Menyambut kelahiran cahaya mata semestinya menjadi momen yang indah buat kedua ibu dan bapa. Apatah lagi anak tersebut pelengkap kepada kebahagian keluarga yang telah dibina sekian lama.
Pelakon terkenal Elfira Loy dan Anzalna Nasir telah selamat melahirkan anak masing-masing pada tanggal 20 Mei 2022 dan ini menjadikan anak mereka berkongsi tarikh lahir yang sama.
Menariknya, kelahiran ini merupakan yang kedua buat mereka.
Dalam satu hantaran di Instagram, Elfira berkongsi, “I have a lot of great photos but i love this one. SubhanAllah. Ayah is such a superhero, menangis mommy tengok Ayah sambut awak sendiri while mommy pushed you. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, what an amazing experience.”
Elfira turut memaklumkan yang dia melahirkan anak perempuannya itu pada jam 6.27 petang. Sebelum ini hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Elfira sudah memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada Oktober 2019.
Sementara itu lain pula ceritanya dengan pelakon dan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Anzalna Nasir. Kunjungannya ke hospital kelmarin bersama suami sepatutnya adalah sesi temu janji terakhir bersama doktor sebelum dijangka melahirkan kelak.
Namun kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Ujar selebriti cantik ini, “Alhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last checkup. However, Allah works in a mysterious way.”
Ads
Anzalna sebelum ini turut berkongsi di ruangan Insta-story, “Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Minta maaf ekiranya ada buat salah silap. Doakan Anzalna dan baby dipermudahkan segalanya. Amin.”
Seperti Elfira, Anzalna dan suami turut memiliki seorang cahaya mata lelaki. Muhammad Eidress lahir pada 31 Mei 2019.
Jika sebut sahaja nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza ataupun Tok Ti, pasti wajah insanyang sentiasa menemani penyanyi tersohor ini terus muncul dalam minda kita. Rozi Abdul Razak ataupun lebih popular dengan gelaran Rozi Sang Dewi ataupun panggilan mesra Kak Rozi, bukan sahaja dikenali sebagai PA kepada penyanyi kesayangan ramai itu, malah dia umpama kakak kandungnya sendiri.
Meraikan sambutan ulang tahun Rozi yang ke 48, Tok Ti menitipkan ucapan ulang tahun kepada insan yang banyak membantunya sepanjang dirinya bergelar anak seni. Jatuh bangun, pahit manisnya dilalui bersama-sama.
Menerusi laman Instagramnya, Tok Ti menyatakan bahawa Rozi seperti perpustakaan bergerak kerana tahu banyak fakta mengenai dirinya dan menjaga dirinya lebih dari waktu menjaga anak Rozi sendiri.
Sannah helwah buat seorang insan yang seperti kakak kandung saya sendiri. Beliau menjaga saya lebih dari waktu menjaga anaknya, mengingatifakta tentang saya seperti perpustakaan bergerak, insan yang saya sayang & hormati..
Di kesempatan itu juga, Tok Ti turut menzahirkan doa agar insan yang disayanginya itu sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Semoga Allah SWT terus berikan umur yang panjang serta berkah, rezeki melimpah ruah, iman yang tinggi, kebahagiaan & kejayaan dunia serta akhirat.. Aamia Ya Rabb..
Penyanyi tersohor dari negara seberang Indonesia, Kris Dayanti juga turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Rozi diruang komen hantaran yang dimuat naik oleh Tok Ti itu.
Team Hijabista juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Rozi dan mendoakan agar sentiasa dipelihara oleh Allah SWT! InsyaAllah!
Apabila kita berbicara tentang sedekah, konteksnya terlalu luas. Pemahaman tentang sedekah mungkin berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Mengambil inisiatif untuk mendidik dan berkongsi ilmu, Hijabista telah mengadakan satu siri yang dinamakan Tazkirah2U: The Power of Giving bersama dengan panelis-panelis hebat.
Untuk episod pertama membincangkan mengenai topik Sedekah & Ramadan, Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah telah berkongsi pandangan dan juga ilmunya mengenai isu ini. Sungguh indah dan menginsafkan setelah isu ini dihurai lantas memberi makna yang akan kekal dihati, Betapa besarnya kuasa sedekah.
