Untuk menjaga kesihatan kulit wajah, bukanlah perkata yang mudah. Namun, anda masih bisa melakukan rutin yang sebaiknya untuk memastikan kesihatan kulit terus terjaga.

Sebenarnya, masalah kulit wajah bukan hanya berpunca daripada pemakaian produk. Malah, ada beberapa perkara yang anda tidak sedar dan sangka ia membawa kesan buruk kepada kulit anda. Apa dia? Jom baca!

Terlebih Cuci Muka

Selalu Cuci Muka Punca Jerawat Naik, Ini Antara Kesalahan Menjaga Kulit Wajah Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Spa810

Anda fikir semakin kerap anda mencuci muka makin bersih kulit anda. Sebenarnya tidak, kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Dan saranan ini adalah untuk anda yang mempunyai kulit berminyak juga, kerana semakin kerap anda mencuci wajah makin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.

Scrub wajah kasar

Ads
Selalu Cuci Muka Punca Jerawat Naik, Ini Antara Kesalahan Menjaga Kulit Wajah Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Womenshealting

Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!

Baca juga: Kulit Kusam Buat Wajah Nampak Tua, Gunakan 5 Bahan Semula Jadi Ini Untuk Kembalikan Seri Kecantikan Wajah!

Ads

Berjaga malam

Selalu Cuci Muka Punca Jerawat Naik, Ini Antara Kesalahan Menjaga Kulit Wajah Yang Wajib Anda Tahu!
Sumber gambar: Nothing Ahead

Semua orang tahu pabila kita kurang tidur makan wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.

Ads

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Selalu Cuci Muka Punca Jerawat Naik, Ini Antara Kesalahan Menjaga Kulit Wajah Yang Wajib Anda Tahu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI