Selebriti ini bukan sahaja cantik, tetapi memiliki semangat juang yang sangat tinggi. Nur Heliza Helimi, 33 tahun yang mula melakar nama dalam industri melalui program realiti Akademi Fantasia musim ke 5 ini kini sedang gigih memperjuangkan misi kemanusian di Gaza. Dalam satu posting dimuat turut Heliza mengenang kembali saat pertama kami dia menjejakkan kaki ke bumi penuh berliku ini iaitu pada Disember 2012 bersama @amanpalestineofficial.
Menurutnya mereka menyambut kedatangan dengan berkata “Selamat Datang ke Tanah Kamu Sendiri”. Saat itu mengalir air mata dan mereka terus memeluk dan berkata jangan sedih kerana Allah bersama kita.
Kecil molek orangnya, tapi semangat juang tinggi.
Menurut gadis kecil molek ini dalam satu laporan memberitahu bahawa Israel sedang memperkukuhkan jentera untuk menyerang Gaza. Dia turut memohon agar Allah selamatkan saudara-saudara Islam di sana.
Ternyata kata-kata semangat dari Heliza ini turut mendapat respon positif dari followernya. Masing-masing turut memohon pada Allah agar melindungi Bumi Gaza dan seluruh umat Islam di sana dari sebarang ancaman Israel.
arfff91 semoga Allah swt sentiasa melindungi Gaza dan umat islam disana dan di turun kan malapetaka pada Askar dan pemimpin Yahudi lahnatullah Itu. Aminn yarabalalamin. Allahhuakbar!
azizahazizahazie_ Ya Allah kenapa dunia membisu…ya Allah berilah perlindunganMu kpd org islam Palestin..selamatlah bumi Gaza ya Allah kasihanilah mereka ya Allah ya Rahman ya Rahim
sh_full Dihari jumaat ini,jomlah kita sama2 berdoa,ya dengan hanya doa kita mampu menolong. Ingatlah,sebaik baik senjata adalah doa. Allah maha mendengar,Allah jua melihat kekejaman mereka terhadap hamba-Nya,mohonlah supaya Allah menurunkan sesuatu bala keatas hamba-Nya yang kejam ini. Moga Allah pelihara bumi gaza.
Ads
Impi mati syahid.
Sementara dalam satu temubual bersama stesyen TV Heliza turut mendedahkan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan, dia tidak terlepas daripada berhadapan dengan cabaran.
Malah setiap kali menyertai misi berkenaan, dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.
“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.
“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar.
“Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom),” katanya yang turut berpengalaman dengan situasi di mana selaras senapang berada di bawah dagunya.
Dia juga sebenarnya begitu mengimpikan mat syahid setiap kali berada di sana. Heliza turut berdoa supaya Allah ambil nyawanya dan pergi mengadap Allah dengan jiwa yang tenang dan diredai.
Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
Bersama adiknya, Wani yang juga aktif sebagai sukarelawan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan senang untuk kita sebagai suami isteri mempertahan sebuah perkahwinan yang dibina. Pastinya pelbagai ranjau dan onak duri yang perlu dihadapi sepanjang usia perkahwinan. Perlu ada sikap tolak ansur, saling sayang menyayangi dan kerjasama agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah. Suami sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jangan anggap isteri sebagai hamba abdi, atau orang suruhan kerana wanita inilah yang akan menjaga zuriat hasil perkahwinan anda berdua. Kalau sayang, layan dan belailah mereka seperti seorang Raja.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial ini juga boleh dijadikan panduan buat pasangan yang baru berumah tangga atau yang sudah lama berkahwin. Pesanan Mizan Dzai memang cukup menyedarkan bahawa isteri itu insan paling mulia dan jangan memperlakukan sesuka hati. Tanpa kehadirannya hidup berumah tangga seperti tidak lengkap dan tiada indahnya.
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana. Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka. Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat malam atau solat Tahajud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud. Waktu paling mustajab untuk melakukan solat Tahajud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat Tahajud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
Orang yang selalu bangun menunaikan solat Tahajud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
Kebiasaannya, solat Tahajud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat Tahajud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat Tahajud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
Memulakan hari anda dengan bacaan doa merupakan saranan Rasulullah S.A.W untuk menjadikan kehidupan harian kita lebih diberkati. Kadang-kala, kita terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya.
Tidak mengambil masa yang lama pun, cuma sebentar sahaja untuk kitaberdoa dan meminta kepada-Nya agar segala urusan kita dipermudahkan. Malah, ia juga dapat dijadikan sebagai bekalan pahala di akhirat kelak. Sebenarnya, banyak pilihan doa atau surah yang dapat kita amalkan di pagi hari, yang sudahpun kita tahu ia sebahagian dari sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi, kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda dua doa ringkas yang boleh kamu amalkan pada setiap pagi.
“Allahumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru.”
Artinya:
Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu aku menjalani pagi hari, dengan-Mu aku menjalani hari petang, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati. Hanya kepada-Mu aku kembali.” (HR Abu Dawud, At-Turmudzi, Ibnu Majah).
Selain itu juga, anda juga boleh membaca doa yang sedikit panjang iaitu;
Ashbahnà wa ashbahal mulku lillàhi wal hamdu lillàhi, là ilàha illallàhu wahdah là syarka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alà kulli syai‘in qadr.
Rabbi, as’aluka khaira mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà, wa a‘dzu bika min syarri mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà.
Rabbi, a‘dzu bika minal kasli wa s’il kibari. A‘dzu bika min ‘adzàbin fin nàri wa ‘adzàbin dil qabri
Ertinya:
“Kami dan kuasa-Mu menjalani pagi hari. Segala puji bagi-Mu. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kuasa dan puji. Allah yang menguasai atas segala sesuatu.
Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindungan-Mu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya.
Tuhanku, aku memohon perlindungan-Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan-Mu dari seksa neraka dan seksa kubur,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).
Mudah bukan? Janganlah jadikan alasan tiada masa sebagai penghalang untuk kita berdoa meminta perlindungan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Pintalah kepada-Nya dan dekatkan diri kepada-Nya. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.