Mungkin sebahagian dari kita tidak mengerti apakah maksud sedekah yang sebenar? Bertanya kepada pakar motivasi ini, beliau memberi penjelasan yang cukup indah mengenai sedekah.
“Kalau kita lihat apa ada di sebalik sedekah, memberi itu satu daripada tanda cinta. Cinta itu memberi bukan memiliki. Jadi kalau anda cinta akan harta yang anda ada, jadi tolong berikan. Kenapa anda tidak boleh memberikan? kita pinjam daripada Allah SWT.
“Mengapa The Power of Giving itu sangat penting? Kerana ia merupakan salah satu daripada proses bagaimana kita hendak kita merasakan diri kita paling dekat dengan Allah SWT.Kita nak merasa bahawa kita adalah hamba Allah dan rezeki yang Allah SWT bagi, kekuatan yang Allah bagi, kesihatan yang Allah bagi itu adalah hadiah daripada Allah SWT. Maka setiap hadiah harus dikongsi, harus di bawa balik ke akhirat melalui orang lain,” jawabnya padat.
Sedekah melatih diri kita bukan sekadar untuk tahu berkongsi dan memberi, sebaliknya amalan ini merupakan persiapan diri mendekat jiwa dengan Allah SWT. Tertanya-tanya perihal bagaimana untuk mendidik diri dalam bersedekah, jawapan yang diberikannya cukup menarik.
“Kalau dia kaya tetapi tidak mampu memberi, makanya hadiah itu akan tinggal di pusaka, atau hartanya itu akan diwariskan kepada waris-waris. Tetapi kalau dia memiliki kekuatan, kekayaan ilmu atau kemahiran dan dia berkongsi dengan orang lain, bermakna dia sedang mengasuh diri dia untuk jadi bertambah dekat dengan Allah.
“Untuk merasa bahawa dia adalah hamba Allah yang dikurniakan ruang yang sangat pendek untuk hidup dan dia nak memanjangkan pahalanya, nak membangunkan kekuatan, nak merasa syurga Allah, nak menikmati bawasanya apa yang Allah bagi itu merupakan satu daripada cabaran, satu daripada ujian untuk dia, maka dia harus melatih diri dari segi spiritualnya sebagai hamba Allah inilah bukti saya bahawa saya cinta Allah, cinta manusia dan cinta syurga.
“Itu kekuatan-kekuatan sebagai kekuatan dalaman yang mendorong kita untuk bersedekah tanpa henti. Sebab itu jangan pilih waktu dan jangan pilih tempat, kerana the power of giving ada diberi perhatian oleh Allah dengan cara paling hebat, imbalannya syurga,” ujar penceramah motivasi terkenal ini menerangkan tentang kuasa tema perbincangan The Power of Giving.
Apabila bersedekah, tidak semua daripada kita mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Namun ini bukanlah halangan untuk melakukan perbuatan dan amalan yang disukai oleh Allah SWT ini. Banyak cara boleh kita lakukan.
Kongsi Ustzah Dr. Robiah K. Hamzah, “Sejauh mana kamu ingin memberi kerana Allah? Pertama jagalah niat. Bersedekahlah kamu walaupun dengan sebiji kurma. Maka kekuatan yang kita nak angkat adalah kamu berhak dan kamu mesti melatih diri untuk merasa dekat dengan Allah. Memberi kerana kita merasa ini tugas paling mendekatkan kita dengan Allah. Bersedekah bukan hanya dari segi harta , memberi senyuman dan membantu orang lain juga adalah satu bentuk sedekah. Sedekah adalah kebajikan yang kamu suburkan dalam diri.”
“Istiqamah yang pertama, dia memberi kerana dia hamba Allah. Kedua, dia memberi kerana dia hendak menolong hamba Allah. Dan yang ketiga, dia memberi kerana dia merasa ini sebahagian dia menyatakan rasa syukurnya dan menikmati apa yang Allah bagi seterusnya menggunakan apa yang Allah bagi ke jalan yang baik mengikut susunan syariat,” kongsinya lanjut tentang bagaimana hendak belajar istiqamah dalam bersedekah.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hamba-Nya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah diejek, dihina, apatah lagi dikasari, ini antara pengalaman aktres Zarina Zainuddin saat membesarkan kedua kembar autisme Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).
