Pelakon cilik Liyana Jasmay baru sahaja berhijrah dengan mengenakan hijab. Sejak berhijab, penampilan Liyana tetap nampak sangat comel dan begitu stailo. Sesuai dengan dirinya yang masih muda dan dia cukup bijak mix & match baju yang digayakannya. Tambahan aksesori seperti kaca mata, sling bag ataupun rantai menjadi pelengkap gaya OOTD Liyana.
Paling ramai memuji gaya hijab simple yang sering disarung pada kepalanya. Tidak perlu lilitan keterlaluan, gaya hijab ringkasnya menarik perhatian netizen. Ramai memuji gayaLiyana berhijab cantik dan ingin tahu tutorial yang digayakannya. Liyana tidak lokek untuk berkongsi cara pemakaian hijab stail dirinya.
Baru-baru ini Liyana berkongsi satu tutorial pemakaian hijab yang menurutnya sangat easy dan simple. Menurutnya tidak perlu jarum peniti melainkan jika mahu pergi ke majlis yang memerlukan dia banyak bergerak. Perkongisian di laman sosial instagramnya ini mendapat respon cukup bagus. Dilihat 139K view yang teruja untuk mencuba perkongsian tutorialnya ini.
Pencipta kandungan (Content Creator) di Media Sosial boleh diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing berlumba mencipta kandungan demi secebis viral.
Namun, HIJABISTA amat terinspirasi dengan cara bekas peserta rancangan realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim yang kini giat mencipta ‘content’ mengajak orang ramai ke arah kebaikan.
Selesa disapa Fida, tidak dinafikan followers di media sosial anak seni ini juga semakin meningkat naik selepas ramai menyedari kandungan video bermanfaat yang dihasilkannya.
Mengulas inisiatif murni tersebut yang mahu membantu lebih ramai masyarakat memahami sunnah dan berbuat baik, Fida ketika dihubungi berkongsi kisah di sebalik kejayaan content video yang dilaksanakan.
Fida menjelaskan semuanya bermula selepas ibu tersayang, Norimah Derani meninggal dunia pada Mei 2017.
“Sebenarnya since 2017 lepas mak meninggal dunia, Fida ambil keputusan untuk tak aktif media sosial dan lebih kepada muhasabah diri.
“Waktu tu Fida banyak dengar ceramah-ceramah dalam YouTube sampai la satu hari tu Fida tekad untuk jumpa salah sorang ustaz yang Fida dengar iaitu Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.
“Ustaz Jafri banyak berkongsi amalan dan sunnah. Lepas dari tu, banyak yang Fida belajar untuk baiki diri dengan ikut syariat. Rupanya banyak yang Fida sendiri terlepas pandang sampai la Fida keguguran anak kedua pada Jun 2022.
“Dari situ, Fida terfikir mungkin kat luar sana juga sama macam Fida yang sangat memerlukan ilmu untuk kehidupan seharian yang kita dah tinggalkan atau dah tak jadi kebiasaan.
Dan Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakan di media sosial berkaitan amalan doa-doa pendek dan sunnah ini. Content-content yang Fida buat kebanyakannya basic harian dalam kehidupan kita.”
Tidak memuat naik video tanpa fakta yang sahih, Fida akui dia terlebih dahulu memahami ilmu daripada sumber yang betul sebelum dikongsikan kepada umum.
“Rujukan Fida selain daripada ceramah-ceramah ustaz yang Fida dengar, adalah melalui website (mufti Malaysia) dan buku-buku rujukan seperti ‘Indahnya Hidup Bersyariat – Ustaz Ismail Kamus’, As Syamail Al Muhammadiyah – Imam At-Tarmidzi’, kitab-kitab dari Ustaz Jafri dan seumpamanya.
Fida mula belajar sedikit-sedikit pada 2017 dan waktu keguguran tu ada lagi ilmu baru yang Fida belajar. Jadi Fida kongsikan dalam media sosial dan tak sangka rupanya ada juga yang tak tahu macam Fida.
Dari situ, Fida terfikir why not kongsi apa yang Fida belajar sebab Abi-Ustaz Jafri ada pesan, kalau ada orang lain pun nak hijrah, kita kena bantu, jangan biarkan mereka tanpa arah dan kita seharusnya bagi galakkan.”
Tambahnya lagi, perkongsian berkenaan bukan hanya diterima baik masyarakat di negara ini bahkan di luar negara termasuk Thailand dan Papua New Guinea.
“Alhamdulillah rata-rata followers Fida di Malaysia dan Indonesia (juga tak ketinggalan followers dari Singapura, Brunei, Papua New Guinea dan Thailand) sangat supportive.
“Ada yang komen di public dan ada juga yang personal mesej, ramai yang mendoakan supaya Fida teruskan dengan perkongsian yang memberi manfaat buat semua,” ujarnya.
