persis Emma Maembong. Menariknya, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sedang hamil siap berpakaian pengantin lagi sewaktu mengambil gambar. Memang wow sangat!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.