Menyelusuri perjalanan hidupnya membesarkan dua cahaya mata yang begitu istimewa, Zarina tidak pernah culas menggalas tanggungjawab sebagai ibu malah tidak memandang kekurangan itu sebagai pematah semangat, malah menjadikan ia sebagai sebuah kelebihan untuk mendidik diri menjadi ibu yang lebih sempurna.
Dalam temubual bersamanya, Zarina menyatakan kehadiran kedua-dua anaknya itu menjadikannya seorang wanita yang tabah dan sabar, malah tidak akan pernah lelah menjaga anak-anak autisme ini.
“Umum tahu, Azal boleh bercakap tetapi Azil sebaliknya. Rutin setiap pagi bagi Azil, adalah membeli surat khabar, jadi boleh atau tidak, saya akan memenuhi permintaannya. Berbeza pula dengan Azal, dialah pembantu saya, selalu ada di set pengambaran, membantu untuk memilih pakaian, aksesori, dan menemani saya ketika sedang berlatih skrip,” ujarnya.
Tambah Zarina, biarpun kadang-kala anak-anaknya akan ada tantrum dan sukar untuk dikawal, namun, dia sebagai ibu tidak pernah menjadikannya sebagai jarak pemisah dan membezakan kasih sayang untuk anak-anaknya itu.
“Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya..”
Bukan semua orang memahami situasi yang dilaluinya. Dia juga tidak meraih simpati kepada sesiapa, cuma dia ingin anak-anaknya hidup seperti kanak-kanak lain. Melihat kedua-dua puteranya itu gelak tawa dan bermain seperti kanak-kanak lain, cukup memberikan hatinya sebuah ketenangan
Jelas Zarina, biarpun mereka menghidap autisme, tetapi itu bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal.Biarpun pernah mengalami beberapa keadaan yang memeritkan, namun Zarina anggap ia sebagai tanda sayang Allah SWT kepadanya.
Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha.
“Ada satu situasi yang pernah berlaku apabila saya membawa mereka makan di luar. Tiba-tiba, ada keluarga mahupun individu yang duduk di sebelah meja kami bangun dan menukar tempat duduk mereka, jauh dari kami. Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya.
Perasaan itu agak perit. Namun, saya tidak boleh tunjukkan kepada mereka, malah saya harus cekal dan tabah untuk menjadi ‘role model’ kepada Azil dan Azal. Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha”.
“Video-video mereka untuk kita belajar tentang autisme..”
Kajian menunjukkan bahawa autisme adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Nama autisme itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisme membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.
Rakyat Malaysia harini penulis kira sudah mula memahami tentang penegrtian autisme. Namun, masih ramai juga yang kurang kesedaran tentang anak-anak istimewa autisme ini. Salah satu cara yang dilakukan oleh Zarina adalah dengan memuat naik video anak-anaknya di laman Instagram untuk memberi kesedaran tentang autisme itu sendiri.
Saya percaya dengan memuat turun video- video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
“Saya percaya dengan memuat naik video-video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
Hari ini, ramai yang sudah boleh menerima keadaan Azil dan Azal jika tantrum mereka datang di khalayak ramai. Usaha ini juga adalah harapan saya supaya sekolah-sekolah di Malaysia ini menyediakan kelas khas untuk kanak-kanak autisme kerana kami sebagai ibu-bapa amat memerlukannya.
Bukan itu sahaja, malah ibubapa yang turut dikurniakan anak-anak autisme juga sudah berani berkongsi cerita mereka di laman sosial. Ini yang kita mahukan dimana pendidikan tentang autisme itu sudah mula meluas dan penerimaan masyarakat semakin baik,” komen Zarina.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai..”
Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan mahupun lakonan, namun Zarina meletakkan kedua-dua puteranya itu sebagai aspek penting dalam diari hidupnya.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai. Jagalah mereka seperti mana yang diamanahkan oleh-Nya. Bagi mereka yang memiliki anak-anak autisme, bersabar dan redhalah dengan ketentuannya. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Maka bersyukurlah dan teruslah berdoa untuk sebuah kebaikan,” ujarnya menutupi kalam bicara ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.