Untuk rekod, Rafidah Ibrahim sah bergelar isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei 2021.
Pernah membintangi drama Epilog Syurga Cinta dan popular menerusi lagu duet ‘Apo Kono Eh Jang’ bersama Datuk AC Mizal, Fida kini lebih aktif di media sosial dan memperlahan karier seninya.
Semoga perkongsian bermanfaat ini menjadi inspirasi dan melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA!
Sambutan Syawal tanda merai kemenangan buat semua umat Islam setelah sebulan mengharungi dugaan berpuasa. Kali ini juga Syawal sangat bermakna buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang telah dibebaskan Ramadan lalu kini berpeluang menyambut lebaran bersama semua anggota keluarganya.
Dalam satu status anak beliau, Hana di laman instagram memberitahu lebaran kali ini cukup berbeza. Dia mengucapkan syukur kerana tahun ini semua ahli keluarga ada di rumah untuk menyambut lebaran bersama.
Melihat foto dimuat turut, keakraban keluarga ini begitu terserlah walaupun sebelum ini ketua keluarga lama meringkuk dalam penjara.
Ternyata kesabaran mereka sekeluarga selama bertahun-tahun ini dibalas dengan momen cukup indah. Dalam gambar berkenaan, mereka sekeluarga turut merakamkan gambar kenangan selepas berbuka puasa dan berterawih.
Malah dalam instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut merakamkan gambar dengan mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya dalam Pakatan Harapan.
Turut diselitkan adalah caption yang cukup memberi makna mendalam.
Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus besikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup. Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.
Anwar Ibrahim 14 Jun 2018
Jalinan indah ini akan kekal begitu buat mereka sekeluarga. Namun mereka sebenarnya tidak gentar dengan setiap dugaan yang datan kerana walau apa juga ikatan kekeluarga terjalin utuh.
Netizen turut mengucapkan syukur ke atas keluarga ini dan mengharapkan Tuhan memberkati mereka sekeluarga.
@sitisarahzahra Alhmdulillah..DSAI dpt beraya bersama family thn ni
Semakin ramai selebriti lahir daripada media sosial. Salah seorang daripadanya, Naswa Aulia. Pempengaruh berhijab dari negara sebarang ini mempunyai 471 ribu pengikut. Bukan sahaja cantik, dia juga mempunyai suara yang lunak.
Saluran YouTube Naswa Aulia telah disahkan dan mempunyai 341,000 pengikut. Dibina sejak 25 Disember 2017, nama penuh pemilik Naswa Aulia Sabila menghasilkan lagu muka depan dan selawat.
Malah, tidak kurang daripada 28 video kandungan telah dihasilkan oleh saluran youtube miliknya, ini enam fakta mengenai YouTuber Naswa Aulia yang menjadi pujaan remaja di Indonesia.
Naswa Aulia ternyata seorang qariah alias pembaca Al-Qur’an. Naswa telah memenangi pertandingan Musabaqah Tilawatil Qur’an Peringkat Kebangsaan ketika di sekolah rendah dan menengah.
Gadis kelahiran Jawa Timur yang lahir pada tanggal 7 Julai 2003 ini ramai diperkatakan dan disenangi netizen. Kandungan video dianggap menarik. Suaranya ketika menyanyi dan berlagu memang merdu.
Populariti Naswa Aulia kemudiannya tersebar di Tiktok, pengikutnya di Tiktok sudah mencecah 694 ribu. Akaun Tiktok @nswaaulia telah menghasilkan lebih dari 60 kandungan video dan berjaya mengumpul lebih 6 juta tanda suka. Netizen memberi respon positif terhadap kandungan video Naswa Aulia.
Diberkati dengan suara merdu Sang Pencipta, Naswa Aulia menyalurkan bakat ini dengan mengeluarkan single berunsur keagamaan berjudul “Irkhamhuma” tahun lalu di saluran YouTube Naswa.
Konsisten berhijab, dia kelihatan anggun berjubah putih dalam klip video “Irkhamhuma.” Tayangan perdana di YouTube pada tahun lalu, klip video itu telah ditonton sebanyak 127 ribu kali.
Beberapa kali Naswa Aulia memuat naik video muka depan lagu di YouTube dan dibanjiri pujian warga maya. Beberapa video muka depannya malah mengumpul berjuta-juta tontonan.
“Adfaita” misalnya ditonton sebanyak 3.8 juta kali. “Al Miskufah” mendapat 2 juta tontonan. Video muka depan untuk “Ya Hanana” mendapat 1.8 juta tontonan. Satu pencapaian yang menakjubkan.
Selain memuat naik kandungan video muka depan, Naswa Aulia telah berkali-kali memuat naik foto dengan cara yang sopan tetapi tetap anggun. Gaya berpakaiannya dianggap tidak pernah gagal. Muslimah sejati
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.